HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Sunday, July 28, 2013

KESIBUKAN DI HUJUNG MINGGU

Assalamualaikum dan selamat petang. :) 

Rasa macam dah lama sangat pulak tak update blog. Yelah, nak update masa kerja, memang tak lah. Nanti tak pasal-pasal kena buang kerja. Nak update masa kat rumah pun, memang tak lah. Ada je kerja yang nak dibuatnya. Jaga anak saudara lah, siapkan juadah untuk berbuka dan sebagainya. So, peluang yang ada ni diambil untuk update blog. :)


Kalau korang nak tahu, sejak bulan Ramadhan ni, aktiviti Atul di hujung minggu adalah menyiapkan order biskut pretzel untuk sambutan Hari Raya yang bakal tiba tidak lama lagi. Memang sibuk sangat sebab hujung minggu ni lah buat semua tempahan. Actually, order semua kakak Atul yang uruskan. Atul dan adik Atul yang siapkan. Kakak Atul pun buat jugak biskut pretzel ni, cuma dia buat kat rumah dia lah. Atul dengan adik Atul buat di rumah kami. Mama pun tolong kami siapkan biskut pretzel ni.

Harap-harap dapat lah siapkan dalam masa yang singkat ni. Yelah, tinggal seminggu lebih je lagi nak raya. Nasib baik persiapan raya dah selesai cuma tak siap kemas rumah, kuih-kuih raya tu je lah tak ada lagi. Yang lain dah okay dah. Hah, pasal persiapan raya, nanti kita cerita di entri yang lain ye. Hehe. :)

Untuk sesiapa yang tanya Atul di Twitter dan Facebook pasal biskut pretzel ni, sorry sangat sebab tempahan dah tutup. Untuk lepas raya, nanti dulu lah ye sebab nak rehat-rehat jap. Nanti Atul dah tak kerja, boleh lah nak amek tempahan baru. In Sha Allah.

Terima kasih kepada yang order biskut pretzel pada Atul dan kakak Atul. Ampun dan maaf jika ada kekurangan dari pihak kami sebab kami pun baru je lagi dalam business ni. :) Doakan kami dapat siapkan tempahan dengan jayanya ye? :)

Okay lah. Selamat berbuka ! :D

1 comment:

Terima kasih. :)

© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: