HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Tuesday, January 31, 2012

Happy Birthday, Ziela!

Special entry for my best friend, Nur Fadzielah Bt Mohd Fadzil. :)


Happy Birthday to you,
Happy Birthday to you,
Happy Birthday to Ziela,
Happy Birthday to you! :)

Ziela, Happy Birthday atul ucapkan kat Ziela. Semoga Ziela dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, berjaya dalam apa jua bidang yang Ziela ceburi dan semoga Ziela bahagia bersama orang orang yang tersayang. :) InsyaAllah, AMIN.

Maaf lah sebab tak ada hadiah special untuk Ziela. Hanya entri ni pengganti hadiah atul pada Ziela. InsyaAllah, kalau ada rezeki lebih, nanti atul belikan hadiah untuk Ziela ye ?? :)

Atul sayang kat Ziela. Thanks dekat Ziela sebab sejak atul masuk UiTM ni, Ziela lah kawan yang paling rapat dengan atul. Atul harap hubungan kita sebagai kawan tak sampai kat sini je. Atul harap ianya berkekalan sampai bila bila. Terima kasih Ziela. :D

Sekali lagi atul ucapkan,

HAPPY BIRTHDAY, ZIELA! :)

Happy happy selalu ye. :D

Blog Terpaksa Ditinggalkan

Assalamualaikum semua. :)


Alhamdulillah, dapat juga update blog untuk kesekian kalinya. Sebelum tu, korang semua apa khabar ?? Sihat ?? Tuan empunya blog ni sihat sangat sangat. Alhamdulillah. :) Maaf lah sebab tak aktif berblogging macam dulu dulu. Seriously, rindu nak macam dulu. Setiap hari update blog. Tapi sekarang ni blog terpaksa ditinggalkan. Kesian kan kau blog ?? Sorry ye blog. InsyaAllah, lepas bulan 3 nanti, kau tak akan kutinggalkan lagi. Hehe.

Masa cuti raya Cina hari tu, memang ingat nak update blog setiap hari. Tapi yelah, bila da ada kat rumah tu, kemalasan diri melanda pulak. Ditambah lagi dengan menjaga anak anak kecil yang ada kat rumah tu, dengan kakak atul masuk hospital lagi. So, blog terpaksa dilupakan.

Then balik UiTM semula pada malam 25/1/2012 yang lepas. Test pulak sedang menunggu. Tapi yang geramnya test dibatalkan. Masa tu memang sakit hati sebab kalau tak boleh cuti lama sikit. Tapi tak apa lah. Ada hikmah disebalik apa yang terjadi. Balik awal boleh siapkan untuk presentation FAR 360. Dan alhamdulillah, first presentation untuk FAR 360 berjalan dengan lancarnya semalam. :)

Sekarang ni nak fokus untuk hari Khamis ni iaitu test Costing. Then Selasa depan quiz Taxation pulak. 7/2/2012 ni ada dinner pra graduation di Hotel Grand Reviview, Kota Bharu. Tak sabar rasanya nak pergi dinner. Well, dinner kat hotel. Ingat senang nak dapat makan kat hotel ?? HAHA.

Then 12, 13 dan 14/2 ni ada test untuk subjek Auditing, Taxation dan Entrepreneurship. Terbaik lah. Terbaik dari ladang! Hehe. Apa apa pun, InsyaAllah akan ku lakukan yang terbaik demi masa depanku. :)

Korang semua doakan yang terbaik untuk atul ye. Terima kasih. Sayang korang! :D

Thursday, January 19, 2012

Cinta Muka Buku :)

Assalamualaikum semua. :)

Alhamdulillah, dapat jugak update blog lagi. Sekarang ni atul kat rumah. Pulang ke rumah sempena Chinese New Year pada hari Isnin dan Selasa depan. Dapat balik kejap je sebab tak cuti lama pun. Minggu depan memang banyak test yang akan atul hadapi. Study tak lagi ni. Redha je lah dengan Test 1 ni. Hehe. :)

Okay, hari ni nak story sikit pasal Cinta Muka Buku. Cerita pasal kisah yang terjadi pada bulan Disember 2011 yang lepas. Kisah cinta Cik Rabiatul Adawiyah Bt Abd Rahim. :)

Nak memberitahu bahawa diri ini telah pun berpunya. Entri kali ni adalah sekadar ingin berkongsi bukan untuk mengheboh hebohkan pada orang ramai tentang diri ini telah berpunya. Ohh, itu bukan lah saya. Saya seorang yang suka berkongsi bukan mencari publisiti. Hehe. :D

Kami berkenalan melalui laman sosial Facebook sejak tahun lepas, kalau tak silap lah. Memang tak pernah lah tegur atau apa pun kat Facebook tu. Setahu atul lah, atul yang add dia kat Facebook sebab dia adalah kawan kepada seseorang iaitu orang yang atul minat masa kat sekolah menengah dulu. Orang tu adalah jiran atul. Well, itu cerita lama. Sekarang tak minat da dekat dia. Hehe.

Tak tahu macam mana perasaan minat dekat dia boleh timbul kat dalam diri atul ni. Perasaan tu semakin lama semakin kuat sejak atul cuti pertengahan semester pada bulan Disember 2011 yang lepas. Dia pulak kerja 1 office dengan kakak dan adik atul. And atul adalah selidik cerita pasal dia sikit sikit dari ayong dan ain. Diaorang pun pelik jugak lah kan kenapa atul tiba tiba tanya pasal dia padahal kenal pun kenal gitu gitu je. Kenal pulak kat Facebook je.

Then masa cuti tu, try hantar chat dekat dia. Mula mula takut tapi selamat lah dia sporting sangat. Layanan yang diberi memang baik. After that, tukar nombor phone dan dari situ lah terjalinnya kisah cinta antara kami berdua. :)

Alhamdulillah, hubungan yang terjalin sudah hampir sebulan. Alhamdulillah atul juga tersangat lah bahagia dengan adanya dia di sisi atul. Dia lah tempat atul berkongsi segala galanya selain dari keluarga atul. Dengan adanya dia dalam hidup atul, lebih bersemangat lah atul nak teruskan kehidupan ini.

Diri ini mengharapkan agar dia lah yang terakhir dalam hidup atul. Atul juga mengaharapkan agar hubungan ini terjalin hingga ke akhir hayat. InsyaAllah, jika diizin olehNya. Doa doakan lah kebahagiaan kami.

So, bila dengar lagu Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif, hati ni rasa berbunga bunga sebab di Muka Buku itulah cinta kami terjalin. :)


"Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku,
Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu,
Ooh hatiku rasa sesuatu.."

Kepada Mohd Ismafirul Bin Ismail, terima kasih kerana sudi menerima cinta insan yang bernama Rabiatul Adawiyah Bt Abd Rahim. Jaga saya baik baik ye. Saya sayang awak. :)


Sunday, January 15, 2012

Azam Tahun Baru 2012

Assalamualaikum semua. :)

Alhamdulillah, dapat jugak update entri lagi. Baru je pulang dari Kuala Lumpur untuk trip selama 3 hari, 2 malam. Pasal trip ni, nanti atul cerita ye. Gambar tak ada lagi dengan atul. :)

Okay, entri kali ni nak share dengan korang semua pasal azam tahun baru atul pada tahun 2012 ni. Masih lagi di mood tahun baru. So, rasanya tak terlambat lagikan kalau nak cerita pasal azam tahun baru ?? Hehe. :D

Jom lah baca apa azam tahun baru atul pada tahun ni. Harap harap semuanya tercapai. :)


  1. Tamatkan Diploma dengan jayanya dan menyambung pengajian di peringkat Ijazah

-Okay, ni adalah azam atul yang pertama. Alhamdulillah, hampir 3 tahun belajar dalam peringkat Diploma dan akhirnya atul akan tamatkan pengajian pada bulan 3 ni. InsyaAllah, doakan lah kejayaan atul ye dan doakan agar semuanya berjalan dengan lancar. Bukan itu saja, InsyaAllah, bulan 9 tahun ni nak menyambung pengajian di peringkat Ijazah pula. Ikutkan hati malas da nak sambung, tapi kena jugak sambung. Demi masa depan, tak gitu ?? Doa doakan lah ye agar azam yang 1 ni akan tercapai. InsyaAllah, AMIN. :)

2. Belajar memasak

-Azam yang kedua adalah atul nak belajar memasak. Secara jujurnya atul memang tak tahu nak memasak. Jujur ni. Tapi jauh di sudut hati, niat nak belajar memasak tu memang sentiasa ada. Cuma masih tak berkesempatan disebabkan adanya komitmen lain. Tapi yang pasti, mulai tahun ni, atul akan belajar memasak. Da 21 tahun kan, so, kena pandai memasak. Hehe. :)

3. Turunkan berat badan

-Okay, azam yang ketiga pulak, atul nak turunkan berat badan. Badan ni semakin lama, semakin montel. Kadang kadang tension je tengok badan sendiri. Tapi makan tu tak jugak kurangkan. Apa lagi nak jogging ke, memang tak adalah kan. Lagi lagi tengah belajar ni. Lapar sikit, makan. Makan, makan, makan. Mana tak montel. Mulai tahun ni jugak, atul nak cuba kuangkan berat badan. Takut nanti SI DIA tak nak pulak kat atul. Hehe. Harap harap azam yang ni pun tercapai lah. Bukan sekadar hangat hangat tahi ayam! :D

Okay, setakat ni 3 je azam tahun baru atul. Itu pun tak tahu lah tercapai atau tak. Harap harap tercapai lah semuanya. Apa apa pun, semuanya terletak pada diri kita sendiri. Kalau kita laksankan azam kita, maka tercapai lah azam kita dan sebaliknya. Atul harap atul dapat laksanakn semua azam tahun baru atul ni dengan jayanya. InsyaAllah, AMIN. :)

Wednesday, January 11, 2012

Wordless Wednesday #21

Wordless Wednesday is back! :)

What is Wordless Wednesday ?? Click HERE..

Join Facebook WW and Blog MalaysianWW..

Tuesday, January 10, 2012

Trip To Kuala Lumpur

Assalamualaikum semua. :)

Alhamdulillah, akhirnya blog ni update jugak. Hehe. Tuan blog ni agak busy sekarang ni sebab banyak sangat kerja yang sedang menanti. Stress sangat, so mood nak update blog tu memang kurang sangat sangat lah. Ni pun sebab rindu nak update blog. Maka blog ni pun ber-update. :)


Okay, tajuk entri kali ni 'Trip To Kuala Lumpur'. Sebenarnya belum lagi ke Kuala Lumpur. Cuma nak story sikit kenapa kelas atul akan ke Kuala Lumpur. Well, ni adalah salah satu cadangan lecturer costing kami, merangkap Ketua Program Diploma Perakaunan, iaitu Prof Che Khalil. Beliau yang bagi cadangan pada kelas kami tentang trip ni. Beliau cadangkan agar kelas kami buat lawatan ke tempat tempat yang berkaitan dengan kos kami, iaitu Perakaunan.

So, sebelum cuti pertengahan semester yang lepas, kawan atul, iaitu Ziela selaku pengarah projek bagi trip ni telah pun menyiapkan proposal untuk lawatan ke Kuala Lumpur ni. Alhamdulillah, proposal kami lulus. Sebenarnya kami akan ke Kuala Lumpur pada 5 Januari yang lepas. Tapi disebabkan ada sedikit masalah, trip ditukar kepada minggu ni iaitu 12 Januari hingga 14 Januari.

Tempat yang kami akan pergi adalah Malaysian Institute of Accountant (MIA) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). 2 tempat ni yang confirm kami akan pergi. InsyaAllah. So, doakan lah kami semua selamat pergi dan selamat kembali semula ke UiTM Machang dengan selamatnya. :)

Okay. Itu sahaja untuk entri kali ni. Terima kasih :)


Thursday, January 5, 2012

Menang Hadiah Lagi!

Assalamualaikum semua. :)

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana masih lagi diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan sebagai hambaNya di muka bumi ni. Alhamdulillah, syukur. Semoga hari hari yang mendatang ni akan bertambah baik dari hari hari sebelumnya. :)

Atul harap semua pembaca akan berada dalam keadaan yang sihat hendaknya. Atul di sini alhamdulillah, sihat. Cuma adalah sakit sikit sikit, macam sakit perut, pening kepala. Biasa lah tu. Atul hadapi dengan tenang sebab da biasa sakit dengan sakit tu. Harap harap tak lah sampai ke tahap yang serius. InsyaAllah, akan atul jaga kesihatan ni dengan baik sekali.


Okay, entri pada kali ni just nak share dengan anda semua yang atul telah pun memenangi hadiah dalam "The Ultimate Year End Giveaway by Nisa Kay". Syukur sangat sangat sebab kali ni atul bertuah. Pemenang dipilih berdasarkan random.org. Dan ni adalah kali ketiga atul menang hadiah dekat blog ni selepas atul menang hadiah di entri INI dan INI.

Atul nak ucapkan terima kasih dekat Nisa Kay kerana sudi menganjurkan Giveaway yang sangat awesome ni. Lain kali buat lah lagi ye. Atul akan sentiasa join. Hehe. Thanks, Nisa!

Hadiah yang atul dapat melalui Giveaway ni ialah 1 helai tudung / shawal / pashmina daripada Pretty Lens Store. Thanks jugak pada Pretty Lens Store kerana sudi sponsor hadiah Giveaway oleh Nisa Kay ni. Terima kasih banyak banyak! Tahniah jugak pada pemenang yang lain. :)

Monday, January 2, 2012

Happy New Year 2012!

Assalamualaikum semua. :)

Pertama sekali nak ucapkan Selamat Tahun Baru, 2012! Rasanya tak terlambat lagi nak ucap Selamat Tahun Baru since baru 2 hari kita semua melangkah masuk ke tahun baru. Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan olehNya. Syukur, alhamdulillah. :)


Semalam atul tak dapat nak update blog sebab semalam keluar dengan SI DIA buat kali terakhir sebelum pulang ke Kelantan. Alhamdulillah, atul da selamat sampai di UiTM pada pukul 5.15 pagi tadi. Badan masih sakit sakit lagi dan tadi da tidur, rehatkan badan sekejap. Tak tahu lah kenapa atul tak boleh nak tidur. Rasa semacam je. Pukul 8 tadi terus bangun, mandi, basuh baju.

Macam biasa, masih lagi teringat kat rumah. Yelah, da cuti 10 hari kan, memang susah lah nak balik Kelantan. Tapi ku gagahkan jua diriku ini demi keluarga tercinta. Kalau tak kerana mereka semua, entah lah, tak sampai atul kat Kelantan ni.

Okay okay. Berbalik pada tajuk entri kali ni. Tahun baru datang kembali dan tahun 2011 pergi meninggalkan kita semua dengan bermacam macam pengalaman. Ada yang sedih dan ada yang duka. Bagi atul sendiri, macam macam kenangan yang ada. Tapi biar lah kenangan tu tetap menjadi kenangan.

Untuk tahun 2012 ni, atul nak buat yang terbaik untuk diri atul. Nak majukan diri atul sendiri dan kalau boleh nak tolong mama dan abah. Of course, that is my priority. And for sure, I want to graduate as a Diploma student and I want to further my study on Bachelor program, InsyaAllah. Kita merancang tapi semuanya ditentukan olehNya. Harap harap semester terakhir ni, semuanya akan berjalan dengan lancar. Lagi 3 bulan je nak tamatkan pembelajaran sebagai pelajar Diploma. Korang semua doakan lah yang terbaik untuk atul, ye ??

Okay lah. Cukup sampai sini dulu. InsyaAllah, ada masa, atul update lagi ye. :)
Till then~
Daisypath Happy Birthday tickers
© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: