HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Tuesday, November 15, 2011

Sebab Tak Update Blog, Sebab Tak Nak Balik UiTM

Assalamualaikum semua. :)


Apa khabar ?? Sihat ?? Harap semuanya sihat sihat lah hendaknya. Atul, alhamdulillah, sihat. Da tiga hari tak update blog, alasan kali ni bukan malas. Tapi busy sikit pada hari Sabtu dan Ahad lepas. Ada kenduri kahwin dan sibuk membeli barang untuk semester baru ni.

Da sebulan cuti semester, rasa kejap sangat masa tu berlalu. Tak puas cuti, kalau boleh nak cuti lagi. Tak puas berada di samping keluarga tercinta. Tapi, apakn daya, tanggungjawab sebagai pelajar belum selesai lagi. UiTM Machang tu da memanggil manggil atul untuk pulang ke sana. Da nak dekat balik sana ni, hati ni mula lah rasa resah nak berpisah dengan family. Biasa lah atul ni. Abah cakap budak budak lain happy je nak balik U jumpa kawan kawan, angah sedih pulak. Mesti lah sedih abah, nak tinggalkan abah, mama dan yang lain lain. Tapi, apakan daya. Hanya mampu bersabar. Fikir yang ni last semester. Lepas ni tak balik da UiTM Machang tu. Harap harap degree nanti, dapat sambung kat Shah Alam je. :)

Apa yang membuatkan atul rasa berat nak balik Kelantan kali ni adalah sebab atul gagal permohonan kolej. Maknanya atul tak dapat duduk kat kolej untuk semester ni. Huh, memang tension sangat sangat. Seboleh bolehnya atul tak nak duduk rumah sewa. Bukan apa, susah lah. Kawan kawan atul semua duduk kat kolej. Nanti nak buat assignment sama sama, nak tanya pasal kerja, kan susah. Kalau boleh, nak jugak duduk kat kolej. Balik ni, atul akan tumpang bilik roomate atul dulu, Hana dan Zumie. Da mintak izin diaorang. Thanks! Then, kena buat rayuan dan tunggu keputusan dalam masa 1 minggu. Harap harap rayuan atul berjaya lah. Tolong lah atul, pihak kolej! Atul merayu sangat nak duduk kat kolej. Tolong lah. Harap harap adalah wakil dari pihak kolej yang baca rintihan atul ni. Huh. Memang menangis lah bila dapat tahu tak dapat kolej semester ni. Da last semester ni, please lah, tolong lah bagi atul kolej. Cik Huda, Puan Mieyda, Encik Azmi, tolong lah. Atul merayu ni. :(

Apa yang mampu atul buat sekarang, sabar dan berdoa. Rayuan kolej atul akan buat minggu depan. Harap harap minggu tu jugak dapat keputusannya. Harap harap adalah bilik kosong untuk atul duduk. AMIN.

Okay lah. Rasanya da panjang sangat atul berbicara hari ni. Tolong lah doakan agar rayuan kolej atul berjaya ya ?? Terima kasih. :)

Till then~

1 comment:

  1. same la saya atul sem ni kena dok luar..nasib dah ade umah sewa,,semuanya sebab budak destini tumpang kat kolej kitorg..huhuh

    ReplyDelete

Terima kasih. :)

© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: