Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. :)
Hari ni nak cerita sikit pasal cerita Melayu zaman sekarang. Macam-macam cerita Melayu yang sedang ditayangkan di kaca TV sekarang ni. Kadang-kadang tu, sampai tak tahu mana satu yang kita nak tengok. Lagi-lagi yang ada Astro. Setiap channel yang berbeza, cerita pun mesti berbeza. Kalau korang nak tahu, Atul adalah salah seorang peminat setia cerita Melayu. Atul tahu ramai yang tak layan cerita Melayu sekarang ni. Tak kisah lah. Minat masing-masing. Lantak lah korang nak tengok cerita apa. Tak gitu?
Apa yang Atul lihat sekarang ni, cerita Melayu dah banyak yang diadaptasi dari novel-novel Melayu. Cerita yang diadaptasi tu pulak, mesti lah dari novel yang jalan ceritanya yang mendapat sambutan dari para pembaca. Sebagai contoh, Adam dan Hawa, Teduhan Kasih, Sebenarnya Saya Isteri Dia, Suami Aku Ustaz (yang dijangka akan ditayangkan di pawagam), Jodoh Itu Milik Kita (akan keluar dekat Astro nanti) dan yang terbaru, Kampung Girl yang menggantikan cerita Sebenarnya Saya Isteri Dia.
Fenomena novel dijadikan cerita ni dah semakin menjadi kebiasaan pulak. Well, bukan lah kata tak boleh sebab Atul pun layan jugak cerita-cerita ni (tapi tak semua lah kan). Depends pada yang nak buat cerita tu lah kan. Cumanya, tiada original dari pengarah atau penerbit itu sendiri. Yelah, majoriti (kaum wanita) yang awalnya telah membaca novel telah pun mengetahui apakah jalan sebenar cerita itu. So, macam tak best sangat lah sebab nanti dia cerita kat orang lain yang tak tahu jalan cerita tu.
And satu lagi kita boleh tengok yang sebenarnya, pengarah-pengarah di Malaysia ni dah macam kekurangan idea nak tebitkan cerita melalui idea mereka sendiri. Bukan nak menjatuhkan semangat mereka, ni cuma pandangan dari Atul je. Apa-apa pun, para penonton di luar sana (termasuk Atul) masih menantikan cerita-cerita yang lain daripada yang lain dari pengarah di luar sana. Bukan tak boleh novel dijadikan cerita cuma tu lah, originality itu yang sentiasa diingati oleh semua orang.
Sebagai contoh, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, ceritanya sentiasa diingati dan ditonton oleh semua lapisan masyarakat sejak dahulu hingga sekarang. Sebab apa? Sebab ideanya yang original yang datang dari dirinya sendiri. :) Agak-agak kalau dulu ada novel, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee buat tak cerita dari novel tu? Hehe. :)
Setakat itu sahaja dari Atul. Sekadar pandangan dari seorang insan biasa. :) Jumpa lagi. :)
Sy pn minat cite melayu..siap kene kutuk dgn kawan sbb minat cite melayu..haha ;p
ReplyDeleteSaya setuju, macam dah kekurangan idea untuk terbitkan cerita menggunakan idea sendiri.
ReplyDelete