HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Sunday, May 13, 2012

Ahli Keluarga Baru

Assalamualaikum semua. :)

Selamat malam! HEHE. Rajin pulak atul update blog hari ni. Bila da rajin tu, sampai 3 entri 1 hari. Good job atul! Harap harap lepas ni semangat atul untuk berblogging akan kekal sampai bila bila. :)

Okay, entri malam ni nak cerita tentang ahli keluarga baru dalam keluarga atul ni. Alhamdulillah, pada 5 Mac 2012 yang lalu, kakak atul telah selamat melahirkan bayinya yang ketiga. Alhamdulillah, dapat baby boy. Dan baby boy itu telah diberi nama, Muhammad Izzat Hadif. :)


Day 1 - Muhammad Izzat Hadif.. :)


Day 22 - Muhammad Izzat Hadif :)

Atul suka sangat gambar ni. Comel sangat. Tengok lah mata Hadif, bulat! :D


Day 28 - Muhammad Izzat Hadif..

Alhamdulillah, kesihatan Hadif okay setakat ni. Masa mula mula Hadif lahir, dia kena jugak demam kuning. Perkara biasa lah tu bagi baby yang baru lahir. Tapi alhamdulillah, Hadif sihat sihat je. :)

Semoga Hadif membesar dengan sihatnya dan semoga Hadif menjadi anak yang soleh dan anak yang baik pada mummy, daddy dan semua orang.. :)

Mak Ngah sayang Hadif! :D

p/s : esok entri review novel pulak :)

4 comments:

Terima kasih. :)

Daisypath Happy Birthday tickers
© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: