HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Monday, March 18, 2013

8 PERKARA YANG DILAKUKAN KETIKA DI PEJABAT

Assalamualaikum, semua. :) 

Wahh, rajinnya Cik Atul kita ni update blog ya sekarang. Hehe. Ada masa terluang ni, why not kan atul update blog. :) Hari ni nak share dengan korang beberapa perkara yang akan kita semua buat ketika di pejabat selain daripada kerja kita yang sepatutnya kita kena buat. Hehe. Sejak dah kerja ni, adalah beberapa perkara yang atul dapati di pejabat ni. :D

1. Chat di Skype, YM, Tweet di Twitter
- Yang ni memang tak dinafikan lah. Kalau tengah kerja tu, memang majoriti akan online sebab nak chat dengan kawan kawan 1 ofis mereka tu. Boring lah katakan. Lagi 1 kalau tak puas hati dengan mana mana staff, boleh lah kita bergosip di Skype atau YM. Kalau tak puas hati lagi, tweet je kat Twitter, kan senang. :)

2. Berborak di pantry
- Tak puas chatting di Skype, pergi pulak berborak dekat pantry. Tapi selalunya berborak kat pantry ni waktu pagi lah. Sambil tengah buat air nak breakfast kan, sambil tu jugak nak berborak. Dah lah pantry kecik, orang beratur nak buat air bukan main lagi. Dengar pulak mereka mereka ni berborak. Memang lambat lah nak buat air kan. Lepas dah lama sangat buat air, kerja pun start lambat. HAHA. Ada jugak yang tengah buat kerja, boring, ajak kawan pergi pantry. Sambung berborak dari Skype ke pantry. HEHE.

3. Bergerak ke sana sini sebanyak yang boleh
- Yang ni pulak bila tahap kebosanan yang dah melampaui batas melanda diri, memang lah akan ada yang pergi ke tempat staff lain untuk diajak berborak. Bosan lah katakan. Dah puas ke meja orang ni, ke meja orang sana pulak. Dah puas merayap ke meja orang, ke pantry. Tak pun ke toilet. Tu pun dah buang masa berapa lama dah. HAHA.

4. Dengar kawan lain berborak
- Hoho. Yang ni pun adalah antara kita yang bekerja lakukan. Dengar kawan kawan lain bercerita. Bila dah puas dengar, kita join sekali bercerita. Daripada cerita panjang, terus jadi panjang lebar. Staff lain yang tengah serious kerja, mesti bengang je. Hehe.

5. Minum kopi lagi banyak dari air mineral
- Yang ni ada jugak lah kot orang buat. Yelah, kata mengantuk. Habis bergelas-gelas kopi dia buat semata-mata nak hilangkan rasa mengantuk tu. Hoho. Takkan lah mengantuk sampai macam tu sekali kan. Melampau namanya. HAHA.

6. Refresh Facebook setiap 10 minit
- Yang ni pun ada jugak. Sambil buat kerja kan, kejap kejap tengok Facebook. Kalau yang perempuan, mesti tengok tudung online, baju online. Lepas tu buat tempahan. HAHA. Jangan nak tipu lah. Ramai yang buat macam tu. Tapi kan, ada jugak company yang blocked website Facebook during office hour. Fokus lah katakan. HAHA. Fokus lah sangat. :p

7. Main game secara senyap
- HAHA. Yang ni pun ada ye. Macam tak percaya, tapi kan betul. Memang ada. Setakat ni diri sendiri tak buat lah lagi. Gila lah kalau atul nak buat. Cari nahas namanya. Dah lah tempat duduk orang lalu lalang. Ni sesuai untuk orang yang tempat duduknya tiada orang yang lalu lalang. Boleh lah main. Confirm tak kantoi. Hikhik. :D

8. Dengar lagu
- Yang ni memang ramai yang buat. Bosan jugak kalau tak dengar lagu. Dah lah buat kerja yang membosankan. Ditambah pulak dengan persekitaran yang sunyi je. Memang tahap kebosanan tu akan melanda dengan cepatnya. HAHA. Setakat ni suasana tempat atul semuanya okay. Tak lah membosankan. :)

Penat dah menaip. Hehe. Ini lah antara beberapa perkara yang dapat atul kongsi bersama. Kalau ada yang terasa tu, maaf lah ye. Sekadar perkongsian sahaja. Tidak ditujukan khas untuk mana mana pihak. :)

Sekian, terima kasih !! :)
 

2 comments:

  1. no 3-4-5-8 itu mmg tiap2 hr akk buat kat office he3...

    ReplyDelete
  2. haha.lepas ni jgn byk ponteng ye.keje elok2

    ReplyDelete

Terima kasih. :)

Daisypath Happy Birthday tickers
© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: