HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Wednesday, April 27, 2011

"My Life's Story Blog First Giveaway"


Nak join ?? Klik header kat atas ni ye.. :)

Assalamualaikum semua.. Hehe.. Hari ini atul nak join Giveaway dari blogger mynameismy. Lagi pun da lama tak join GA ni.. So, ada peluang, apa lagi, join lah.. :)

Atul dapat tahu Giveaway mynameismy ni dari blog Cik Bulat.. Cik Bulat baru je design blog mynameismy ni.. Comel sangat blog dia.. Then bila bukak blog dia, ada Giveaway pulak.. Itu yang cepat cepat join ni.. Hadiah pun menarik.. Mana lah tahu menang kan.. Tak pernah menang lagi.. Da lah Giveaway Ujang atul tak menang.. Sedih! Tak ape lah, tak ada rezeki.. Mana tahu rezeki atul menang Giveaway kali ni pulak.. ^_^

Pantun buat penganjur Giveaway :

Berlari lari ke kedai Pak Ali,
Untuk mencari sebungkus maggi,
Wahai tuan penganjur yang bijak bestari,
Bagi lah atul peluang menang sekali.

Okay tak pantun tuu ?? Hehe.. :)

Nak tag :

Miera
Natasya



p/s : Last paper hari Ahad ni.. Then balik Ampang!! Yeay!! :)


Friday, April 22, 2011

Jatuh Cinta Dengan Blogger Ini!

Yup, atul jatuh cinta dengan blogger ni.. Blogger ni atul mula kenal sejak atul join segmen yang dianjurkan oleh abg ben ashaari.. Kebanyakkan blogger atul kenal dari blog abg ben ashaari.. Blogger ni dulu biasa biasa je, kalau tak silap atul lah.. Tapi sekarang ni, dia da mula dikenali.. Well, kalau atul sebut je nama dia, mesti semua kenal.. Awak tuu, saya da jatuh cinta dengan awak.. :)

Jangan salah faham pulak ye.. Atul bukan jatuh cinta dengan blogger ni seperti mana yang tertera pada tajuk di atas.. Tapi.. Atul jatuh cinta dengan entri entri yang ditulis di blog nya.. Setiap entri yang ditulis, pasti ada makna tersurat dan tersirat.. Banyak tips tentang dunia blogging yang dikongsi blogger ni dalam setiap entrinya terutama tips untuk newbie macam atul ni.. Seriously, atul memang suka baca entri entri di blog beliau.. Walaupun atul tak komen, tapi ketahui lah bahawa atul merupakan pembaca setia di blog anda..

Kalau tak silap atul, blogger ni baru blogging selama 6 bulan.. Tapi dia lebih berjaya daripada atul yang da blogging hampir 1 tahun lebih ni.. Tahniah pada blogger ni dan teruskan blogging ye.. Atul sedia menanti setiap entri di blog anda..

Antara entri yang paling atul suka :

Klik SINI dan SINI..

Nak tahu lebih banyak tips dan nak tahu siapa blogger yang disebutkan di atas ??

Klik je kat SINI :)


p/s : Sempat jugak luangkan masa update blog.. Final ohh final ^_^

Perpustakaan ?? Ohh, Tidak!

Assalamualaikum semua.. Apa khabar ?? Harap semuanya berada dalam keadaan yang sihat hendaknya.. Kepada semua student yang sedang menghadapi peperiksaan akhir, good luck atul ucapkan.. Buat yang terbaik dan banyak banyakkan lah berdoa.. Doakan untuk atul jugak ye.. Tadi baru habis menjawab paper Computerised Accounting.. Alhamdulillah, boleh jawab.. Tapi tak confident sangat.. Entah lah.. Takut jugak nak tengok result untuk paper ni.. Sekarang ni atul hanya bertawakal sahaja kepada ALLAH SWT.. Harap keputusan nanti adalah keputusan yang membanggakan.. AMIN..

Sekarang ni kan musim exam.. Mesti ramai yang study dekat peprustakaan kan ?? Kalau nak tahu, perpustakaan akan penuh dan sesak bila time exam.. Yelah, time ni semua nak study dekat library.. Tempat terbaik untuk buat revision..

Tapi kan, atul tak suka nak study dekat perpustakaan ni.. Bukan lah tak suka sangat kat perpustakaan ni.. Mesti lah suka sebab kat sini lah macam macam info boleh dapat melainkan internet ni.. Tapi entah lah.. Bila time exam je, atul lagi suka study dekat bilik je.. Di mana atul rasa tempat yang paling best untuk study..

Antara sebab kenapa atul tak suka nak study kat perpustakaan :

1. Bukan study, tapi tengok orang lain!
-Kat perpustakaan kan ramai student tengah study.. Yang pastinya, nanti atul takkan study.. Tengok student lain yang lebih.. Bila student lalu kat sebelah kita ke, depan kita ke, mesti kita akan tengokkan ?? So, sedikit sebanyak mengganggu fokus kita untuk belajar.. Lagi lagi lah kalau ada pasangan couple tengah study kat library tuu.. Lagi lah kita suka tengok.. Lepas tuu mula lah bercerita kat kawan kita.. 'Ohh, dia ni couple dengan dia ni ek ??' dan macam macam lagi lah..

2. Terlalu sejuk!
-Perpustakaan kat U korang mesti sejukkan ?? Well, sebab tuu ramai suka pergi perpustakaan.. Sebab sejuk sangat.. Salah satu sebab atul tak suka study kat perpustakaan.. Kalau da sejuk sangat, ianya akan membuatkan atul mengantuk dan atul rasa nak tido.. Then, lepas tuu mula lah da tak fokus.. Lepas tuu apa lagi, keluar lah dari perpustakaan tuu dan balik bilik.. Sambung tido kat bilik! :)

3. Selalu kena marah!
-Bila atul dengan kawan kawan study kat perpustakaan, tak sah kalau kami tak kena marah dengan pegawai kat perpustakaan.. Biasa lah kan kalau da study ramai ramai, agak bising lah jugak.. Tapiii, tak lah bising sangat okay! Kitaorang still control suara kitaorang supaya tak kuat.. Lagi pun kitaorang bising buakn sebab apa.. Yang ni suruh explain pasal ni.. Yang ni suruh explain yang itu pulak.. So, kena lah explain dan kadang kadang tak perasan yang suara tuu terkuat.. Lepas tuu apa lagi, kena marah.. Urghh!! Maafkan kami ye encik.. Tak sengaja.. ^_^

Itu lah antara sebab atul tak suka study kat perpustakaan.. Tapi atul akan ke library untuk siapkan assignment dan cari info info untuk buat assignment.. Korang semua mesti rajin study kat perpustakaan kan ?? Jangan tiru macam atul ye.. Atul ni banyak alasan je.. Pada hal pemalas.. HAHA.. Okay lah.. Jumpa lagi..


p/s : Next paper ; Costing on Sunday.. Wish me luck! :)

Monday, April 18, 2011

Kalau Aku..

Assalamualaikum semua.. Rindunya kat korang semua.. Maaf lah, busy dengan test dan final yang akan bermula pada hari Khamis ni.. Doakan lah semuanya berjalan lancar ye.. Amin.. Ni pun curi curi masa je update blog.. Tak boleh lah kalau tak update blog.. Rasa macam ada yang tak lengkap je.. Tak kira apa pun, atul akan luangkan masa untuk update blog atul yang tercinta ni.. :)

Sebenarnya entri kali ni atul lebih kepada nak tanya pendapat semua.. Pendapat kalau atul nak buat contest.. Sebenarnya atul bercadang nak buat contest.. Atul ada fikir jugak contest apa yang atul nak buat dan atul akan buat sejurus selepas atul habis final pada 1 Mei 2011 ni..

So, apa pendapat korang semua ?? Tolong lah ye.. Nak isi masa cuti ni dengan buat contest.. Tolong lah bagi cadangan ye.. Thank you so much.. :)

Ada lagi 1 perkara nak tanya pendapat korang semua.. Okay tak kalau atul nak tukar template blog atul ni dan semua semua yang ada dalam blog ni ?? Ke da okay blog atul yang sekarang ni ?? Tolong ye bagi pendapat.. Kalau ramai bagi pendapat suruh tukar template blog ni, atul nak buat tempahan dengan Cik Bulat.. Boleh kan Cik Bulat ?? ^_^


p/s : Kepada bakal follower blog atul yang ke 666, nanti tinggalkan link ye.. Nak review blog.. Hehe.. :)

-Petang ni ada test.. Doakan saya! ^_^

Semalamkan..

Semalamkan, aku tido awal sangat.. Lepas baca nota Microsoft Excel dan nota Control Based Information System, aku terus tido.. Seriously tak ada mood langsung nak baca nota untuk test ni.. Da nak final, makin MALAS.. Bukan makin RAJIN.. Apa nak jadi dengan kau ni atul ?? Hah!! =_=

Semalamkan, masa aku tido, aku termimpikan seorang blogger ni.. Tak tahu kenapa tiba tiba aku mimpikan dia.. Bila bangun je tido, aku rasa macam betul betul je benda tuu jadi.. Kalau jadi betul betul pun, tak salahkan ?? Hehe.. Yang pastinya aku mimpikan blogger lelaki ye.. Bukan perempuan.. Dan aku mimpi yang kami ni bercinta dan akan berkahwin tak lama lagi.. Gila lah aku ni.. Tapi aku tak tipu.. Aku mimpikan dia..

KALAULAH mimpi aku menjadi kenyataan..

AKU DAN DIA... Tuuuuutttttttttttttt.. Siapakah dia ?? Hehe.. Biar lah rahsia.. :)

Kepada blogger tuu, ehem ehem, awak tak mimpikan saya ke ?? Saya dah mimpikan awak ni.. Malam ni mesti awak mimpikan saya pulak.. Habis lah awak.. Nanti kalau awak mimpikan saya, bagi tahu saya ye.. Wink wink ^_^


p/s : Hanyalah mimpi semata mata.. Harap 1 hari nanti menjadi kenyataan! Erkk ?? ;p

Thursday, April 14, 2011

Giveaway Ujang9897


Nak join ?? Klik header tercomel di atas ni ye :)

Atul nak join Giveaway dari Ujang.. Ujang ni salah seorang blogger yang sangat ramah dan sporting.. Dia suka datang blog atul dan melepaskan kentutnya yang busuk itu.. Hehe.. Kepada Ujang, teruskan berblogging.. Atul adalah salah seorang peminat Ujang.. Dan akan sentiasa sokong Ujang.. Good Luck dan Selamat Pengantin Baru.. :)

Tag 2 orang :

Miera
Syaz

Jom ramai ramai memeriahkan Giveaway Ujang9897 :)

BEN ASHAARI GEGAR LAGI


Nak join ?? Klik header di atas :)

Tarikh tutup pada hari Ahad ini ^_^

Tuesday, April 12, 2011

Terima Kasih Semua :)

Assalamualaikum semua.. Maaf sebab da tak update selama beberapa hari ni.. Da nak final ni, agak busy sikit dengan test, quiz dan assignment.. Minggu depan, hari khamis, bermulanya final exam bagi student UiTM. Doakan kejayaan kami semua ya.. :)

Alhamdulillah, buat pengetahuan semua, atul da pun terpilih menjadi Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) bagi sesi 2011 dan 2012.. Semalam berlangsungnya sesi mengundi bagi setiap kolej di UiTM Machang, Kelantan.. Alhamdulillah atul tercalon sebagai calon JPK dan selepas pengiraan undian semalam, atul telah pun sah menjadi salah seorang daripada JPK Kolej Dato Onn.. Alhamdulillah.. Terima kasih kepada semua penduduk Kolej Dato Onn yang telah mengundi atul.. Terima kasih semua..

Atul terkilan sangat sebab roomate atul, Hana tak dapat jadi JPK.. Sedih sangat.. Ingatkan Hana dapat.. Tapi tak ada rezeki buat Hana.. Nampak dia pun sedih sangat.. Tak apa lah Hana.. Aku tak nak tengok kau sedih.. Buat macam biasa je lah ye.. :)

Semalam selepas pengumuman JPK yang baru, semua JPK dan juga Pegawai Pembangunan Pelajar (PPP) mesyuarat bagi memilih Jawatankuasa Tertinggi Kolej dan atul terpilih menjadi Setiausaha.. Huh, setiausaha.. Itu yang atul nak sebenarnya.. Berminat untuk jadi Setiausaha.. Insyaallah atul akan buat yang terbaik..

Takut sangat dengan jawatan baru ni.. Tapi atul kena juga terima.. Student da bagi kepercayaan pada atul dan atul akan buat dengan baik.. Mungkin orang kata bila da jadi JPK ni, akan busy, pointer akan turun dan macam macam lagi.. Insyaallah atul akan imbangkan semuanya.. Lagi pun ramai yang menyokong atul.. Keluarga dan kawan kawan.. Yang pastinya atul takkan dapat cuti lama.. Tapi tak apa lah.. Nak cari pengalaman baru punya pasal.. Aku harus kuat! Ayong da pesan jangan merungut.. Merungut tuu perkara biasa kot.. Hehe..

Okay lah.. Doakan yang terbaik buat atul.. Atul ni lemah sikit.. Tolong bagi atul semangat ye.. Thanks ^_^


p/s : Mama, walaupun angah cuti tak lama, tapi angah balik rumah jugakkan ?? Mama jangan risau lah.. Angah nak cari pengalaman baru.. Mama doakan angah ye.. Angah sayang mama! :)

Ujang, tak dapat pergi kenduri kahwin Ujang.. Ingat nak pergi.. :(

Sunday, April 10, 2011

Hanya Mereka Yang Terindah :)


Saya rindukan mereka semua. Dalam fikiran saya ni, selain daripada fikirkan pasal final exam, hanya mereka yang saya fikir. Tiada yang lain. Saya tak boleh hidup kalau mereka tiada kerana mereka lah yang memberi semangat kepada saya untuk teruskan kehidupan ini..

Tanpa semangat dan harapan dari mereka semua, saya takkan berhijrah ke Kelantan ni untuk menuntut ilmu. Kalau ikutkan hati, nak je sambung belajar dekat Ampang tuu. Tapi demi melihat abah dan mama gembira dengan kejayaan aku, aku relakan hati ini dan kuatkan hati ini walaupun berat sekali hendak berpisah dengan mereka.. Pengorbanan tuu pentingkan kalau nak mencapai sesuatu kejayaan ??

Alhamdulillah, sekarang ni da 2 tahun di Kelantan.. Hanya tinggal 1 tahun lagi untuk habiskan Diploma.. Jauh lagi perjalanan hidup aku rupanya.. Lepas ni nak sambung degree pulak.. Apa apa pun, doakan yang terbaik buat insan bernama Rabiatul Adawiyah Abd Rahim.. :)

Saya rindukan mama saya. Saya rindu masakan mama saya. Mama saya masak sedap sedap untuk saya kalau saya balik cuti.. Angah sayang mama!

Saya rindukan abah saya. Abah saya ni walaupun garang, tapi dia baik hati sangat. Dia sanggup habiskan duit dia demi anak dia yang bernama Rabiatul Adawiyah ni.. Saya sayang abah saya! ^_^

Saya rindukan kakak saya. Kakak saya suka ajak saya keluar jalan jalan. Then suka ajak pergi makan. HAHA. Da lah adik dia ni suka makan.. Lain kali bawak lah pergi makan lagi ye. I like! Love you, ayong.. :)

Saya rindukan adik saya, ain. Saya suka gaduh dengan dia. Best gaduh dengan dia. Last last, kita tengok siapa yang menangis. Selalunya aku lah yang menangis.. Hehe.. Kalau siapa yang menangis tuu, dia lah kalah.. Selalunya, aku lah yang kalah.. ;p Ain, aku sayang kat kau.. :)

Saya rindukan fifi dan haikal. Saya rindu nak marah diaorang sebab diaorang nakal sangat. Rindu nak cium fifi dan haikal. Rindu nak naik motor dengan diaorang, bawak pergi jalan jalan kat taman. Fifi, haikal, tunggu mak ngah balik ye.. Sayang korang!! :)

Kepada abang iparku, adik iparmu ini turut merinduimu.. :)


Friday, April 8, 2011

Jangan Ganggu Mereka!

Dicuri dari Facebook abg ben ashaari :)


Dicuri dari Facebook Ujang :)


Entri ni khas untuk 2 orang blogger di atas. Mereka ini adalah blogger kesayangan atul. Atul adalah pembaca setia di blog mereka. Dulu, Ujang kecoh dengan anon yang komen di blognya, iaitu Zaki. Nak tahu pasal Zaki ?? Klik SINI. Korang akan tahu siapa itu Zaki.

Then, terbaru ini, abg ben ashaari pulak ada Ahmad. Nak tahu pasal Ahmad ?? Klik SINI.

Kepada Zaki dan Ahmad, sudah sudah lah ye dengan kutukan anda terhadap blogger blogger di atas ni. Apa yang korang berdua dapat ek dengan mengutuk orang ?? Kalau korang tuu bagus sangat, tak apa lah nak kutuk blogger blogger lain. Tapi korang tuu yang pengecut! Komen tapi tak tinggalkan link. Nampak sangat korang ni pengecut. Nak cari publisiti murahan. Cukup cukup lah ye. Pergi lah buat kerja lain yang mendatangkan faedah terhadap diri korang..

Kepada abg ben dan ujang, bersabar lah ye. Biarkan 2 anon tuu dengan kerja diaorang. Abg ben dan ujang teruskan dengan blogging. Atul setia menunggu setiap entri di blog abg ben dan ujang. Good luck! :)


p/s : Ada seorang blogger ni tak suka kat abg ben. Atul tahu siapa sebab dia pernah komen kat entri di blog atul ni. Tapi, malas lah nak mention kat sini. Malas nak cari gaduh. Teruskan dengan sifat benci kau tuu. Kau takkan ke mana lah!

Thursday, April 7, 2011

Minggu Yang Mencabar

Ziela, Syamira dan Atul :)


We are from 3D and 1T company :)

Cerita sepanjang minggu ini :

5 April 2011 : Hari ni ada group presentation pasal proposal. Tengok lah tajuk proposal group aku kat gambar di atas. Group aku decide nak buat proposal pasal membina rumah anak anak yatim. Hari tuu, everything is going fine. Sepatutnya ada 2 group yang present. Tapi group pertama tuu, ada ahlinya yang tak sihat, so, group aku yang kena present hari tuu. Kepada group Akem, jangan risau ye. Group atul tak marah pun pasal group Akem tak jadi present hari tuu. Lagi pun Amin sakit bukan saja saja kan ?? So, lupakan je lah ye.

Hari tuu group aku, Ziela, Syamira, Aku dan Sazwan, decide untuk pakai baju korporat. So, aku, Ziela dan Syamira pun pakai lah baju kemeja, seluar slack dan pakai blazer. Alhamdulillah, madam puji cara pemakaian kami dalam membuat presentation. Tapi yang aku agak geram lah kan. Ada ke patut budak budak yang tengok kitaorang pakai baju kemeja ni, diaorang cakap aku ni kerja kat McDonald dan Ziela kerje ka KFC. Itu salah 1 sebab kenapa aku bad mood sangat hari tuu. Tapi aku lupakan je. Lantak lah diaorang nak cakap apa. Aku tak ganggu korang. Yang aku tahu, aku buat kerja aku. Yang paling penting, aku puas hati dengan apa yang aku buat hari ni. Terima kasih kepada yang da mengata aku dan kawan kawan. Thanks. Kepada Thaqif, Azuan dan Qayyim, sorry sebab termarah korang. Sorry sangat.


6 April 2011 : Hari ni penat sangat. Sebab ?? Kelas dari pukul 2-6 adalah kelas Macroeconomics. Hari ni ada quiz Eco. Sepatutnya.. Okay, quiz je kot. Aku pun study biasa biasa je lah. Sekali, lepas jawab quiz 2 jam, madam cakap pukul 4 sampai pukul 6 buat test pulak. Memang nak menjerit je masa tuu. Da lah dengan tak study nya. So, apa lagi, masa untuk buat theory sendiri. Yang kira kira tuu, boleh lah nak hentam je. Ni bab theory, nak hentam apa ??!! Redha je lah ye ^_^

7 April 2011 : Hari ni aku ada interview. Interview apa ?? Okay, aku mohon untuk jadi Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) bagi semester hadapan. Hari Isnin ni (11 April), adalah proses mengundi bagi semua kolej untuk mencari JPK bagi semester hadapan. Ini kali kedua aku mohon jadi JPK. Dulu tak dapat dan aku jadi Sekiteriat JPK. Best sangat sangat. So, jawatan sebagai Sekiteriat dah habis dan aku nak kembangkan lagi bakat aku dalam kepimpinan. Aku dan roomate aku, Hana, buat keputusan untuk mohon jadi JPK. Interview pagi tadi, alhamdulillah. Berjaya menjawab soalan soalan yang agak mencabar dari Pegawai Pembangunan Pelajar. Roomate aku yang paling lucu. Apa yang lucunya ?? Hehe.. Biar lah rahsia. Pengalaman interview yang tak dapat dilupakan. Harap harap aku tercalon lah untuk menjadi salah seorang JPK bagi semester hadapan. Aku minat sangat dalam bidang kepimpinan ni. Sejak dari sekolah lagi. Kalau ikutkan, aku nak jadi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Tapi aku tahu tahap kemampuan aku setakat mana. Dan aku rasa aku mampu menjalankan tugas sebagai JPK. Doakan aku ye kawan kawan :)

Itu lah antara cerita minggu ni. Sekarang ni tengah fokus untuk test costing (MAF280) dan financial accounting (FAR250). Final exam lagi 13 hari. Huh, agak tension semester ni. Apa apa pun, doakan lah aku boleh lakukan semua ni dengan baik.. AMIN.. :)


p/s : Maaf, entri agak panjang.. Teruskan membaca dan bagi sokongan pada atul ^_^


Ferrero Random Giveaway


Nak join ?? Klik header di atas ni. :)

Assalamualaikum semua. Okay, straight to the point. Atul nak join Ferrero Random Giveaway oleh Kak Yuyu Zulaikha. Harap harap, boleh lah menang. Nak merasa sekali menang Giveaway kat blog ni. :)

Tiada apa yang nak dikomen tentang blog Kak Yuyu. Blog Kak Yuyu sentiasa superb and I love it! ^_^


p/s : Kalau ada rezeki, alhamdulillah. :)

Tuesday, April 5, 2011

Glitterati Saya Da Hilang!!


Status Glitterati kat account Nuffnang atul da hilang. Tension okay! Urghhh!!!
Apa yang atul harus buat sekarang ni ?? Ada sesiapa yang boleh tolong ??
ATAU patut ke tukar ke syarikat pengiklanan yang lain ??

Monday, April 4, 2011

ABPBH : AKU DAN SHAHEIZY SAM :)

Tahniah kepada bakal suamiku yang tercinta, Shaheizy Sam :)

Assalamualaikum semua. Terima kasih, terima kasih. Saya bagi pihak Shaheizy Sam mengucapkan terima kasih di atas sokongan anda semua terhadap bakal suami saya yang tercinta ini. Terima kasih semua. :) Diharapkan anda semua terus menyokong bakal suami saya dalam bidang seni ini ^_^

Okay, tak lama lagi kami akan berkahwin : Shaheizy Sam dan Rabiatul Adawiyah :) *Perasan!

Tahniah kepada Shaheizy Sam atas kemenangan beliau dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010. Shaheizy Sam memang layak! Semalam atul tengok ABPBH di SINI. Walaupun tak berapa clear, tapi puas hati sangat sebab dapat jugak tengok. Thanks to TV3 :) Tengok ABPBH sambil buat assignment. Memang tak sentuh lah kan assignment tuu. Tapi... siap jugak ye. ^_^

Kepada Shaheizy Sam, congrats and good luck! I will always support you, dear :)


Tahniah kepada Lisa Surihani :) Mesti Ujang dengan Iqbal suka kan Lisa Surihani menang ?? ;p

Tahniah juga kepada Fara Fauzana. Kak Fara, saya memang minat sangat sangat kat Kak Fara. 1 hari nanti, saya nak jadi macam Kak Fara. Boleh kan ?? =_=


Lukisan saya yang paling comel tanpa warna :)

Shaheizy Sam, agak agak bila kita boleh kahwin ?? ;p

Gambar, credit to Budiey.
Nak tahu senarai pemenang ?? Klik SINI :)

Sunday, April 3, 2011

GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA


Nak join ?? Klik gambar di atas ni :)

Friday, April 1, 2011

Contest KM : Header Simple Tp Menarik!

Nak join ?? Klik gambar di atas ni :)

Assalamualaikum semua. Berjumpa lagi pada entri kali ini. Okay, tak nak membebel panjang sebab kejap lagi nak sambung study, so straight to the point. Hari ni atul nak join contest yang tertera tajuknya di atas. Atul telah pun di tag oleh adik angkat atul, Miera untuk join contest ni. Lagi pun da lama tak join contest. Sekali sekala, apa salahnya :)

Ini adalah syarat-syaratnya :

1-Jadi follower KM
2-Buat satu entry pasal contest ni..ups, jgn lupe ltk banner dan link kan terus pd blog kM
3-Header x kesah bertemakan ape2 saja..SIMPLE TAPI MENARIK..
4-Contest terbatal jika peserta bawah 10 orang!
5-Tarikh tutup-4 APRIL 2011
6- Tag pd 5 org blogger n make sure mreka tahu mreka tlh ditag.
7-Letak URL entry pasal contest ni pd comment box di bwh..jgn letak pd shoutbox!

Dan inilah header yang atul pertaruhkan.. Jeng jeng jeng :



Comel tak ?? Comel kan ?? Macam tuan dia. Haha. Simple je kan ?? Dan yang paling penting, header ni nampak menarik! Kalau nak tahu, perempuan dalam gambar tuu adalah atul. Macam tuu lah gaya atul kalau menghadap laptop. :) Wish me luck! ^_^

Atul nak tag :

Natasya
Eyjalukman
Zatie
dan yang lain lain.

Cepat join! Kalau tak, tak nak kawan ;p

Aku Review Blog Blogger Lain :)


Assalamualaikum semua. Okay, hari ini atul nak menunaikan janji kepada blogger blogger yang telah memberi link mereka dekat inbox facebook atul untuk atul review blog mereka. Bajet aku da famous lah pulakkan. Haha. Biar lah. Aku suka review blog blogger lain. Blog aku ?? Kepada siapa yang nak review, silakan. Dan kepada yang da review, terima kasih daun keladi. Eh, ada ke yang da review blog aku ?? =_=

Okay, blogger bertuah yang nak blognya di review adalah blogger Eyjalukman. Sedap nama dia. :) Macam nama aku. Sedap! Hehe.. Jom teruskan dengan review blog Eyjalukman :)

Yang okay :

1- Template blog yang menarik..
2- Blog yang simple but nice..
3- Blogger yang rajin update blog.. Sangat bagus :)
4- Blog tak berat dan tak ada lagu.. Suka sangat!

Yang tak okay :

1- Bagi pendapat akak lah kan, adik Eyja boleh susun widget yang ada kat blog beliau supaya lebih teratur.. Bukan lah sekarang ni tak teratur. Tapi yang macam blog archive tuu, rasanya baik letak kat atas daripada letak kat bawah supaya senang pengunjung blog Eyja nak baca entri yang lama lama. :)

Itu sahaja pendapat dari akak. Maaf lah ye kalau ada kekurangan. Akak ni pun blogger baru jugak. Thanks pada yang sudi baca. Jangan lupa ye terjah blog Eyja ni. Cepat cepat!! :)
© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: