HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Sunday, July 31, 2011

Selamat Berpuasa Semua! :)

Assalamualaikum semua. Harap semuanya berada dalam keadaan sihat lah ye. Sedar tak sedar esok semua umat Islam akan mula berpuasa. Alhamdulillah, bulan Ramadhan, bulan penuh keberkatan datang lagi. Aku bersyukur sangat kerana masih diberi peluang untuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang penuh rahmat ni. :)

InsyaAllah, esok semua umat Islam akan mula berpuasa. Atul nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua. Betulkan niat kita berpuasa iaitu kita berpuasa kerana Allah SWT dan bukan kerana terpaksa atau sebab lain. InsyaAllah kalau niat kita betul, semuanya akan berjalan dengan lancar.

Diharapkan bulan Ramadhan kali ni, kita semua dapat tingkatkan amal ibadah kita sebanyak yang mungkin. Insyaallah. Banyakkan solat sunat, membaca al-Quran dan sebagainya. Atul harap atul pun dapat tingkatkan amal ibadah dengan sebanyak mungkin di bulan Ramadhan pada kali ini. InsyaAllah, dengan izinNya. :)


Gambar : Google..

Di kesempatan ini, atul ingin menyusun 10 jari, memohon ampun dan maaf andai diri ini ada tersilap kata, tersalah bahasa atau apa apa sahaja yang menyinggung perasaan anda semua. Harap anda semua dapat maafkan atul sempena bulan yang penuh keberkatan ini. Atul mintak maaf ye ?? :)

SELAMAT BERPUASA!
p/s : Puasa jangan tak puasa! :)

Friday, July 29, 2011

Memang Bukan Rezeki Aku :'(

Ini entri luahan hati aku yang tak dapat tengok movie Take Me Home Tonight. :'(

Pada 19 Julai yang lalu, sepatutnya aku tengok movie kat bawah ni bersama Nuffnang di Mid Valley. Tapi..



Okay, aku ajak adik aku, Ain pergi Mid Valley untuk tengok Premier Screening Movie Take Me Home Tonight. Aku ingat adik aku tahu macam mana nak pergi Mid Valley naik LRT dari Ampang. Rupanya dia pun tak tahu. Aku?? Seriously aku tak tahu. Aku ni nama je duduk kat Kuala Lumpur, tapi, APA PUN TAK TAHU!

Aku dengan adik aku gerak dari rumah jam 8 malam. Aku ingatkan naik LRT dari LRT Ampang terus je sampai Mid Valley, sebab tu aku gerak lambat. Adik aku da pesan kat aku suruh siap awal takut lambat. Tapi aku buat tak tahu je. Naik LRT dalam 8.15 malam. Aku da mula takut ni sebab daftar masuk sampai pukul 9 malam je, aku da mula risau.

Adik aku pulak rupanya tak tahu nak sampai ke Mid Valley tu macam mana. Kitaorang naik je train dan tak tahu kitaorang ada kat mana. Tak jumpa jalan keluar pun. Then, adik aku tanya pak cik teksi tu macam mana nak sampai Mid Valley. Masa tu da pukul 9 malam. Aku da cakap dengan adik aku, jom je lah balik sebab kaunter daftar da tutup. Tapi adik aku suruh pergi jugak. Aku masa tu memang da menangis sebab aku tak dapat tengok movie tu. Aku pun ikut je cakap adik aku and kitaorang pun pergi Mid Valley naik teksi pak cik tadi. Sekali dia charge sampai RM25. Aku dengan adik aku masa tu tak cukup duit. Ada berapa ringgit je. Selamat pak cik tu terima je berapa yang kitaorang bayar.

Naik kat GSC Mid Valley, tanya orang kat situ dia cakap kaunter da tutup. Perasaan aku ?? Frust gila weyh! Aku salahkan diri aku sebab aku tak buat persiapan awal. Aku tak tanya orang lain dulu macam mana nak pergi Mid Valley. Aku tak pergi awal ke Mid Valley. Aku tak naik teksi. Aku ni BODOH kan ?? Memang aku BODOH. Hal yang senang aku tak boleh fikir kan ?? Aku da terlepas tengok movie yang aku nak sangat tengok. Tiket free, bukan senang nak dapat. Memang aku tension gila time tu. Then balik rumah, boleh pulak aku naik teksi kan ?? Nape aku pergi tadi aku tak naik teksi?? Nape Rabiatul??!! Aaarghhhhh!!!!!!!!!!!

Aku takkan ulangi kesilapan aku lagi. Abah da tanya da kat aku ada ke LRT yang berhenti dekat Mid Valley. Selamba je aku cakap ada. Pada hal, mana ada.. Sori lah abah sebab tak dengar cakap abah. Kalau angah naik teksi tadi, mesti okay je kan ?? Memang salah aku. Aku yang salah. Hal senang aku susahkan. Aku da terlepas peluang besar yang mungkin aku takkan dapat lagi. Aku nak mintak maaf kat pihak Nuffnang sebab tak dapat join tengok movie semalam. Kerana kebodohan aku sendiri, aku tak dapat tengok movie yang aku nak tengok.

Cukup lah sampai sini. Aku tak nak ingat lagi pasal ni. Sedih -_-

Assalamualaikum and thanks for reading..


Pengajaran : Kalau tak tahu apa apa, tanya orang lain dulu. Jangan bodoh sombong. Nanti diri sendiri yang akan menyesal.. Macam aku lah.. Urghh!!

Thursday, July 28, 2011

Da Tengok Video Ni ??

Terbaik dari IniAnwarHadi dan Aiman Azlan. :)




Aku dapat tahu video ni dari SINI. Aku ni malas nak bukak Youtube. So, tadi membalas kunjungan blogger yang datang blog aku, terjumpa pulak entri pasal video dari IniAnwarHadi dan Aiman Azlan. Memang best lah. Diaorang memang terbaik. Suka sangat tengok video video mereka di Youtube.

Good Luck to both of them! :)

Malaysia vs Singapura


Picture : Google..

Semoga kejayaan milik MALAYSIA.. AMIN.. :)


p/s : Tak dapat tengok.. :(

Spontaneous Thursday #5

Ya ALLAH, lindungi aku dari putus asa. Sesungguhnya, aku lemah, Ya ALLAH. Kuatkan lah aku dalam menghadapi liku-liku hidup aku sebagai hambamu. AMIN..


Apa itu Spontaneous Thursday ?? Klik SINI.

Facebook Spontaneous Thursday. Klik SINI.

Pages Spontaneous Thursday. Klik SINI.

Blog Spontaneous Thursday. Klik SINI.

Wednesday, July 27, 2011

Wordless Wednesday #6


Tuesday, July 26, 2011

Maaf Ye Kawan Kawan..

Kawan kawan, saya nak mintak maaf sebab tak dapat update blog dalam masa terdekat ni..
Saya terlalu busy sebab minggu ni ada 3 test, assignment dan presentation..
Kawan kawan doakan saya berjaya ye..
Terima kasih! :)


p/s : Doakan saya ye.. ^_^

Thursday, July 21, 2011

BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JER


Nak join ?? Klik header di atas ni ye.. :)

Blog This Is Me ni telah wujud sejak 1 tahun lebih yang lalu. Masih baru lagi sebab banyak sangat yang nak kena belajar lagi tentang dunia blog ni. Harap blog ni akan meningkat dari semasa ke semasa.

Selamat datang kepada yang datang ke blog This Is Me ni. Terima kasih banyak banyak. Datang lah selalu ye kat blog ni dan teruskan bagi sokongan kepada blog ni. Terima kasih.

Kalau nak atul follow, tinggalkan je link blog anda ye. :)

Spontaneous Thursday #4

Just The Way You Are! :)

What is Spontaneous Thursday ?? Click HERE.

Join Facebook Spontaneous Thursday. Click HERE.

Join Pages Spontaneous Thursday. Click HERE.

Blog Spontaneous Thursday. Click HERE.

Wednesday, July 20, 2011

Wordless Wednesday #5


Monday, July 18, 2011

2 Benda Yang Aku Nak Sekarang Ni..

Assalamualaikum semua. Aku tengah tension ni. Aku tak tahu nak update apa kat blog ni. Pada hal banyak kot idea aku dapat setelah baca blog blogger lain. Tapi entah lah. Tak ada mood. Online dari pagi tadi tapi 1 apa pun aku tak update. Nak study lagi lah aku tak ada mood. Huhu. Ketensionan melanda diri!

Dalam fikiran aku sekarang ni, aku nak 2 benda ni je. First, aku nak makan Mc Donald yang terbaru ni, GCB. Entah siapa lah nak belanja aku kan ?? Aku tak ada budget ni nak beli. :'(



Credit to : Google




Credit to : Google

Second is, aku nak tengok filem Flat 3A ni. Tengok macam best je. Walaupun aku ni penakut, tapi keinginan untuk menonton filem seram ni membuak buak. Nanti da tengok, mula lah takut nak masuk bilik sorang sorang, nak g toilet sorang sorang. Hehe.

So, kepada sesiapa yang baik hati tu, jom lah belanja aku. Nanti aku da kerja, aku belanja balik. Okay tak ?? HAHA. Okay lah. Daa~


p/s : Nak kena cari pakwe cepat cepat ni, kalau boring, bole ajak keluar.. Hehe.. :p

Saturday, July 16, 2011

Happy Birthday Kakak Sayang :)

Happy Birthday to you.. Happy Birthday to you.. Happy Birthday to Kak My.. Happy Birthday to you.. :)

Kak My, atul ucapkan Selamat Hari Lahir yang ke 24.. Semoga Kak My dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, berjaya dalam karier, bahagia di samping keluarga dan tunang tersayang.. Semoga Kak My cepat cepat disatukan bersama tunang tersayang.. AMIN.. Kalau kahwin nanti, jangan lupa jemput atul ye.. :p

Atul sayang Kak My!!!!!!!!!!!! :)

HAPPY BIRTHDAY TO YOU!


Birthday girl : Kak My..

Jom singgah blog Kak My.. Klik SINI.. :)


p/s : Tadi da jumpa dengan Kak My kat KLCC.. Thanks Kak My.. You are so cute! ^_^

Friday, July 15, 2011

Yeay! Dapat Tiket Wayang Free :)

Assalamualaikum semua. Selamat malam. Malam ni atul nak berkongsi cerita gembira dengan korang semua. Alhamdulillah, atul dapat tiket wayang free untuk menonton filem Take Me Home Tonight pada hari Selasa depan di Mid Valley. Atul jealous tengok Ujang dengan Kak Yana asyik dapat tengok wayang free je. Then dapat jumpa artis artis dan blogger blogger yang famous. Jealus I taw! I pun nak jugak! Hehe. :p

Then atul pun try buka account Nuffnang dan tengok kalau kalau ada cerita terbaru ke. Sekali atul tengok ada Nuffnang Premiere Screening - Take Me Home Tonight. Apa yang atul kena buat ialah share cerita yang paling menarik semasa kita di zaman sekolah. Atul pun cerita lah kenangan masa kat sekolah dulu. Dengan harapan boleh menang tiket wayang free.

Pukul 4 petang tadi, check e-mail. Then ada e-mail dari pihak Nuffnang.

Dear Nuffnanger,

You're cordially invited to the Nuffnang Premiere Screening of Take Me Home Tonight on;

Date : 19 July 2011 (Tuesday)
Time : 9.00 pm
Venue : GSC Mid Valley


Perasaan ?? Happy sangat sebab dapat jugak tengok wayang free. Tak sia sia usaha atul mengingat kembali kenangan masa zaman sekolah. Hehe. Thanks pada Nuffnang! Love you so much, Nuffnang! :) 2 tiket wayang free, so, atul akan tengok movie ni dengan adik atul. Nak pergi dengan boyfriend, boyfriend pulak tak ada. So, pergi dengan adik je lah. :)



E-mail dari Nuffnang :)



Ini lah cerita yang bakal ku tonton. Harap cerita ni menarik! :)

Synopsis:
As the summer of 1988 winds down, three friends on the verge of adulthood attend an out-of-control party in celebration of their last night of unbridled youth. Starring Topher Grace, Anna Faris, Dan Fogler and Teresa Palmer, Take Me Home Tonight is a raunchy, romantic and ultimately touching blast from the past set to an awesome soundtrack of timeless rock and hip-hop hits.

Recent MIT grad Matt Franklin (Topher Grace) should be working for a Fortune 500 company and starting his upward climb to full-fledged yuppie-hood. Instead, the directionless 23-year-old confounds family and friends by taking a part-time job behind the counter of Suncoast Video at the Sherman Oaks Galleria.

But Matt’s silent protest against maturity comes to a screeching halt once his unrequited high school crush, Tori Frederking (Teresa Palmer), walks into the store. When she invites him to an epic, end-of-summer party, Matt thinks he finally might have a chance with the girl of his dreams. With his cynical twin sister Wendy (Anna Faris) and best friend Barry (Dan Fogler), Matt embarks on a once-in-a-lifetime evening. From stealing a car to a marriage proposal to an indescribable, no-holds-barred dance-off, these friends share experiences that will change the course of their lives on one unforgettable night in the Go-Go ’80s.

Jom kita tengok trailer movie Take Me Home Tonight :)




p/s : Jom tengok wayang! :)
Da lama tak tengok wayang. =_=

Aku Baru Tahu..

Assalamualaikum semua.. Korang nak tahu tak ?? Aku baru je tahu macam mana nak masukkan video dari Youtube kat blog aku ni.. Sebenarnya aku nak tanya kat blogger lain macam mana caranya.. Tapi macam malu pulak.. Nanti dieorang cakap, itu pun tak tahu ke ?? Hehe.. So, setelah aku godek punya godek, baru lah aku tahu macam mana caranya.. Congrats to myself! Lepas ni boleh lah aku upload video banyak banyak.. Hehe.. Tak adalah..

Jom layan lagu Akim yang bertajuk Janji ni.. Aku sengaja upload lagu ni sebab aku memang suka lagu ni.. Dalam 1 hari, mesti kena dengar.. Kalau tak, rindu kat Akim! HAHA.. Okay lah.. Jumpa lagi.. :)





p/s : Sesuai tak kalau aku dengan akim ?? Hehe.. ;p

BEN ASHAARI dan SEKOLAH


Klik header untuk join.. :)

GiveAway cik Dil : Kami nak banner flash dan doodle FREE


Nak join ?? Klik header comel di atas ni. :)

Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah atul da selamat sampai kat rumah tercinta tepat jam 11.40 malam tadi.. Atul naik bas Transnasional jam 4 petang.. Atul akan bercuti selama 9 hari bermula hari ni..

Okay, entri pertama untuk hari ni, atul nak join GA dari cik Dil.. Da lama tak join, so atul nak join lah.. Mana tahu ada rezeki lebih, boleh menang banner flash dan doodle free pulak.. :)

Senang je.. Jom lah join.. Tarikh tutup 31 Julai 2011.. Pemenang akan dipilih melalui True Random Number Generator..

So, atul nak tag :

Miera
Waniey

DONE!

Wednesday, July 13, 2011

Wordless Wednesday #4 : Miss That Moment


What Is Wordless Wednesday ?? Click HERE..
Jom Ke : Facebook WW & Blog MalaysianWW

Tuesday, July 12, 2011

Ke Mana Aku Menghilangkan Diri ??


Group 3 : Program Do You Think You Can Balance anjuran MUTAC UiTM Kelantan..

Assalamualaikum semua.. Huh! Agak lama jugak aku tak update blog kan ?? Rindu tak kat aku ?? Rindu ?? Hehe.. Aku pun rindu jugak kat korang semua.. First and foremost, nak mintak maaf sangat sebab tak dapat nak update blog dalam minggu ni.. Terlalu busy! Okay, let me explain one by one.. :)

Okay, kalau korang tengok gambar kat atas tu, tu gambar yang diambil selepas program Do You Think You Can Balance anjuran MUTAC UiTM Machang, Kelantan.. Kalau nak tahu, MUTAC tu adalah persatuan untuk student Diploma Perakaunan UiTM Machang, Kelantan.. Minggu lepas, 7-9 Julai 2011, aku telah pun menjadi fasilitator bagi program tersebut.. Program ni adalah program untuk student semester 1 dimana pihak MUTAC ingin memperkenalkan kepada student part 1 ni tentang apa yang mereka akan pelajari dalam bidang perakaunan ni..

Program ni tersangat lah best.. Dan aku tak rasa yang hujung minggu aku tak terbuang begitu sahaja.. Best sangat.. Okay okay.. Cerita pasal ni aku akan sambung nanti.. :)

Minggu ni aku busy dengan test dan quiz.. Ada quiz Taxation, esok, 13 Julai dan test Marketing, 14 Julai.. Semalam baru lepas quiz Costing dan siapkan assignment BEL.. Tension sangat minggu ni.. Da nak cuti mid sem ni lah banyak benda yang nak kena buat.. Tapi alhamdulillah, aku dapat manage masa dengan baik..

Aku akan update blog aku seperti biasa setelah aku selesai semua ni dan setelah aku sampai rumah.. Aku akan pulang ke rumah pada Khamis ni jam 3 petang.. Insyaallah sampai dalam pukul 11 malam kot.. Doakan aku selamat sampai ye kawan kawan..

Okay lah.. Sampai sini je dulu cerita aku.. Nanti aku sambung balik.. Aku nak pergi kemas barang dan malam ni nak study.. Aku nak score betul betul dalam test dan quiz semester ni.. Aku nak naikkan kembali pointer aku.. Doakan yang terbaik untuk aku ye kawan kawan.. Terima kasih :)

Sunday, July 10, 2011

Singgah blog aku sat , bleh ?

Nak join ?? Klik header di atas ni.. :)

Assalamualaikum semua.. Selamat datang ke blog This Is Me milik Rabiatul Adawiyah Bt Abd Rahim.. Selamat berkenalan semua.. Jangan lupa tinggalkan link anda di ruangan komen ni.. Atul akan jejak anda semula.. Cuma cepat atau lambat je.. Terima kasih.. :)

Thursday, July 7, 2011

Spontaneous Thursday #3

Aku terlalu rindukan KELUARGA aku..
Aku tak sabar nak balik RUMAH! :)


Apa itu Spontaneous Thursday ?? Klik SINI

Facebook Spontaneous Thursday : Klik SINI

Wednesday, July 6, 2011

Wordless Wednesday #3


Tuesday, July 5, 2011

SAYA NAK GA DARI KOREA DAN BANDUNG!

Photobucket


Assalamualaikum semua.. Okay, atul nak join Giveaway dari blogger lain pulak.. Kali ni di tag oleh Kak My.. Thanks Kak My.. Okay, jom kita tengok syarat syaratnya :

1) Beralamat di Malaysia dan mempunyai blog.

-Ya, saya tinggal di Malaysia iaitu di Ampang, Selangor dan ini lah blog saya.. :)

2) Follow dua blog berikut :

*http://sayasibudakopto.blogspot.com/
-DONE! Follower ke 742..

*http://aurorachenta.blogspot.com/
-DONE! Follower ke 260..

3) Buat satu entry bertajuk : SAYA NAK GA DARI KOREA DAN BANDUNG!

-DONE!

4) Copy code banner GiveAway di atas dan letakkan di entri anda (dalam ruangan EDIT HTML).

-DONE!

5) Tag sekurang-kurangnya 2 orang & pastikan dorang tahu yang dorang ditag.

-Miera
-AinaKhani

6) Hantarkan link entri anda di ruangan komen entri INI sahaja.

7) Tarikh tutup penyertaan: 15 Ogos 2011.

Hadiah hadiah untuk para pemenang :

-5 hadiah utama dari Bandung dan Korea.
-10 hadiah saguhati dari Bandung.
-1 hadiah istimewa untuk peserta yang tag paling ramai. ( Fridge Magnet dari Korea)

Nak join jugak?? Klik SINI dan SINI..

Thank you and good luck! ^_^

Monday, July 4, 2011

31-7 Birthday Giveaway!


Assalamualaikum semua.. Pagi ni atul nak join GA.. Disebabkan kelas ditunda pada pukul 12, so apa lagi, atul pun ambil kesempatan ni untuk online.. Ternampak pulak GA di blog Kak My, so, atul pun nak join jugak lah.. Boleh kan Kak My?? Hee.. ^_^

Okay, Giveaway kali ni dianjurkan oleh 4 orang blogger di mana kesemua mereka lahir pada bulan Julai iaitu 31 Julai.. Yang membezakannya adalah tahun kelahiran mereka.. Wahh, mesti best dapat kenal dengan blogger yang mempunyai tarikh lahir yang sama kan ?? :)

Kepada blogger blogger :

Sunah Sakura - 31 Julai 1987
cikpulau - 31 Julai 1988
CiKali - 31 Julai 1989
gadis melayu - 31 Julai 1990

Atul ucapkan Selamat Hari Lahir kepada semuanya.. Semoga semuanya dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, berjaya di dunia dan di akhirat dan diharapkan semuanya berada dalam keadaan yang sihat sihat hendaknya.. Amin.. :)

Untuk GA kali ni, hadiah 12 orang pemenang akan disumbangkan oleh keempat-empat blogger kat atas ni.. 2 orang pemenang lagi hadiahnya akan disumbangkan oleh Jalut Norfanil.com

So, 14 pemenang akan dipilih dan kalau ada yang sudi nak menyumbangkan hadiah lagi, amat dialu-alukan.. So, apa tunggu lagi.. Jom lah cepat join GA ni.. Rugi kalau tak join.. Kepada yang nak join, klik SINI.. Dah join, copy paste url entri anda di SINI.. Kalau copy paste url entri anda di tempat lain, tidak akan disenaraikan.. Jangan lupa check penyertaan anda di SINI..

Thank you and good luck! ^_^

Sunday, July 3, 2011

Review Novel - Sepupuku Suamiku


Assalamualaikum semua.. Hari ni atul nak review blog yang atul baru je baca.. Kalau semua nak tahu, atul da hampir 3 tahun tak baca novel.. Dulu masa kat sekolah menengah, bukan main lagi rajin baca novel.. Bila da masuk Form 5, malas da nak baca novel sampai lah sekarang.. Atul baru selesai baca 1 novel yang bertajuk, Sepupuku Suamiku.. Novel ni novel roomate atul, Hana.. Pinjam dari dia.. Dalam masa 2 hari, atul da habis baca novel ni..

Novel ni memang best sangat.. Bila baca novel ni, rasa macam nak kahwin sekarang jugak! HAHA.. *Bukan ada unsur seks atau apa ye.. Tapi watak suami isteri dalam ni romantik sangat.. Rasa macam nak jadi macam mereka bila da kahwin nanti.. *Lambat lagi atul.. Bagi atul, tak sia sia atul habiskan masa baca novel ni sebab novel ni adalah novel terbaik bagi atul setelah 3 tahun atul tak baca novel.. Atul bagi 10/10 untuk novel ni.. Okay, ni adalah sinopsis bagi novel Sepupuku Suamiku :

Siapa kata kahwin dengan sepupu sendiri tak boleh bahagia? Kalau dah cinta, anjing dan kucing pun boleh hidup bersama. Nana dan Hisyam telah membuktikannya. Walaupun perkahwinan mereka hanya kerana ingin menjaga maruah keluarga, tetapi mereka masih mampu hidup bahagia. Cinta yang disemai semakin hari semakin mewangi. Tetapi entah di mana silapnya, badai tak henti henti melanda. Satu per satu dugaan mendatang hingga merobek tangkai hati mereka. Si kekasih datang menuntut janji. Nana tak dapat bertahan. Andai perpisahan sudah ditakdirkan buat mereka, dia pasrah. Bagi Hisyam pula, andai bercerai badan sekalipun cintanya tetap utuh buat Nana. Tiada cinta lain baginya. Hani hanya perosak. Johan hanya datang mengganggu. Tidak goyah walau sedikit pun cintanya buat isteri. Ketaksuban cinta Hani pada Hisyam tak dapat disangkal. Pelbagai cara dilakukan agar Hisyam kembali semula padanya. Makin kuat Hisyam menolak, makin kuat dia menarik. Demi cinta, andai terkorban diri sekalipun dia sanggup. Johan juga begitu. Dalam hatinya hanya ada Nana. Selagi Nana tidak menjadi miliknya, selagi itulah dia akan terus berusaha. "Abang, hati Nana hanya ada satu. Sekali Nana jatuh cinta, untuk selamanya hati Nana untuk orang tu. Nana harap abang mengert." Mampukah mereka menepis segala rintangan yang mendatang? Mampukah mereka membina impian seperti yang diangankan? Berpeganglah pada janji Tuhan dan percayalah pada kuasa cinta. Andai kau tercipta untukku, kita tetap akan bersatu walau terpisah seribu tahun..
Nak tahu lebih lanjut tentang cerita ni, dapatkan novel Sepupuku Suamiku.. :)

Larilah hingga ke hujung dunia, Berenanglah hingga ke dasar lautan, Terbanglah hingga langit ketujuh. Kalau sudah jodoh, pasti bersatu jua.

p/s : Alangkah indahnya andai diri ini dicintai.. :)

Saturday, July 2, 2011

"Blog Assignment Jejaka Terhangat: Aku Suka Blog Ni".


Nak join?? Klik header di atas ni ye.. :)

Hai semua.. Assalamualaikum.. Entri kali ni atul nak join Blog Assignment dari Jejaka Terhangat.. Jom kita tengok assignment apa yang kena buat kali ni.. :)

  • Bagitahu blog yang paling korang minat. Sertakan link blog tersebut, dan berikan 2 point kenapa korang suka blog dia.
-Nak tahu blog siapa yang paling atul minat?? Hehe.. Macam malu je nak bagi tahu.. Okay okay.. Atul bagi tahu korang semua ye.. Tapi jangan bagi tahu tuan blog ni ye?? Malu lah kalau dia tahu.. Hehe.. Blog yang paling atul minat ialah blog Iqbal Hakimi.. Ingat ye.. Jangan bagi tahu dia.. Malu! :)

-Kenapa ek atul minat blog dia?? Hehe.. Atul minat blog dia sebab blog dia kemas dan comel.. Nampak menarik je.. Tuannya pun comel dan handsome.. Oppss.. Terlepas pulak.. Hehe..

-Lagi 1, entri entri kat blog dia ni, semuanya menarik.. Tiap tiap hari atul baca.. Tak sah kalau tak baca.. Ada entri yang kelakar, ada entri jiwang dan sebagainya.. :)

  • TAG SEORANG blogger dan pastikan dia tau ditag.
-Blogger yang kena tag : Miera..

DONE! Thanks :)

Tahniah Imam Muda Hassan :)

Imam Muda Hassan..
Picture credit to Google.. :)

Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah, semalam telah berakhirnya program Imam Muda musim ke 2.. Walaupun atul tak dapat mengikuti program ni dari mula sampai habis, tapi atul pernah tengok beberapa episod program Imam Muda ni.. Program ni adalah program yang terbaik dan atul rasa program macam ni perlu diteruskan pada masa hadapan..

Atul ada Imam Muda pilihan sendiri.. Bukan pilih kerana paras rupa tapi pilihan atul ni kerana atul melihat bakat yang ada pada Imam Muda ini.. Siapa lagi kalau bukan Imam Muda Hassan.. Dari awal program lagi atul rasa yang Imam Muda Hassan ni mampu pergi jauh dan memenangi program Imam Muda musim ke 2 ni.. Dan alhamdulillah, beliau berjaya menjadi juara.. Walaupun tak dapat tengok secara keseluruhan dari mula, tetapi atul tetap minat dengan program ni.. Harap pihak penganjur teruskan program seperti ni.. Insyaallah, kalau program ni ada lagi pada tahun depan, dapat lah atul tengok dari mula sampai habis.. Sekarang ni masih belajar.. Nak tengok TV pun agak susah..

Apa apa pun, tahniah sekali lagi kepada Imam Muda Hasaan kerana telah berjaya menjadi juara Imam Muda musim ke 2 ni.. Harap anda terus berjaya dalam bidang anda dan harap anda akan menjadi idola kepada remaja masa kini.. Insyaallah.. :)

Nak baca lagi cerita pasal Imam Muda musim ke 2?? Klik SINI dan SINI..


p/s : Imam Muda Hassan, saya peminat anda! :)

Friday, July 1, 2011

GEGAR BLOG JULAI 2011

Nak join?? Klik header di atas :)

Segmen terbaru dari Abang Ben Ashaari.. Jom ramai ramai kita meriahkan Gegar Blog Julai 2011 ni.. Cepat join kepada siapa yang belum join.. :)

Blog ni wujud pada Disember 2009.. Kalau nak tahu bila tarikhnya, selongkar lah blog ni.. Menjadikan Abang Ben Ashaari sebagai idola dalam dunia blogging.. Sangat meminati dunia blogging yang semakin meriah ni.. Seorang yang meminati Akim AF7 dan Shaheizy Sam.. Blog ni blog personal.. Blog ni semakin dikenali sejak join segmen segmen dari blog Abang Ben Ashaari.. Rasanya itu sahaja kot.. Terima kasih.. :)


p/s : Terima kasih semua dan terima kasih Abang Ben Ashaari!

Daisypath Happy Birthday tickers
© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: