Assalamualaikum, semua. :')
Apa khabar semua? Harap semuanya sihat sihat selalu
hendaknya. Dalam sedar tak sedar,
sekarang ni dah masuk bulan November.
Maknanya sebulan dari sekarang, kita bakal melangkah ke hujung tahun dan
memasuki tahun baru, 2013. Sekejap je
kan masa tu berlalu? Macam tak percaya
je.
gambar: google
Bulan November tahun ni merupakan bulan istimewa bagi diri atul. Sebab pada 26 November ni merupakan hari yang paling bermakna dalam hidup atul. Pada hari tersebut, atul akan menghadiri majlis konvokesyen UiTM yang ke 77 di UiTM Shah Alam. Alhamdulillah, penat lelah 3 tahun mengambil Diploma Perakaunan akhirnya berjaya juga. Diharapkan proses mengambil Ijazah juga akan dipermudahkan olehNya. InsyaAllah. Amin.
Majlis konvokesyen atul akan bermula pada
jam 12.30 tengahari. Takut sangat kalau
masa tu hujan lebat. Almaklum lah,
sekarang kan tengah hujan. Nanti takut
tak dapat ambil gambar banyak banyak pulak sebab hujan. Hehe.
Tapi, kalau dah nak hujan jugak, siapa kita untuk halang, betul
tak? Redha je lah. Allah SWT Maha Mengetahui.
Bulan ni jugak adalah bulan special sebab
21 November 2012 ni merupakan sambutan hari lahir abah atul yang ke 54 tahun.
InsyaAllah, kalau tak ada halangan, nak celebrate sekali dengan atul sempena
konvokesyen atul ni. InsyaAllah, kita
merancang, Allah SWT yang menentukannya.
Bulan ni jugak merupakan birthday seseorang
yang istimewa dalam hidup atul.
InsyaAllah, nak celebrate birthday dia.
Tengah fikir nak bagi hadiah apa pada dia. Walau apa pun yang terjadi, nak jugak
celebrate birthday dia. Harap sangat dia
suka. Awak, jangan marah ye kalau saya
nak celebrate birthday awak. Hehe. :p
Semoga apa yang telah dirancang pada bulan ni akan berjalan dengan lancar. InsyaAllah, AMIN.. :)
p/s: Happy Deepavali dan Selamat Bercuti! :D
phew..phew..phew..congrats kak atul..graduate jg akhirnya..semoga dipermudahkan urusan untuk mengambil ijazah plak ya..:)
ReplyDeletetahniah dah nak konvo!! Lepas ni konvo untuk degree plak. Happy birthday to your abah!! eyh, sape yg special tu ye?
ReplyDelete