HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Sunday, November 20, 2011

Dugaan Semester Baru

Assalamualaikum semua. :)


First of all, nak mintak maaf sebab tak update blog untuk beberapa hari ni. Bukan apa, bila da balik Kelantan ni, mood blogging atul akan secara automatiknya hilang. Mood sedih nak tinggalkan family yang melanda diri atul. Lagi pun, nak spend masa dengan family, lagi lagi Fifi dan Haikal. Sebab tu tak update blog.

Alhamdulillah, semalam atul selamat sampai di UiTM Machang jam 5.30 pagi. Sampai je kolej, tak tidur pun sebab pukul 8 pagi ada MUET. Memang mengantuk sangat dan bayangkanlah macam mana atul jawab soalan dalam keadaan penat yang teramat sangat. Tapi atul kuatkan jugak diri ni dengan menjawab yang terbaik. InsyaAllah, harap harap dapat lah keputusan yang membanggakan. AMIN. Doa doakan lah ye. :)

Macam biasa, masuk je semester baru, perangai atul yang kuat menangis ni akan datang kembali. Setiap masa asyik nak menangis je. Teringat kat family dan yang paling penting menangis sebab tak ada bilik nak duduk. Alhamdulillah, ex roomate atul, Zumie bagi atul tumpang bilik dia. Esok atul akan buat rayuan di pihak kolej dan harap harap keputusannya akan diketahui dengan secepat mungkin. Kawan kawan, doa doakan lah atul ye?? Atul sedih sangat sebab terpaksa berpisah dengan roomte atul. Zumie dah dapat roomate baru, Hana pun begitu. Semuanya da berpisah. Atul harap rayuan kolej atul berjaya. Da last semester ni, harap harap pihak kolej consider lah rayuan atul tu. Lagi pun atul ni kan orang luar. Harap harap pegawai kolej akan pertimbangkan rayuan atul. AMIN.

ALLAH SWT bagi macam macam dugaan. Semester lepas, result menurun dan permohonan kolej atul berjaya. Tapi semester kali ni sebaliknya. Result meningkat tapi permohonan kolej tidk berjaya. Ya ALLAH, sesungguhnya aku redha dengan ujianMu. Tapi aku tak kuat nak hadapi semua ni. Tolong lah aku, Ya ALLAH. AMIN.

Mama, abah, angah mintak maaf sebab call mama dan abah dalam keadaan angah menangis. Angah tak dapat kawal emosi angah buat masa sekarang ni. InsyaAllah, lepas rayuan kolej angah berjaya dan kelas da start, keadaan akan kembali seperti biasa. Angah harap mama faham dengan keadaan anak mama yang sorang ni. Mama dan abah doakan lah yang terbaik untuk angah ye. Mama, abah, angah sayang mama dan abah. Sayang sangat sangat. :'(

Ya ALLAH, kuatkan lah aku untuk meneruskan pengajian di semester terakhir aku ini. AMIN..

No comments:

Post a Comment

Terima kasih. :)

© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: