HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Saturday, July 2, 2011

Tahniah Imam Muda Hassan :)

Imam Muda Hassan..
Picture credit to Google.. :)

Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah, semalam telah berakhirnya program Imam Muda musim ke 2.. Walaupun atul tak dapat mengikuti program ni dari mula sampai habis, tapi atul pernah tengok beberapa episod program Imam Muda ni.. Program ni adalah program yang terbaik dan atul rasa program macam ni perlu diteruskan pada masa hadapan..

Atul ada Imam Muda pilihan sendiri.. Bukan pilih kerana paras rupa tapi pilihan atul ni kerana atul melihat bakat yang ada pada Imam Muda ini.. Siapa lagi kalau bukan Imam Muda Hassan.. Dari awal program lagi atul rasa yang Imam Muda Hassan ni mampu pergi jauh dan memenangi program Imam Muda musim ke 2 ni.. Dan alhamdulillah, beliau berjaya menjadi juara.. Walaupun tak dapat tengok secara keseluruhan dari mula, tetapi atul tetap minat dengan program ni.. Harap pihak penganjur teruskan program seperti ni.. Insyaallah, kalau program ni ada lagi pada tahun depan, dapat lah atul tengok dari mula sampai habis.. Sekarang ni masih belajar.. Nak tengok TV pun agak susah..

Apa apa pun, tahniah sekali lagi kepada Imam Muda Hasaan kerana telah berjaya menjadi juara Imam Muda musim ke 2 ni.. Harap anda terus berjaya dalam bidang anda dan harap anda akan menjadi idola kepada remaja masa kini.. Insyaallah.. :)

Nak baca lagi cerita pasal Imam Muda musim ke 2?? Klik SINI dan SINI..


p/s : Imam Muda Hassan, saya peminat anda! :)

2 comments:

  1. sangat bangga dengan IM Hassan.. :)

    http://nabillahbolhassan.blogspot.com/

    ReplyDelete

Terima kasih. :)

© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: