HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Thursday, December 1, 2011

Kakak Dora, Adik Ben 10

Assalamualaikum semua. :)

Alhamdulillah, berjumpa lagi. Hari ni merupakan hari pertama di bulan Disember 2011. Lg 1 bulan je kita semua akan melangkah ke tahun baru, 2012. Diharapkan di bulan terakhir 2011 ni, kita semua dapat melakukan perkara perkara yang memberi manfaat pada kita semua dan dapat meninggalkan memori terindah dalam hidup kita. :)

Dalam entri kali ni, atul nak bercerita tentang anak saudara atul iaitu Fifi dan Haikal. Tengok tajuk kat atas pun, rasanya semua da tahu. 'Kakak Dora, Adik Ben 10'. Yang si kakak, Fifi, memang minat sangat kat kartun Dora The Explorer. Sepanjang atul cuti semester pada bulan lepas, setiap pagi, dia memang akan tengok Dora The Explorer kat Astro. Seriously, kartun ni memang best. Atul pun, secara jujurnya memang minat sangat kat kartun ni. Masa cuti hari tu, atul teman Fifi tengok Dora The Explorer setiap pagi. Rindu sangat masa tu. :)

Kalau tengok gambar kat atas tu, Fifi ada pakai baju Dora The Explorer. Baju tu abah atul beli dekat Wakaf Che Yeh kat Kelantan. Tu pun sebab Fifi suruh beli. Dia sibuk sangat nak baju Dora. So, abah pun beli lah. Masa atul nak balik Machang hari tu, Fifi pesan suruh beli puzzle gambar Dora The Explorer. Kat mana pulak lah atul nak cari. Ada tak yang tahu kat mana nak ada jual puzzle gambar Dora ?? Kalau ada lah yang jual kat area Machang ni, kan senang. Susah nak cari puzzle gambar Dora. Kalau boleh, nak belikan untuk Fifi. Demi anak saudara tersayang, mak ngah sanggup cari dan belikan untuk Fifi. Fifi tunggu je lah, ye sayang ?? :)


Yang ni pulak kisah si Haikal. Masa atul balik cuti hari tu, baru atul tahu yang Haikal ni minat Ben 10. Sebelum sebelum ni tak lah pulak dengar yang dia minat Ben 10. Tengok je lah gambar kat atas tu. Nak pakai baju, baju Ben 10. Jam pun jam Ben 10. Haikal pakai jam tu setiap masa. Waktu mandi je dia bukak, then pakai balik. Masa tidur pun dia pakai jam Ben 10 kesayangan dia tu. Haikal, haikal. Rindu pulak nak layan dia. Kalau tengok kartun Ben 10, memang fokus 100%. Dia takkan tengok benda lain. Memang dia minat sangat sangat dengan Ben 10.

Macam kakak dia jugak, dia pun nak jugak puzzle. Tapi puzzle Ben 10 lah. Kalau mak ngah jumpa, mak ngah carikan, ya adik?? Tapi jangan nakal nakal ya?? Sayang, Haikal! :)


Rindu sangat kat mereka berdua ni. Diaorang lah penyeri family atul. Kalau tak ada, BORING! Rindu sangat nak dengar diaorang cakap, 'Kakak Dora, Adik Ben 10'! Rindu!!!

Fifi, Haikal, tunggu mak ngah balik cuti ni, ya ?? :D




2 comments:

  1. dora the explorer ni bagus utk kanak2 taw. kazen hani suka tgk cerita tu. dia blaja ABC smua dr crita dora, barney.smpi 1 2 3 dlm bahasa sepanyol pon dia tahu taw. sbb blaja dari crita dora :P

    ReplyDelete
  2. eiiiiiiii....!!!! kiutnye anak buah atul!!! hihi, budak2 kalau dah minat sesuatu, mesti semua nak macam yang die minat tuh... anak buah deno yang perempuan minat barbie, kalau bleh semua barang nak barbie! kalau yang lelaki si adam tu suke jugak ben10! kalau atul nak tahu, semua barang die ben10. Baju, seluar, kasut, selipar, beg, pencil box, buku warna, pensil warna, jam dan bekas air... sume ben10!!!budak budak.... :)

    ReplyDelete

Terima kasih. :)

Daisypath Happy Birthday tickers
© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: