HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Thursday, January 5, 2012

Menang Hadiah Lagi!

Assalamualaikum semua. :)

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana masih lagi diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan sebagai hambaNya di muka bumi ni. Alhamdulillah, syukur. Semoga hari hari yang mendatang ni akan bertambah baik dari hari hari sebelumnya. :)

Atul harap semua pembaca akan berada dalam keadaan yang sihat hendaknya. Atul di sini alhamdulillah, sihat. Cuma adalah sakit sikit sikit, macam sakit perut, pening kepala. Biasa lah tu. Atul hadapi dengan tenang sebab da biasa sakit dengan sakit tu. Harap harap tak lah sampai ke tahap yang serius. InsyaAllah, akan atul jaga kesihatan ni dengan baik sekali.


Okay, entri pada kali ni just nak share dengan anda semua yang atul telah pun memenangi hadiah dalam "The Ultimate Year End Giveaway by Nisa Kay". Syukur sangat sangat sebab kali ni atul bertuah. Pemenang dipilih berdasarkan random.org. Dan ni adalah kali ketiga atul menang hadiah dekat blog ni selepas atul menang hadiah di entri INI dan INI.

Atul nak ucapkan terima kasih dekat Nisa Kay kerana sudi menganjurkan Giveaway yang sangat awesome ni. Lain kali buat lah lagi ye. Atul akan sentiasa join. Hehe. Thanks, Nisa!

Hadiah yang atul dapat melalui Giveaway ni ialah 1 helai tudung / shawal / pashmina daripada Pretty Lens Store. Thanks jugak pada Pretty Lens Store kerana sudi sponsor hadiah Giveaway oleh Nisa Kay ni. Terima kasih banyak banyak! Tahniah jugak pada pemenang yang lain. :)

1 comment:

Terima kasih. :)

Daisypath Happy Birthday tickers
© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: