HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Thursday, December 8, 2011

5 Hari Tak Update Blog

Assalamualaikum semua. :)


Alhamdulillah, akhirnya atul update jugak blog setelah menghilangkan diri hampir 5 hari. Hehe. Bukan menghilangkan diri ke apa, cuma busy sikit. Al maklum lah, pelajar last semester. Busy lah jugakkan. Walaupun hakikat sebenarnya tak adalah busy sangat. Cuma MALAS nak update blog sebab line Celcom Broadband semakin teruk! -_-

Alhamdulillah, kelas berjalan seperti biasa. Semester ni ada 4 kelas je. Hari Ahad kelas atul memang tak ada kelas. Da memang jadual macam tu ye. Hehe. Tapi bosan jugak sebenarnya. Bila fikir fikir balik, best jugak tak ada kelas hari Ahad. So, kelas atul setiap hari Isnin-Khamis. Hari Isnin dan Selasa agak penat sikit sebab habis kelas pukul 6 petang. Dari pagi ye. :)

Hari Isnin ada 4 kelas iaitu Auditing, Financial Accounting, Financial Management dan Taxation. Hari Selasa pulak ada 3 kelas iaitu Taxation, Financial Managemnet dan Auditing. Hari Rabu 2 kelas je, Entrepreneurship dan Financial Accounting DAN hari Khamis pulak ada 1 kelas je, iaitu Entrepreneurship. Total semuanya adalah 10 kelas untuk 4 hari. Setakat ni masalah tentang pelajaran okay okay je. Cuma subjek semester ni banyak yang membaca. Faham faham lah kalau subjek membaca macam mana kan. Hehe. :p

1 lagi cerita nak cerita kat anda semua. Pasal rayuan kolej atul. Alhamdulillah, Ahad lepas, 4/12/2011, atul da dapat bilik sendiri. Syukur sangat sangat. Alhamdulillah, terima kasih Allah SWT. 1 nikmat lagi yang Allah SWT berikan pada atul. Alhamdulillah, semua da selesai dan sekarang atul perlu teruskan pembelajaran seperti biasa untuk semester yang terakhir ni. InsyaAllah, I will do my best for the last semester in Diploma. InsyaAllah. Doakan untuk atul ye dan kepada kawan kawan yang banyak bagi support, THANK YOU SO MUCH. Semoga Allah SWT dapat membalas jasa kalian semua.

Kepada mama, abah, ain, ayong dan opah atul, terima kasih kerana sentiasa bagi sokongan dan dorongan untuk atul teruskan kehidupan sebagai pelajar dan terima kasih kerana mendoakan angah kat sini. Terima kasih! :)


p/s : Menghitung hari nak balik rumah. Rindu sangat sangat kat family!

3 comments:

  1. rindu kat atul..:)

    http://miss-nadya.blogspot.com/2011/12/hot-chelle-rae-i-like-it-like-that.html

    ReplyDelete
  2. jg diri ye atul..bila tak leh nak bertenet line semput mmg tak syok..huhu

    ReplyDelete
  3. hai atul!! rindu kamu! emm.. deno tahu atul memang busy sama mcm deno juga.. deno harap atuk sihat2 di sana..! take care atul! heee... :)

    ReplyDelete

Terima kasih. :)

Daisypath Happy Birthday tickers
© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: