Assalamualaikum semua. :)
Alhamdulillah, hari ni dah masuk 22 hari umat Islam berpuasa. Alhamdulillah, dah ada ke yang tinggal puasa? Kalau yang belum tinggal tu, alhamdulillah. Kalau yang tinggal puasa bersebab tu, jangan lupa ganti balik puasa tu ye? :)
Rasanya tak lengkap hari raya kita jika tiadanya sampul duit raya. Seperti yang sedia maklum, hari raya mesti akan ada pemberian duit raya khususnya kepada kanak-kanak. So, pada hari raya ni, of course lah siapa yang berniaga sampul duit raya ni laku kan. Hehe.

Gambar kat
atas tu adalah sampul duit raya yang telah disediakan oleh company di mana
tempat atul bekerja sekarang ni, iaitu Tradewinds Plantation berhad. Setiap pekerja
akan mendapat sekurang-kurangnya 20 paket sampul duit raya. Kalau yang big boss
tu, of course lah lagi banyak kan.
Yang peliknya,
tahun ni banyak pulak Atul dapat sampul duit raya ni. Pada hal bukan nak bagi
duit raya kat ramai budak-budak pun. Anak buah ada 3 orang, kalau yang datang rumah
tu, selalunya yang dah dewasa je. Hehe. :D
Setakat ni
dah dapat sampul duit raya dari Standard Chartered, Maybank, Affin Bank, Jakel
(tu pun sebab beli baju raya kat sana), RHB Bank. Yang adik Atul pulak semalam Nampak
dia bawak sampul duit raya dari Nagoya dan Public Bank. Kalau dapat sampul duit
raya ni, kita mesti akan tengok yang mana paling cantik. Setakat yang atul
dapat ni, atul suka tengok yang Maybank dan Standard Chartered punya. Warna
hijau, simple je. Nampak comel sangat.
Tak kira
lah macam mana pun coraknya, yang penting isi kat dalam tu. Dah lama rasanya
tak dapat duit raya. Bagi duit raya je lah sekarang ni. Zaman kecik-kecik dah
berlalu. Hehe. Sampul duit raya yang lebih tu simpan untuk kegunaan masa depan.
Sebagai contoh, bila nak pergi kenduri kahwin, sampul duit raya tu akan
digunakan terutamanya oleh mak-mak kita. Hehe. :D
Okay
lah. Setakat ni dulu. Jumpa lagi.
p/s: Korang
dah dapat banyak ke sampul duit raya? Ke ada yang dah dapat duit raya?