HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Sunday, February 17, 2013

DEBARAN BERAKHIR

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. :') 

Alhamdulillah, pada hari Jumaat lepas, keputusan peperiksaan akhir bagi semua pelajar Ijazah UiTM semua cawangan telah pun diumumkan. Tepat jam 12.00 pagi, 15 Februari, semua keputusan telah dihantar ke email semua para pelajar. :)

Pada mulanya, atul ingatkan keputusan diumumkan pada jam 9 pagi sebab itu apa yang kawan atul inform pada atul lah. Sekali masa kat office, check email, tengok rupanya result dah dihantar pada jam 3.23 pagi. Masa tu tak terus bukak email tu sebab takut sangat nak tengok result sendiri. Seriously, tak yakin sebab exam hari tu memang 50-50 je. Lately ni asyik mimpi pasal result and ada sekali tu mimpi kena repeat sampai 2 paper. Ya Allah, mintak dijauhi lah.

Credit: Tumblr

Rasa hati ni memang nak sangat bukak email tu. Then cakap dengan Balqis yang takut nak tengok result. Kebetulan, hari Jumaat tu, ada bacaan Yassin, solat Hajat dan solat Dhuha dekat office. So, Balqis cakap jom pergi baca Yassin dulu, solat Hajat dulu. Then, baru check. Dan atul pun buat apa yang Balqis cadangkan.

Lepas dah habis program tu, dengan lafaz Bismillah, atul pun bukak email. Atul check grade dulu. Alhamdulillah, LULUS semua subjek. Syukur, ALHAMDULILLAH. Terima kasih, Allah SWT. Lepas tu baru tengok pointer. Sedikit kecewa dengan pointer tapi secara keseluruhannya, atul berpuas hati. Ini baru permulaan. Masih jauh lagi perjalanan atul. Atul ada lagi 6 semester = 3 tahun. Atul akan usaha lagi. In Shaa Allah, dengan sokongan keluarga, kawan kawan , si dia dan pertolongan dari Allah SWT. In Shaa Allah, semoga dipermudahkan olehNya.

Kepada kawan kawan full time, tahniah sebab result korang yang gempak. Semoga terus berjaya. Jangan lupa doakan kawan korang yang sorang ni ye. :)

Mesej pada abah. Minta maaf kat abah sebab tak dapat maintain pointer masa Diploma dulu. Then abah cakap, 'Tak apa. As long as you want to continue study till the end and hold a degree'. Thank you, abah. Abah sangat memahami perasaan anaknya. In Shaa Allah, angah takkan kecewakan abah lagi. I will do my best for the next semester and till the end. :)

Haa, tu lah cerita yang berlaku pada hari tu.  Okay lah. Dah panjang lebar pulak entri ni. Jumpa lagi! Thanks! :')


1 comment:

  1. tahniah buat tuan blog. lepas ni usaha lagi untuk next semester

    ReplyDelete

Terima kasih. :)

Daisypath Happy Birthday tickers
© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: