HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Thursday, October 18, 2012

Pengalaman Bekerja Selama 7 Bulan

Assalamualaikum semua. :') 

Dalam sedar tak sedar, sudah hampir 7 bulan atul bekerja. Macam tak percaya je yang atul mampu bertahan. Yelah, dulu masa lepas SPM, pernah kerja kat sebuah kedai baju. Itu pun bertahan selama 1 hari je. Hehe. Memang tak minat kerja macam tu. Bukan memilih atau apa sebenarnya. Masa tu tak ready lagi nak bekerja. Itu pun sebab ikut kawan je. Akhirnya, terus tak bekerja. Jadi penganggur je kat rumah. :) 

Dalam masa 7 bulan ni, atul telah melakukan 3 kerja di syarikat yang sama iaitu, Tradewinds Plantation Berhad. Atul masih lagi bekerja kontrak dan harap harap dapat lah kerja tetap kat sini. Kalau tak, kena lah cari kerja kat tempat lain. ^_^ 

Sumber: Google

1) Kerani di Human Resource Department
- Atul mula bekerja sebagai kerani pada bulan 4 yang lepas. Atul menggantikan staff yang cuti bersalin iaitu Kak Rohana. Masa mula mula masuk, memang tak tahu apa apa. Sebabnya, kakak tu tak sempat nak ajar atul apa apa. Kakak tu bersalin sebelum atul sempat masuk. Nasib baik ada Kak Rosni. Dia lah yang banyak membantu atul. Dari kerja kerja Kak Hana sampai lah ke kerja kerja Kak Rosni, semua dia ajar. Actually, kerja kerja yang Kak Hana buat tu tak lah sesukar mana. Tapi kalau salah buat, memang kena lah. Atul kena record claim staff staff atasan yang claim untuk car maintenance, touch n go dan sebagainya. Lepas dah record, kena dapatkan pengesahan daripada General Manager HR, then baru boleh hantar ke Finance untuk diproses. Nampak macam senang, tapi susah sebab sekali claim datang, banyak tau. Kalau lambat, mula lah staff staff bising. Hehe. Selain tu kena booked hotel terutamanya kalau ada manager manager dari ladang datang ke sini untuk meeting. Manager yang datang dari ladang tu kebanyakkannya dari Sabah, Sarawak, Kelantan. So, atul lah kena call hotel dan booked untuk mereka. :)

2) Receptionist
- Atul kerja sebagai Receptionist ni start bulan 7. Kontrak sebagai Receptionist ni 1 bulan lebih je. Gantikan receptionist sedia ada sebab beliau cuti sakit. Best jugak lah. Kerja utama Receptionist ni of course lah jawab call yang masuk. Then transfer kat staff yang berkenaan. Mula mula tu susah sebab nak kena tengok kat kertas, semua list extension number staff. Lepas 2 minggu, dah ingat dah semua extension number. So, senang lah kan. Best jugak sebab dapat kenal ramai orang. Ramai je orang luar datang kat ofis ni. So, ramai lah yang atul dapat kenal. Jumpa kat luar, boleh tegur tegur kan. Selain itu, atul kena record semua dokumen yang masuk. Atul kena buat courier untuk staff yang nak hantar surat kat ladang ladang dan sebagainya. Pengalaman yang sangat best dan takkan dilupakan.

3) Confidential Secretary - Finance 
- Kontrak atul bersambung dari bulan 9 hingga bulan 11 sebagai Confidential Secretary di Finance department. Atul menggantikan Kak Sakina yang cuti bersalin. Kat Finance ni, atul ada 5 boss. Tapi yang atul kena jaga hanya lah 2 orang boss iaitu Senior General Manager (SGM) dan Chief Financial Officer (CFO). So, sekarang ni atul jaga 2 orang boss atul. Kerja kerja atul simple je. Yang susah, memang tak lah kan sebab banyak melibatkan pihak bank. Mungkin boss takut atul tersilap buat. So, yang susah tu dia bagi pada Kak Zabidah untuk settle kan. Atul cuma kena record semua staff Finance yang ingin cuti. Diaorang isi borang cuti, then atul dapatkan sign dari boss boss mereka. Da settle tu, kena bagi pada HR untuk record mereka. Selain itu, atul kena record semua dokumen yang masuk. Penting sangat sebab kalau hilang atau apa apa, atul dah ada record. Itu lah pentingnya atul record dokumen yang masuk. Kalau untuk CFO, kena buat claim untuk dia, kena dapatkan sign dia. Awal awal pagi memang dah kena mintak sign dia sebab boss atul yang ni, dia selalu ke Mardec sebab dia antara boss besar kat Mardec tu. Secara keseluruhannya, okay je kerja atul sekarang ni. :')

Hopefully, lepas ni atul boleh lah dapat kerja tetap. Memang kena kerja sebabnya atul kan belajar part time. Kalau tak kerja, mana lah nak dapat duit kan. Doa doakan lah atul cepat dapat kerja tetap ye. :')

p/s: Panjang lah pulak entry hari ni. ;)


5 comments:

  1. wah ada pengalama kerja yg berbeza2...bagus3 luas pengalaman bekerja kan

    ReplyDelete
  2. deno ada pengalaman keje sebulan je.... bestnye atul lama tu :)

    ReplyDelete
  3. hebatlah ada pgalaman kerja. in future mmg senang nak dpt kerja sbb byk pgalamn dah

    p/s x syok konvo awak x de

    ReplyDelete
  4. Salam Atul...

    Kerjalah apapun kalau rajin dan ikhlas insyaallah akan berjaya.

    Permulaannya memang cam tu kata org masih bertatih. Selamat mengharungi dunia pekerjaan dari akak...:)

    ReplyDelete

Terima kasih. :)

Daisypath Happy Birthday tickers
© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: