HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Wednesday, December 28, 2011

2 Minggu Tak Update Blog

Assalamualaikum semua. :D

Korang semua apa khabar ?? Harap semuanya sihat sihat selalu. Atul alhamdulillah sihat. 2 minggu lepas kurang sihat, demam + batuk + selesema. Tapi sekarang ni alhamdulillah 100% da sihat. Yelah, dengan family sekarang ni, sihat lah kan. Kalau kat Kelantan tu, macam macam penyakit datang. Hehe.

Sorry sangat sebab da lama sangat sangat tak update blog. Nak bagi alasan apa ye ?? Okay, alasan yang pertama, tak ada idea. So, bila tak ada idea, memang lah malas sangat nak update blog. Ditambah pulak dengan kesihatan yang tak mengizinkan, mood untuk update terus hilang. Seriously, jealous sangat sebab tengok blogger lain tiap tiap hari update blog. Aku ?? -_-

Alasan kedua, sebab sekarang ni ada kat rumah. Okay, bila ada kat rumah, laptop ni bukan aku yang punya. Waktu pagi bagi Fifi dengan Haikal tengok Shin Chan, tak pun BoboiBoy. Then malam pulak, adik aku yang online. Aku dengan ini, memberi peluang kepada mereka untuk menghadap laptop ni puas puas. Yelah, aku kan balik rumah sekali sekala. Rasanya, tak salah kalau bagi peluang kat diaorang. :)

InsyaAllah, lepas ni aku akan update blog macam biasa. Aku takkan tinggalkan blog aku macam tu je. Kalau betul betul busy, memang aku takkan update. Sekarang ni free lagi, so, boleh lah update. So, nanti kan lah update seterusnya dari saya, Cik Atul. :D

Till then~

1 comment:

  1. alhamdulillah sihat..:)

    http://miss-nadya.blogspot.com/2011/12/30-wordless-wednesday-miss-nadya-punyer.html

    ReplyDelete

Terima kasih. :)

© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: