Assalamualaikum, semua. :)
Entri hari ni nak cerita pasal cinta pulak. Da lama rasanya tak cerita pasal kisah cinta aku. Saja nak berkongsi dengan semua bukan nak menghebohkan. Harap maklum. :)
Alhamdulillah, bulan Mac 2013 ni genap lah hubungan kami 9 bulan. Ye, baru 9 bulan. Tapi aku rasa macam dah kenal dengan dia 9 tahun sebab banyak persamaan antara kami. Kami rasa gembira bila bersama. Rasa tenang sangat. :)
Kami banyak persamaan. Antaranya, kami suka warna purple. Aku suka warna purple. Bagi aku, warna tu buat jiwa aku tenang. Dan bila aku pakai pakaian berwarna purple, aku rasa lebih yakin dengan diri aku sendiri. Tak sangka pulak si dia pun suka warna purple. Kebetulan, mungkin. :)
Lagi satu persamaan yang aku dapati antara kami berdua ialah kami berdua suka makan Tomyam. Serious, aku memang suka makan Tomyam. Tak kira lah Tomyam apa pun. Tapi paling suka bila makan bihun Tomyam. Dan tak sangka jugak si dia pun suka makan Tomyam. Kalau keluar bersama, kami akan makan Tomyam. Kat Secret Recipe lah, Johny's lah. Memang kami gila makan Tomyam. Tapi kan, tak lah selalu. Kalau selalu, tak elok jugakkan. :)
Kami juga suka berblog. Kami berdua ada blog. Ye, si dia pun ada blog. Kalau tak silap, si dia ada blog sejak tahun 2009. Sama jugak dengan aku. Yang berbeza mungkin bulan kami mulakan aktiviti berblog ni. Aku mula berblog pada bulan 12 dan si dia mungkin bulan 10. Kalau tak silap lah. Aku dah lama follow blog si dia. Tapi si dia baru je follow blog aku tahun lepas. Hehe. :) Kami kenal di blog tapi mula bercinta bukan dari blog. :D
Kami tak suka ambil gambar. Serious, aku memang tak suka ambil gambar. Sekali, sekala tu adalah. Tapi selalu tu tak lah. Tak minat nak bergambar ni. Sama jugak dengan si dia. Kalau tak silap lah. Sebab sejak dah keluar bersama ni, kami memang jarang ambil gambar bersama. Tak perlu lagi kot. Hehe. :)
Rasanya tu je kot persamaan kami yang aku dapati selama 9 bulan ni. Hehe. Nanti aku akan cari lagi apa persamaan kami ye. :) Harap sangat hubungan yang terjalin ni biar lah berkekalan hingga ke akhir hayat kami. In Sha Allah. Doakan jodoh kami panjang dan doakan agar urusan kami untuk disatukan dengan ikatan yang sah dipermudahkan olehNya. In Sha Allah, AMIN. :)
TQ letak link blog sy kat atas tuh.. kita byk persamaan ye.hoho
ReplyDelete