HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Wednesday, November 30, 2011

Blog Pilihan #4

Blog pilihan hari ini. :D



Blog pilihan hari ni ialah blog Dayang Deno. Deno ni rajin sangat update blog. Deno pun selalu singgah kat blog atul dan komen entri entri di blog atul. Thanks, Deno. Rajin rajin lah singgah blog atul ye. :) Deno ni student account di UiTM Dungun. Sama bidang lah kita! Good luck ye, Deno. :D

Kepada yang nak tambah kenalan, jom lah singgah blog DENO. Jangan lupa follow sekali, ya ?? :)

Jom klik :

Win a Blackberry phone every week, only with U Mobile !
Plaster your pain away with TigerBalm !

Wordless Wednesday #18

Wordless Wednesday is back! :D


What is Wordless Wednesday ?? Click HERE..

Join Facebook WW and Blog MalaysianWW..

Saturday, November 26, 2011

Pertandingan Fotografi 'Tak Nak Merokok'

Assalamualaikum semua. :)

Okay, entri kali ni atul nak share dengan anda semua tentang Pertandingan Fotografi 'Tak Nak Merokok'. So, kepada anda anda yang kreatif di luar sana, apa lagi, jom lah sertai pertandingan ini. Hadiah menarik menanti anda! :)

Okay, kepada sesiapa yang nak menyertai pertandingan ini, anda bole ke SINI untuk mengetahui terma dan syarat serta hadiah hadiah menarik yang bakal dimenangi oleh pemenang pertandingan ini. :)

So, apa lagi, JOM sertai pertandingan ini sekarang! :D

*Blogger Wan Hazel da pun join dan jom ramai ramai undi dia. Klik SINI untuk mengetahui cara cara mengundi blogger Wan Hazel. :)

Jangan lupa klik SINI jugak. :D

Doa Akhir Tahun, Awal Tahun Hijrah

Assalamualaikum semua. :)

Alhamdulillah, kita semua akan menyambut tahun baru iaitu,tahun 1433 Hijrah. InsyaAllah.. Di sini atul nak kongsikan dengan anda semua doa Akhir Tahun dan doa Awal Tahun. :)

Doa Akhir Tahun Hijrah.

Dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. (Sabtu, 26 Nov : Petang)

Doa Awal Tahun Hijrah.

Dibaca 3 kali selepas Maghrib pada malam 1 Muharram. (Sabtu, 26 Nov : selepas Maghrib)

Salam Maal Hijrah 1433 H.. :)

Sumber : Kak My.

Monday, November 21, 2011

Happy Birthday, Abah! :)

Assalamualaikum semua. :)


Alhamdulillah, hari ni 21/11/2011 merupakan hari ulang tahun kelahiran abah atul, Encik Abd Rahim Bin Mohamed yang ke 53 tahun. Alhamdulillah, abah masih lagi diberi peluang untuk meneruskan kehidupannya dengan keadaan yang cukup sihat sekali. Syukur kepada Allah SWT atas nikmat itu. Syukur, alhamdulillah. :)

Di kesempatan ini, angah nak ucapkan Selamat Hari Lahir buat abah tersayang. Semoga abah dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang sempurna olehNya dan bahagia bersama keluarga tercinta. Walaupun angah tak dapat celebrate birthday abah tahun ni, doa angah kat abah tak pernah putus. Semoga abah gembira di hari bahagia abah ni. :)

Angah nak mintak maaf sebab angah selalu buat abah susah hati. Tapi bukan niat angah nak buat macam tu. Abah pun tahu kan macam mana perangai anak abah ni. Angah mintak maaf ye abah. Angah pun nak ucapkan terima kasih banyak banyak kat abah sebab abah da banyak berkorban untuk angah. Apa yang angah nak, semua angah dapat. Angah tak pernah mintak yang mewah mewah, cukup lah dengan apa yang abah da bagi sekarang ni. Itu pun angah tak tahu angah mampu nak balas atau tak. Abah doakan lah angah kat sini baik baik ye. Doakan angah agar angah kuat.

Abah, angah sayang abah. Angah sayang abah sangat sangat. Angah mintak maaf andai kata selama ni angah bukan lah anak abah yang terbaik, angah ada terguris hati abah ke, angah mintak maaf banyak banyak. Angah akan cuba jadi anak yang terbaik untuk mama dan abah.

Abah, terima kasih untuk segala-galanya. Thank you so much. Angah sayang abah sangat sangat. :'(

Sunday, November 20, 2011

Dugaan Semester Baru

Assalamualaikum semua. :)


First of all, nak mintak maaf sebab tak update blog untuk beberapa hari ni. Bukan apa, bila da balik Kelantan ni, mood blogging atul akan secara automatiknya hilang. Mood sedih nak tinggalkan family yang melanda diri atul. Lagi pun, nak spend masa dengan family, lagi lagi Fifi dan Haikal. Sebab tu tak update blog.

Alhamdulillah, semalam atul selamat sampai di UiTM Machang jam 5.30 pagi. Sampai je kolej, tak tidur pun sebab pukul 8 pagi ada MUET. Memang mengantuk sangat dan bayangkanlah macam mana atul jawab soalan dalam keadaan penat yang teramat sangat. Tapi atul kuatkan jugak diri ni dengan menjawab yang terbaik. InsyaAllah, harap harap dapat lah keputusan yang membanggakan. AMIN. Doa doakan lah ye. :)

Macam biasa, masuk je semester baru, perangai atul yang kuat menangis ni akan datang kembali. Setiap masa asyik nak menangis je. Teringat kat family dan yang paling penting menangis sebab tak ada bilik nak duduk. Alhamdulillah, ex roomate atul, Zumie bagi atul tumpang bilik dia. Esok atul akan buat rayuan di pihak kolej dan harap harap keputusannya akan diketahui dengan secepat mungkin. Kawan kawan, doa doakan lah atul ye?? Atul sedih sangat sebab terpaksa berpisah dengan roomte atul. Zumie dah dapat roomate baru, Hana pun begitu. Semuanya da berpisah. Atul harap rayuan kolej atul berjaya. Da last semester ni, harap harap pihak kolej consider lah rayuan atul tu. Lagi pun atul ni kan orang luar. Harap harap pegawai kolej akan pertimbangkan rayuan atul. AMIN.

ALLAH SWT bagi macam macam dugaan. Semester lepas, result menurun dan permohonan kolej atul berjaya. Tapi semester kali ni sebaliknya. Result meningkat tapi permohonan kolej tidk berjaya. Ya ALLAH, sesungguhnya aku redha dengan ujianMu. Tapi aku tak kuat nak hadapi semua ni. Tolong lah aku, Ya ALLAH. AMIN.

Mama, abah, angah mintak maaf sebab call mama dan abah dalam keadaan angah menangis. Angah tak dapat kawal emosi angah buat masa sekarang ni. InsyaAllah, lepas rayuan kolej angah berjaya dan kelas da start, keadaan akan kembali seperti biasa. Angah harap mama faham dengan keadaan anak mama yang sorang ni. Mama dan abah doakan lah yang terbaik untuk angah ye. Mama, abah, angah sayang mama dan abah. Sayang sangat sangat. :'(

Ya ALLAH, kuatkan lah aku untuk meneruskan pengajian di semester terakhir aku ini. AMIN..

Wednesday, November 16, 2011

Group Blogger Di Facebook

Assalamualaikum semua. :)

Update lagi malam ni. Kalau boleh, nak update banyak sikit. Al maklum lah, da nak balik UiTM hari Jumaat ni. Lepas ni update pun jarang. Banyak benda nak kena uruskan. Lagi lagi nak buat rayuan kolej. -_-



Okay, hari ni nak share dengan semua, group blogger yang atul join kat Facebook sejak awal tahun ni. Sebelum ni tak pernah pun join. Masa mula mula blogging dulu, mana lah tahu nak ping blog kat group ni lah, group itu lah. Yang tahu, update blog, share dekat wall Facebook atul je. Sekarang ni tak dah. Lepas update, ping kat group itu, group ini. Kadang kadang, naik pening dibuatnya. Sebab banyak sangat. Tapi atul rasa, atul join group kat Facebook ni tak lah banyak kalau nak dibandingkan dengan blogger lain. Tak gitu ?? :)

Gambar di atas tu, adalah senarai group blogger yang atul join. Setakat ni group blogger yang atul join adalah sebanyak 12 group dan yang lain lain tu adalah group yang berkaitan dengan UiTM dan kawan kawan masa sekolah rendah. Hehe. Banyak ke 12 group tu ?? Korang pulak join berapa group blogger kat Facebook ?? Share lah sikit. :)

Kat bawah ni atul senaraikan group blogger yang atul join kat Facebook. Korang join lah mana mana group yang korang tak join lagi. Kalau tak nak, tak apa. Atul just share je dengan korang. :D

  1. Sahabat Blogger
  2. Sembang Blog LM
  3. Kelab Blogger
  4. Geng Blogger Bersatu
  5. Spontaneous Thursday
  6. Komuniti Gila Blog
  7. Ping Ping Ping
  8. Diari Sahabat Blogger
  9. Saya Seorang Blogger
  10. Ex-Tream Blogger
  11. Sahabat Lulu Caldina
  12. Mr and Mrs Bloggie
Banyak ke ?? Takkan ?? Hehe. Okay lah.. Till then~


Trailer : Puss In Boots

New film from United International Pictures : Puss In Boots. :)

Synopsis

Long before he even met Shrek, the notorious fighter, lover and outlaw Puss in Boots becomes a hero when he sets off on an adventure with the tough and street smart Kitty Softpaws and the mastermind Humpty Dumpty to save his town. This is the true story of The Cat, The Myth, The Legend…The Boots.

Check it out the trailer of Puss In Boots :




Don't forget to watch Puss In Boots in cinema 24 November 2011. :D

Tuesday, November 15, 2011

1000 Follower - 11/11/2011

Assalamualaikum semua. :)

Alhamdulillah, pada 11/11/2011 yang lalu, blog atul da mencapai 1000 follower. Thanks pada yang sudi follow blog atul yang tak seberapa ni. Kalau lah 1000 follower ni komen setiap entri atul, lagi best kan ?? Hehe. Tapi yang da follow pun, atul rasa bersyukur sangat. Terima kasih banyak banyak. Terima kasih kerana terus memberi semangat kepada atul dalam dunia blogging ni. :)


Thanks pada Azza Firza kerana sudi follow blog atul dan congrats kerana telah menjadi follower atul yang ke 1000.. Kak atul memang nak bagi hadiah pada follower yang ke 1000, tapi tak tahu lagi hadiah apa. Kalau boleh, kak atul nak Azza send email dekat email kak atul, nama penuh, alamat rumah dan no phone. Send dekat email fariq.atul@gmail .. Tunggu je lah apa yang kak atul nak bagi. Hehe. Thanks, Azza! :)

Till then~

Sebab Tak Update Blog, Sebab Tak Nak Balik UiTM

Assalamualaikum semua. :)


Apa khabar ?? Sihat ?? Harap semuanya sihat sihat lah hendaknya. Atul, alhamdulillah, sihat. Da tiga hari tak update blog, alasan kali ni bukan malas. Tapi busy sikit pada hari Sabtu dan Ahad lepas. Ada kenduri kahwin dan sibuk membeli barang untuk semester baru ni.

Da sebulan cuti semester, rasa kejap sangat masa tu berlalu. Tak puas cuti, kalau boleh nak cuti lagi. Tak puas berada di samping keluarga tercinta. Tapi, apakn daya, tanggungjawab sebagai pelajar belum selesai lagi. UiTM Machang tu da memanggil manggil atul untuk pulang ke sana. Da nak dekat balik sana ni, hati ni mula lah rasa resah nak berpisah dengan family. Biasa lah atul ni. Abah cakap budak budak lain happy je nak balik U jumpa kawan kawan, angah sedih pulak. Mesti lah sedih abah, nak tinggalkan abah, mama dan yang lain lain. Tapi, apakan daya. Hanya mampu bersabar. Fikir yang ni last semester. Lepas ni tak balik da UiTM Machang tu. Harap harap degree nanti, dapat sambung kat Shah Alam je. :)

Apa yang membuatkan atul rasa berat nak balik Kelantan kali ni adalah sebab atul gagal permohonan kolej. Maknanya atul tak dapat duduk kat kolej untuk semester ni. Huh, memang tension sangat sangat. Seboleh bolehnya atul tak nak duduk rumah sewa. Bukan apa, susah lah. Kawan kawan atul semua duduk kat kolej. Nanti nak buat assignment sama sama, nak tanya pasal kerja, kan susah. Kalau boleh, nak jugak duduk kat kolej. Balik ni, atul akan tumpang bilik roomate atul dulu, Hana dan Zumie. Da mintak izin diaorang. Thanks! Then, kena buat rayuan dan tunggu keputusan dalam masa 1 minggu. Harap harap rayuan atul berjaya lah. Tolong lah atul, pihak kolej! Atul merayu sangat nak duduk kat kolej. Tolong lah. Harap harap adalah wakil dari pihak kolej yang baca rintihan atul ni. Huh. Memang menangis lah bila dapat tahu tak dapat kolej semester ni. Da last semester ni, please lah, tolong lah bagi atul kolej. Cik Huda, Puan Mieyda, Encik Azmi, tolong lah. Atul merayu ni. :(

Apa yang mampu atul buat sekarang, sabar dan berdoa. Rayuan kolej atul akan buat minggu depan. Harap harap minggu tu jugak dapat keputusannya. Harap harap adalah bilik kosong untuk atul duduk. AMIN.

Okay lah. Rasanya da panjang sangat atul berbicara hari ni. Tolong lah doakan agar rayuan kolej atul berjaya ya ?? Terima kasih. :)

Till then~

Friday, November 11, 2011

1 Je Lagi!

Assalamualaikum semua. :)

1 je lagi! Apa yang 1 je lagi tu ?? HAHA. 1 je lagi follower atul nak genap ke 1000.. Siapa lah yang bertuah tu ye ?? Pada tarikh 11/11/2011 ni adakah blog atul akan mencapai 1000 follower ?? Tunggu dan lihat.. Hehe.. :)


Tunggu nak print screen follower yang ke 1000 pulak.. Siapakah gerangannya.. :p

Mutiara Kata #2

Assalamualaikum. :)


"Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya."

Wednesday, November 9, 2011

Premiere Screening : The Adventures of TinTin (3D)

Assalamualaikum semua. :)

Update lagi. Kali ni atul nak cerita sikit pasal movie yang atul tonton pada hari Rabu lepas di Mid Valley. Thanks to ChurpChurp for the ticket. :)


Okay, ini lah movie yang atul tengok, The Adventure of TinTin. Serious, movie ni memang best sangat. Rugi kalau korang tak pergi tengok. Untuk movie ni, atul bagi rating 4/5. Malas nak review. Hehe. Korang baca lah synopsis movie ni kat bawah ni ye. Kalau nak tahu lebih lanjut, baik korang pergi tengok sendiri kat pawagam berhampiran korang. Serious movie ni best and I FALL IN LOVE WITH TINTIN. Tintin ni comel sangat and he is so brilliant! :p

Synopsis :

From Oscar® winning director Steven Spielberg and Oscar® winning producer Peter Jackson, two of today’s most visionary storytellers, comes a 3D motion picture event: an epic, globe-hopping quest that spans hidden mysteries, menacing criminals and ancient secrets — and brings to dazzling, life the classic escapades that have enthralled generation after generation with their one-of-a-kind mix of action, humor and scintillating tale-spinning in The Adventures of Tintin.

Based on the internationally beloved and irrepressible characters created by Hergé, the story follows the unquenchably curious young reporter Tintin (Jamie Bell) and his fiercely loyal dog Snowy as they discover a model ship carrying an explosive secret. Drawn into a centuries-old mystery, Tintin finds himself in the sightlines of Ivan Ivanovitch Sakharine (Daniel Craig), a diabolical villain who believes Tintin has stolen a priceless treasure tied to dastardly pirate named Red Rackham. But with the help of his dog Snowy, the salty, cantankerous Captain Haddock (Andy Serkis) and the bumbling detectives Thompson & Thomson (Simon Pegg and Nick Frost), Tintin will travel half the world, outwitting and outrunning his enemies in a breathless chase to find the final resting place of The Unicorn, a shipwreck that may hold the key to vast fortune . . . and a ancient curse.
.

Di TGV Cinema, Mid Valley.. Kena pakai spec hitam tu.. Atul ingatkan spec tu dapat free.. Rupanya kena pakai masa nak tengok movie tu sebab movie tu dalam 3D.. Maaf lah, tak tahu.. 1st time tengok 3D movie ni.. Hehe.. :p

Ticket from ChurpChurp.. Thanks ChurpChurp! :D

Bersama kawan tersayang, Ika.. :)

Memperkenalkan Lisa Surihani! Lisa comel, okay! Jangan lupa tonton filem Ombak Rindu di pawagam berhampiran anda bermula 1 Disember 2011.. *tolong promote bagi pihak Lisa Surihani.. :)

Antara scene dalam The Adventure of TinTin.. :)

Another scene in The Adventure of TinTin.. :)

Check it out the trailer of The Adventure of TinTin :



So, what are you waiting for ?? Don't forget to watch The Adventure of TinTin in cinema on 10 November 2011! :D

Wordless Wednesday #17 - I Love My Mom

Wordless Wednesday is back! :D


What is Wordless Wednesday ?? Click HERE..

Join Facebook WW and Blog MalaysianWW..

Tuesday, November 8, 2011

Salam Aidiladha :)

Assalamualaikum semua. :D

Pertama sekali nak minta maaf sebab tak dapat nak update blog beberapa hari ni. Al maklum lah, sibuk nak menyambut Hari Raya Aidiladha. Maaf sangat sangat. Atul online Facebook pun tengok ramai yang tak online. Bukak blog pun adalah beberapa blogger yang update blog. Yelah, masing masing busy dengan keluarga tercinta. :)


Rasanya tak terlambat lagi nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha. Semoga sambutan kali ni lebih bermakna bersama keluarga tersayang. :D

Kalau makan tu, jangan makan banyak sangat. Nanti tak pasal pasal dapat penyakit. Dan kalau makan tu jangan lupa kat orang lain. Yang balik kampung tu, berhati hati lah di jalan raya. Ingat lah orang yang tersayang. :)

Salam Aidiladha~

Saturday, November 5, 2011

"Nuffnang Blog Awards, Here I Come"

Assalamualaikum and a very good evening to all of you. :D


Today, I would like to join a contest to win an exclusive invitation to Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards 2011. So, what I need to do here is, I need to choose Option A or Option B. So, I choose Option B, with the title "Nuffnang Blog Awards, Here I Come". What I need to do is :

Tell us the top 3 reasons why you want to attend the Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards 2011.

  • I've never join any event from Nuffnang before this, so I want to grab this opportunity.
  • I want to meet all bloggers because I've never meet them before this, so this is my opportunity to meet them. This is also my opportunity to meet all the Nuffnang team so that my relationship with Nuffnang team will last longer.
  • Last but not least, I want to get an experience in joining this big event so that I can improve myself in blogging.
Here are some message from Nuffnang :

Come 16 December 2011, 500 bloggers from around the Asia-Pacific region will flock to Kuala Lumpur, Malaysia for the Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards 2011 in Putrajaya Marriott. The Awards aims to not only honour the region's best bloggers, but also to bring together blogger communities from across Asia-Pacific. The Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards is brought to you by Volkswagen Malaysia and Putrajaya Marriott.


To win an invitation to Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards 2011, submit your entry HERE.

Friday, November 4, 2011

Alhamdulillah, Terima Kasih Allah SWT :)

Assalamualaikum semua. :D

Apa khabar ?? Harap harap semuanya sihat sihat selalu ye. Atul alhamdulillah sihat. Cuma sekarang ni malas nak update blog. Hehe. Sebab laptop baru je sihat setelah diformat oleh kawan atul. Yang tu, atul cerita di lain entri ye. Tungguu. :)


Gambar : Google

Seperti yang semua tahu, hari ni merupakan keputusan final exam bagi semua student Diploma UiTM. Pukul 12 pagi tadi da boleh check result. Tapi atul tak terus check sebab tak ada keberanian lagi. So, tidur dulu. Tidur dengan nyenyak. Hehe. :)

So, tadi tepat pukul 12 tengahari, atul pun dengan beraninya check lah keputusan final exam atul. Alhamdulillah, keputusan untuk semester ni meningkat dari semester lepas. Syukur sangat sangat. Tak ada subjek yang kena repeat. Lulus dengan cemerlang. Terima kasih, Allah SWT. :)

Walaupun tak dapat Dekan, yang penting result maintain 3.0 dan ke atas. Yang paling atul tak percaya, result untuk subjek Costing atau MAF320. Result yang paling membanggakan. Tak percaya langsung. Syukur sangat sangat. Tak sia sia usaha atul selama ni. :)

Secara keseluruhannya, atul berpuas hati dengan keputusan atul semester ni. InsyaAllah, semester depan atul akan buat lebih baik dari semester ni. Walaupun sedih dengan keputusan permohonan kolej atul yang tak berjaya tu, tapi dengan adanya keputusan final exam ni, dapat lah mengubat sedikit kesedihan di hati.

Okay lah. Sampai sini je. Terima kasih semua. Terima kasih Allah SWT. :D

Wednesday, November 2, 2011

Debaran Semakin Terasa

Assalamualaikum semua. :D

Alhamdulillah, dapat jugak update blog. Diri ni terasa malas sangat nak update. Tak tahu lah kenapa. Tapi ku gagahkan jugak untuk update blog. Ni pun guna laptop kakak atul update blog sebab laptop atul sedang di format. Rindu sangat kat laptop. Semoga cepat sembuh ye. Hehe. :)


Picture : Google

Okay, kalau semua nak tahu, keputusan final exam bagi student Diploma UiTM akan dikeluarkan pada hari Jumaat ni, iaitu 4 November 2011. Lagi 2 hari, okay! Debarannya semakin terasa. Takut sangat sangat. Tak tahu lah apa result atul untuk semester ni. Setiap semester atul da buat yang terbaik. Walau apa pun keputusan yang bakal diterima, atul harap atul dapat tabahkan hati dan terima dengan redha. Sesungguhnya itu adalah usaha atul dan itu juga lah yang telah tertulis untuk atul. InsyaAllah, sama sama doakan agar atul dan kawan kawan dapat keputusan yang cemerlang. AMIN. :)

So, kepada yang akan dapat keputusan exam pada Jumaat ni, good luck ya. Semoga kalian semua peroleh kejayaan yang cemerlang dan teruskan usaha untuk semester akan datang. :D

Till then~

Enjoy your day with Astro Byond IPTV. Click HERE for more info. :)
Take the quiz to fight with the deadly dengue. Click HERE to take the quiz.


Daisypath Happy Birthday tickers
© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: