HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Tuesday, January 31, 2012

Blog Terpaksa Ditinggalkan

Assalamualaikum semua. :)


Alhamdulillah, dapat juga update blog untuk kesekian kalinya. Sebelum tu, korang semua apa khabar ?? Sihat ?? Tuan empunya blog ni sihat sangat sangat. Alhamdulillah. :) Maaf lah sebab tak aktif berblogging macam dulu dulu. Seriously, rindu nak macam dulu. Setiap hari update blog. Tapi sekarang ni blog terpaksa ditinggalkan. Kesian kan kau blog ?? Sorry ye blog. InsyaAllah, lepas bulan 3 nanti, kau tak akan kutinggalkan lagi. Hehe.

Masa cuti raya Cina hari tu, memang ingat nak update blog setiap hari. Tapi yelah, bila da ada kat rumah tu, kemalasan diri melanda pulak. Ditambah lagi dengan menjaga anak anak kecil yang ada kat rumah tu, dengan kakak atul masuk hospital lagi. So, blog terpaksa dilupakan.

Then balik UiTM semula pada malam 25/1/2012 yang lepas. Test pulak sedang menunggu. Tapi yang geramnya test dibatalkan. Masa tu memang sakit hati sebab kalau tak boleh cuti lama sikit. Tapi tak apa lah. Ada hikmah disebalik apa yang terjadi. Balik awal boleh siapkan untuk presentation FAR 360. Dan alhamdulillah, first presentation untuk FAR 360 berjalan dengan lancarnya semalam. :)

Sekarang ni nak fokus untuk hari Khamis ni iaitu test Costing. Then Selasa depan quiz Taxation pulak. 7/2/2012 ni ada dinner pra graduation di Hotel Grand Reviview, Kota Bharu. Tak sabar rasanya nak pergi dinner. Well, dinner kat hotel. Ingat senang nak dapat makan kat hotel ?? HAHA.

Then 12, 13 dan 14/2 ni ada test untuk subjek Auditing, Taxation dan Entrepreneurship. Terbaik lah. Terbaik dari ladang! Hehe. Apa apa pun, InsyaAllah akan ku lakukan yang terbaik demi masa depanku. :)

Korang semua doakan yang terbaik untuk atul ye. Terima kasih. Sayang korang! :D

2 comments:

  1. test 2 kan atul? deno pun ada test, tapi test deno lambat sikit 16hb test AUD, MAF n 17hb test TAX... goodluck ya atul!!!!

    ReplyDelete

Terima kasih. :)

Daisypath Happy Birthday tickers
© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: