HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Thursday, January 19, 2012

Cinta Muka Buku :)

Assalamualaikum semua. :)

Alhamdulillah, dapat jugak update blog lagi. Sekarang ni atul kat rumah. Pulang ke rumah sempena Chinese New Year pada hari Isnin dan Selasa depan. Dapat balik kejap je sebab tak cuti lama pun. Minggu depan memang banyak test yang akan atul hadapi. Study tak lagi ni. Redha je lah dengan Test 1 ni. Hehe. :)

Okay, hari ni nak story sikit pasal Cinta Muka Buku. Cerita pasal kisah yang terjadi pada bulan Disember 2011 yang lepas. Kisah cinta Cik Rabiatul Adawiyah Bt Abd Rahim. :)

Nak memberitahu bahawa diri ini telah pun berpunya. Entri kali ni adalah sekadar ingin berkongsi bukan untuk mengheboh hebohkan pada orang ramai tentang diri ini telah berpunya. Ohh, itu bukan lah saya. Saya seorang yang suka berkongsi bukan mencari publisiti. Hehe. :D

Kami berkenalan melalui laman sosial Facebook sejak tahun lepas, kalau tak silap lah. Memang tak pernah lah tegur atau apa pun kat Facebook tu. Setahu atul lah, atul yang add dia kat Facebook sebab dia adalah kawan kepada seseorang iaitu orang yang atul minat masa kat sekolah menengah dulu. Orang tu adalah jiran atul. Well, itu cerita lama. Sekarang tak minat da dekat dia. Hehe.

Tak tahu macam mana perasaan minat dekat dia boleh timbul kat dalam diri atul ni. Perasaan tu semakin lama semakin kuat sejak atul cuti pertengahan semester pada bulan Disember 2011 yang lepas. Dia pulak kerja 1 office dengan kakak dan adik atul. And atul adalah selidik cerita pasal dia sikit sikit dari ayong dan ain. Diaorang pun pelik jugak lah kan kenapa atul tiba tiba tanya pasal dia padahal kenal pun kenal gitu gitu je. Kenal pulak kat Facebook je.

Then masa cuti tu, try hantar chat dekat dia. Mula mula takut tapi selamat lah dia sporting sangat. Layanan yang diberi memang baik. After that, tukar nombor phone dan dari situ lah terjalinnya kisah cinta antara kami berdua. :)

Alhamdulillah, hubungan yang terjalin sudah hampir sebulan. Alhamdulillah atul juga tersangat lah bahagia dengan adanya dia di sisi atul. Dia lah tempat atul berkongsi segala galanya selain dari keluarga atul. Dengan adanya dia dalam hidup atul, lebih bersemangat lah atul nak teruskan kehidupan ini.

Diri ini mengharapkan agar dia lah yang terakhir dalam hidup atul. Atul juga mengaharapkan agar hubungan ini terjalin hingga ke akhir hayat. InsyaAllah, jika diizin olehNya. Doa doakan lah kebahagiaan kami.

So, bila dengar lagu Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif, hati ni rasa berbunga bunga sebab di Muka Buku itulah cinta kami terjalin. :)


"Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku,
Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu,
Ooh hatiku rasa sesuatu.."

Kepada Mohd Ismafirul Bin Ismail, terima kasih kerana sudi menerima cinta insan yang bernama Rabiatul Adawiyah Bt Abd Rahim. Jaga saya baik baik ye. Saya sayang awak. :)


5 comments:

  1. wahhh suwwitt2..moga ada jodoh buat korang,. =)

    ReplyDelete
  2. Ini baru cinta muka buku!

    JOM LA TENGOK SEGMEN SAYA BUAT NI.
    NEXT TOP BLOGGER 1 DAH MASUK EPISOD 2
    http://awieomar.blogspot.com/2011/04/next-top-blogger-1-episod-2.html

    ReplyDelete
  3. aloo...comelnya...tahniah...jaga hubungan yer...jaga batasan...Qaseh doakan jodoh berpanjangan ke jinjang pelamin...amin...

    ReplyDelete
  4. eh..kite knal ngan bf kite pon dkat fb... kitorg lagi la..tak prnh knal lansung..hehehe..tetibe bole brcinta..wlaupun dulu tak prcye cinta alam maya..tpi skrg..tu dah realiti..alhamdulillah..kitorg dah 8 bln brsma..:)

    n smoge berbahagia tok awk :)

    ReplyDelete

Terima kasih. :)

Daisypath Happy Birthday tickers
© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: