HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Thursday, May 3, 2012

Kegembiraan Berganda :)

Assalamualaikum semua. :)

Alhamdulillah, malam ni dapat jugak update blog. Nak update jugak sebab ada benda yang nak dikongsi. Kalau tunggu mood ni datang, entah bila lah dia nak datang kan. Hehe. ;)

Okay, cerita yang nak dikongsi pada kali ni adalah cerita cerita yang gembira je. Sebab hati ni memang gembira sangat. Pertama sekali, pada 27/4/2012 yang lepas, keputusan peperiksaan akhir bagi pelajar UiTM telah pun diumumkan. Hari tu berdebar sangat sebab takut jugak kalau kalau pointer menurun kan. Tidur memang lena tapi siap mimpi lagi berapa pointer yang aku dapat. Hehe.

Pagi Jumaat tu, sampai je kat ofis, Asma suruh aku check result sebab dia dah check. Bukan main happy lagi muka dia lepas check result. Aku ni pulak bertambah takut. Dengan perasaan berdebar + takut, aku pun bukak email. Lepas je bukak email, aku menjerit. Syukur sangat sebab result masih lagi kekal 3.00 ke atas. Yang paling bestnya, meningkat dari semester lepas. Syukur Ya Allah, atas nikmat yang 1 ni. Walaupun aku 'hilang' benda lain, tapi aku dapat benda yang sangat bernilai dalam hidup aku. Terima kasih, Allah SWT. :)



Picture : Google

So, dengan rasminya, saya adalah bekas pelajar UiTM Machang jurusan Diploma Perakaunan. InsyaAllah, konvokesyen pada bulan 9 atau 10 ni. Alhamdulillah, dapat jugak tunaikan impian Mama dan Abah nak tengok anak dia yang seorang ni berjaya. :) Thanks pada semua kawan kawan dan semua lecturer yang da mengajar Atul since semester 1 lagi. Thanks all! Without all of you, I am NOTHING! To my family, thank you for everything. :D

Okay, cerita gembira yang kedua ialah, aku da dapat GAJI! Alhamdulillah, syukur. :) Dapat jugak merasa hasil titik peluh sendiri. Rasa gembira sangat sebab dapat bagi Mama dan Abah sedikit wang hasil titik peluh aku. Walaupun tak banyak, aku tetap nak bagi. Aku tahu aku tak mampu nak balas semua yang Mama dan Abah bagi sejak aku lahir lagi. Tapi, InsyaAllah, setakat mana yang aku ada, aku akan bagi pada Mama dan Abah. Aku tahu Mama dan Abah tak pernah mintak, tapi sebagai anak, aku bertanggungjawab untuk memberi. Aku selalu ingat Abah cakap pada aku yang dia tak nak apa apa dari anak anak dia. Dia nak tengok anak anak dia bahagia je. Tapi aku sebagai anak, takkan lah sampai tak nak memberi. Dengan mak ayah sendiri pun nak berkira, susah lah kan.

Apa pulak lah yang aku merepek ni. Maaf lah ye. Harap harap korang tak boring baca entri yang agak panjang ni. InsyaAllah, esok aku update lagi ye. Selamat malam! :)






3 comments:

  1. Congratulations! :] Ada teringin nak sambung belajar?

    ReplyDelete
  2. wah..dah dpt gaji ek..
    leh blnja 2..hhuhuhu

    ReplyDelete
  3. tahniah atul!!! deno satu sem lagi... :(

    ReplyDelete

Terima kasih. :)

Daisypath Happy Birthday tickers
© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: