HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Tuesday, March 12, 2013

05.03.2013 - HAPPY BIRTHDAY, HADIF !!

Assalamualaikum, semua. :) 

Bertemu kembali setelah hampir 2 minggu lebih blog ini tak update. Entry kali ni khas untuk anak saudara atul yang ke 3 iaitu Muhammad Izzat Hadif yang telah pun berusia 1 tahun pada 5 March 2013 yang lepas. Actually, entry ni nak buat minggu lepas. Tapi disebabkan tak ada idea nak tulis apa, dilewatkan seminggu. Hehe. :)

Muhammad Izzat Hadif. :')

Alhamdulillah, Hadif dah pun berusia 1 tahun. Macam tak percaya je sebenarnya. Rasa macam baru je semalam dia lahir. Sekarang ni dah pandai berjalan, bercakap tu tak lah lagi tapi kalau nak panggil Mummy, dia boleh lah panggil Mummy dia dah.

Balik je kerja, layan karenah dia, terus hilang penat kerja seharian. Hehe. Dah macam anak sendiri pulak. Seronok layan si budak kecik ni. Balik je kerja, dia terus datang kat atul. Ajak main sama lah kononnya. Suka sangat ambil phone Mak Ngah dia and masukkan dalam mulut. Geram betul. Semua benda yang dia pegang, dia masukkan dalam mulut.

Kalau bab makan pulak, macam macam dah dia makan. Semua yang kita orang makan, dia nak makan jugak. Paling suka kalau dia nak air. Dia akan mintak sendiri. Comel je kalau dengar dia sebut air. :) Kalau nak balik rumah dia, sebelum balik tu, dia akan salam Opah dia, Mak Ngah dia, Atuk, Mak Su. Comel sangat! Geram dengan budak sorang ni. :)

Happy Birthday, Hadif. Semoga Hadif membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh. Jangan nakal nakal sangat tau bila dah besar nanti. Mak Ngah sayang Hadif! :)

Happy Birthday, Hadif !! :D

1 comment:

  1. nanti salam tangan pak ngah plak ye hadif.hehe

    p/s Happy belated birthday hadif!!

    ReplyDelete

Terima kasih. :)

Daisypath Happy Birthday tickers
© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: