HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Thursday, March 21, 2013

SPM 2012 - TAHNIAH KEPADA SEMUA PELAJAR

Assalamualaikum dan selamat petang, semua. :) 

Hari ni, 22 Mac 2013 merupakan hari di mana keputusan SPM 2012 telah pun diumumkan. Wahh, para pelajar telah pun mendapat keputusan mereka masing masing pada tengah hari tadi. Mesti sekarang ni kesemuanya gembira. Pada yang kurang berjaya, jangan putus asa. Sekarang ni banyak sangat peluang belajar. Cuma nak atau tak nak je. Betul tak? :)


Menurut mStar, di KUALA LUMPUR, seramai 914 calon SPM 2012 telah pun memperolehi gred cemerlang iaitu A+, A dan A- bagi kesemua mata pelajaran berbanding dengan tahun 2011 iaitu seramai 885 calon.

Bagaimanapun, pencapaian keseluruhan adalah sedikit menurun apabila seramai 18, 211 calon berjaya memperoleh sijil SPM berbanding dengan tahun 2011 iaitu seramai 18, 545 calon.

Pengarah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Abdullah Mad Yunus mengumumkan sekolah kategori cemerlang, iaitu SM Sains Alam Shah, SM Sains Seri Puteri, SM Sains Selangor, SMA Majlis Agama Islam WPK dan SMK Aminuddin Baki.

Di KUCHING pula, seramai 35 orang calon berjaya mendapat A+ dalam semua mata pelajaran yang mereka duduki. Empat buah sekolah yang mencapai keputusan 100% iaitu SM Sains Kuching, SM Sains Miri, Maktab Rendah Sains Mara Betong dan Maktab Rendah Sains Mara Mukah.

Di SEREMBAN, Negeri Sembilan menduduki ranking ketiga peringkat kebangsaan selepas Putrajaya dan Kuala Lumpur dalam pencapaian SPM 2012.

Apa pun keputusan yang telah diterima, terima lah dengan redha. Kalau bukan rezeki kita kali ini, In Sha Allah, rezeki kita pada masa akan datang akan lebih baik dari ini. In Sha Allah. Teruskan perjuangan adik-adik semua ! 

Tahniah Kak Atul ucapkan pada semua pelajar yang menduduki SPM 2012. Fikirkan langkah yang terbaik untuk adik-adik meneruskan pelajarn adik-adik ke peringkat yang lebih tinggi. INGAT, belajar di Universiti tak sama dengan belajar di sekolah. Semoga berjaya !! :)

3 comments:

  1. http://kringg.blogspot.com/2013/03/malaysias-next-top-lucky-blogger-by-mak_23.html

    atul kena tag

    ReplyDelete

Terima kasih. :)

© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: