HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Friday, July 29, 2011

Memang Bukan Rezeki Aku :'(

Ini entri luahan hati aku yang tak dapat tengok movie Take Me Home Tonight. :'(

Pada 19 Julai yang lalu, sepatutnya aku tengok movie kat bawah ni bersama Nuffnang di Mid Valley. Tapi..



Okay, aku ajak adik aku, Ain pergi Mid Valley untuk tengok Premier Screening Movie Take Me Home Tonight. Aku ingat adik aku tahu macam mana nak pergi Mid Valley naik LRT dari Ampang. Rupanya dia pun tak tahu. Aku?? Seriously aku tak tahu. Aku ni nama je duduk kat Kuala Lumpur, tapi, APA PUN TAK TAHU!

Aku dengan adik aku gerak dari rumah jam 8 malam. Aku ingatkan naik LRT dari LRT Ampang terus je sampai Mid Valley, sebab tu aku gerak lambat. Adik aku da pesan kat aku suruh siap awal takut lambat. Tapi aku buat tak tahu je. Naik LRT dalam 8.15 malam. Aku da mula takut ni sebab daftar masuk sampai pukul 9 malam je, aku da mula risau.

Adik aku pulak rupanya tak tahu nak sampai ke Mid Valley tu macam mana. Kitaorang naik je train dan tak tahu kitaorang ada kat mana. Tak jumpa jalan keluar pun. Then, adik aku tanya pak cik teksi tu macam mana nak sampai Mid Valley. Masa tu da pukul 9 malam. Aku da cakap dengan adik aku, jom je lah balik sebab kaunter daftar da tutup. Tapi adik aku suruh pergi jugak. Aku masa tu memang da menangis sebab aku tak dapat tengok movie tu. Aku pun ikut je cakap adik aku and kitaorang pun pergi Mid Valley naik teksi pak cik tadi. Sekali dia charge sampai RM25. Aku dengan adik aku masa tu tak cukup duit. Ada berapa ringgit je. Selamat pak cik tu terima je berapa yang kitaorang bayar.

Naik kat GSC Mid Valley, tanya orang kat situ dia cakap kaunter da tutup. Perasaan aku ?? Frust gila weyh! Aku salahkan diri aku sebab aku tak buat persiapan awal. Aku tak tanya orang lain dulu macam mana nak pergi Mid Valley. Aku tak pergi awal ke Mid Valley. Aku tak naik teksi. Aku ni BODOH kan ?? Memang aku BODOH. Hal yang senang aku tak boleh fikir kan ?? Aku da terlepas tengok movie yang aku nak sangat tengok. Tiket free, bukan senang nak dapat. Memang aku tension gila time tu. Then balik rumah, boleh pulak aku naik teksi kan ?? Nape aku pergi tadi aku tak naik teksi?? Nape Rabiatul??!! Aaarghhhhh!!!!!!!!!!!

Aku takkan ulangi kesilapan aku lagi. Abah da tanya da kat aku ada ke LRT yang berhenti dekat Mid Valley. Selamba je aku cakap ada. Pada hal, mana ada.. Sori lah abah sebab tak dengar cakap abah. Kalau angah naik teksi tadi, mesti okay je kan ?? Memang salah aku. Aku yang salah. Hal senang aku susahkan. Aku da terlepas peluang besar yang mungkin aku takkan dapat lagi. Aku nak mintak maaf kat pihak Nuffnang sebab tak dapat join tengok movie semalam. Kerana kebodohan aku sendiri, aku tak dapat tengok movie yang aku nak tengok.

Cukup lah sampai sini. Aku tak nak ingat lagi pasal ni. Sedih -_-

Assalamualaikum and thanks for reading..


Pengajaran : Kalau tak tahu apa apa, tanya orang lain dulu. Jangan bodoh sombong. Nanti diri sendiri yang akan menyesal.. Macam aku lah.. Urghh!!

2 comments:

  1. tak ada rezeki
    nak buat macam mana :-)

    http://hanspunyablog.blogspot.com/2011/07/kontest-menang-duit-raya.html

    ReplyDelete
  2. da lepas pon, betolla org kate, pengalaman adelah guru yang terbaik, pasni sure tak ulang da kan??:)

    ReplyDelete

Terima kasih. :)

Daisypath Happy Birthday tickers
© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: