HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD
Showing posts with label Kad Raya. Show all posts
Showing posts with label Kad Raya. Show all posts

Saturday, July 20, 2013

KAD RAYA PERTAMA DARI BLOGGER EQBAL ZACK

Assalamualaikum dan selamat malam. :) 

Alhamdulillah, kad raya dari blogger Eqbal Zack (EQ) dah pun selamat sampai pada hari Rabu yang lepas. Actually atul ternampak entri blog abang EQ yang dia nak hantar kad raya and kalau siapa nak, boleh email pada dia. So, atul pun email lah abang EQ. :)

Kad raya dari abang EQ. Simple and nice ! :)

Thanks pada abang EQ untuk kad raya yang sangat awesome ni. Tahun depan jangan lupa bagi lagi ye? Hehe. ;) Selamat berpuasa kepada abang EQ ! :)

Till then~

Wednesday, August 22, 2012

Kad Raya Dari Yang Tersayang!

Assalamualaikum semua. :)


Alhamdulillah, kad raya yang ditunggu-tunggu telah pun selamat sampai pada hari Jumaat yang lepas. Balik je kerja, mama cakap ada kad raya untuk atul. Dah agak dah dari siapa kad raya tu. Happy sangat. Terharu. :')

Thanks awak sebab sudi bagi saya kad raya. Saya suka sangat sangat. Saya akan simpan kad raya tu baik baik. Saya akan jaga kad tu macam saya jaga diri saya sendiri tau. Thanks, awak. :')

Saya dah hantar kad raya kat awak. Tapi saya tak tahu kenapa still tak sampai lagi. Tak tahu lah mana silapnya. Saya dah lama tak hantar surat awak. Tapi tak apa. Saya akan bagi kad raya yang baru untuk awak. Khas untuk awak sorang je. Nanti kita jumpa, saya bagi pada awak ye. :)

Sekali lagi, thanks ye awak. Saya hargai pemberian awak tu. Terima kasih! :')

*kelainan raya tahun ni, ada seseorang di sisi. :')

Wednesday, August 8, 2012

Kad Raya

Assalamualaikum semua.

Wahh, dah lama atul tinggalkan blog ni tanpa update apa-apa. Tak tahu lah kenapa malas sangat nak update. Alasan yang paling simple sebabnya dah kerja. Bila balik kerja tu, memang atul tak online langsung. Hehe. So, sekarang ni mood dah datang kembali. Rasanya masih tak terlewat lagi untuk atul ucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam di Malaysia ini. Selamat Berpuasa! :')

Sumber: Google

Hari ni atul nak update pasal kad raya. Memandangkan hari raya bakal menjelma tidak lama lagi, atul pasti ramai yang sedang sibuk untuk mengirim kad raya kepada ahli keluarga mereka, sanak-saudara, dan sahabat handai. Walaupun sekarang ni ramai orang kata tak perlu lah nak hantar kad raya. Zaman dah moden, hantar guna SMS pun boleh. Tak pun guna email dan yang paling popular sekarang ni, hantar kat Facebook atau Twitter. Yelah, zaman dah moden kan. Apa kelas hantar kad raya.

Mungkin ramai yang buat macam tu. Tapi ada juga segelintir yang masih lagi menghantar kad raya. Kalau nak tahu atul merupakan salah seorang yang masih lagi menghantar kad raya kepada kawan-kawan atul. Tapi kalau nak tahu jugak, hampir 2 tahun kot atul dah tak hantar kad raya dan tak menerima kad raya. Yelah, dulu kat kolej, tak sempat nak pergi beli kad raya dan hantar pada kawan-kawan. So, tahun ni atul kembali semula menghantar kad raya pada kawan-kawan. Lagipun, dapat kad raya free dari ofis. Hehe. :')

So, kepada sesiapa yang nak kad raya dari atul, boleh email kan alamat korang di adawiyahcute81@ymail.com. Hanya 10 orang yang akan terpilih. :)

Kalau ada yang nak hantar kad raya kat atul, boleh email atul di email kat atas untuk mendapatkan alamat atul ye. TQ!

Okay lah. Setakat ini dulu lah ye. Selamat Berpuasa! :')
Daisypath Happy Birthday tickers
© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: