HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Sunday, January 15, 2012

Azam Tahun Baru 2012

Assalamualaikum semua. :)

Alhamdulillah, dapat jugak update entri lagi. Baru je pulang dari Kuala Lumpur untuk trip selama 3 hari, 2 malam. Pasal trip ni, nanti atul cerita ye. Gambar tak ada lagi dengan atul. :)

Okay, entri kali ni nak share dengan korang semua pasal azam tahun baru atul pada tahun 2012 ni. Masih lagi di mood tahun baru. So, rasanya tak terlambat lagikan kalau nak cerita pasal azam tahun baru ?? Hehe. :D

Jom lah baca apa azam tahun baru atul pada tahun ni. Harap harap semuanya tercapai. :)


  1. Tamatkan Diploma dengan jayanya dan menyambung pengajian di peringkat Ijazah

-Okay, ni adalah azam atul yang pertama. Alhamdulillah, hampir 3 tahun belajar dalam peringkat Diploma dan akhirnya atul akan tamatkan pengajian pada bulan 3 ni. InsyaAllah, doakan lah kejayaan atul ye dan doakan agar semuanya berjalan dengan lancar. Bukan itu saja, InsyaAllah, bulan 9 tahun ni nak menyambung pengajian di peringkat Ijazah pula. Ikutkan hati malas da nak sambung, tapi kena jugak sambung. Demi masa depan, tak gitu ?? Doa doakan lah ye agar azam yang 1 ni akan tercapai. InsyaAllah, AMIN. :)

2. Belajar memasak

-Azam yang kedua adalah atul nak belajar memasak. Secara jujurnya atul memang tak tahu nak memasak. Jujur ni. Tapi jauh di sudut hati, niat nak belajar memasak tu memang sentiasa ada. Cuma masih tak berkesempatan disebabkan adanya komitmen lain. Tapi yang pasti, mulai tahun ni, atul akan belajar memasak. Da 21 tahun kan, so, kena pandai memasak. Hehe. :)

3. Turunkan berat badan

-Okay, azam yang ketiga pulak, atul nak turunkan berat badan. Badan ni semakin lama, semakin montel. Kadang kadang tension je tengok badan sendiri. Tapi makan tu tak jugak kurangkan. Apa lagi nak jogging ke, memang tak adalah kan. Lagi lagi tengah belajar ni. Lapar sikit, makan. Makan, makan, makan. Mana tak montel. Mulai tahun ni jugak, atul nak cuba kuangkan berat badan. Takut nanti SI DIA tak nak pulak kat atul. Hehe. Harap harap azam yang ni pun tercapai lah. Bukan sekadar hangat hangat tahi ayam! :D

Okay, setakat ni 3 je azam tahun baru atul. Itu pun tak tahu lah tercapai atau tak. Harap harap tercapai lah semuanya. Apa apa pun, semuanya terletak pada diri kita sendiri. Kalau kita laksankan azam kita, maka tercapai lah azam kita dan sebaliknya. Atul harap atul dapat laksanakn semua azam tahun baru atul ni dengan jayanya. InsyaAllah, AMIN. :)

1 comment:

Terima kasih. :)

Daisypath Happy Birthday tickers
© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: