HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Tuesday, August 30, 2011

Salam Lebaran! :)

Assalamualaikum semua. Selamat Hari Raya! :D

Alhamdulillah, setelah sebulan kita berpuasa, kini tiba masanya kita meraikannya dengan menyambut lebaran yang mulia ini. Mudah mudahan kita semua akan bertemu dengan Ramadhan akan datang. InsyaAllah. :)



Di kesempatan ini, saya, Rabiatul Adawiyah Bt Abd Rahim, ingin menyusun sepuluh jari, memohon ampun dan maaf jika ada tersalah kata, tersilap bicara atau terlanjur kata. Seribu keampunan ku pohon di hari yang mulia ini. 0-0 ye?? :D

Kepada KELUARGA tersayang, mama, abah, ain, ayong dan yang lain lain, angah nak mintak maaf kalau angah ada buat salah dengan korang semua. Perkara biasa lah tu kan?? Maafkan angah ye?? :)

Kepada KAWAN KAWAN di Sekolah Kebangsaan Ampang (1998-2003), Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Ahmad Razali (2004-2008) dan KAWAN KAWAN serta PENSYARAH di UiTM Machang, Kelantan, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. I love Kelantan! :D

Kepada pembaca blog atul, ampun dan maaf kalau selama ni entri entri yang atul tulis ada ayat ayat yang tak sepatutnya atau ada ayat ayat yang terguris hati anda semua, atul mintak maaf ye?? Maafkan atul taw. Teruskan membaca blog atul yang tak seberapa ni. TQ so much! :D

Kepada BAKAL YANG TERSAYANG, Selamat Hari Raya! :D *tahun ke 5 beraya tanpa kekasih hati. :p

Sekali lagi, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir dan batin. Ingat, raya tetap raya. Kesihatan tu jangan lah sesekali dilupakan. Jangan makan terlalu banyak. Kawal pemakanan ye. Nanti tak pasal pasal dapat penyakit. Hehe. Kepada yang balik kampung tu, berhati hati di jalan raya. Ingat lah orang yang tersayang. Ingat, kepulangan kita dinanti, bukan ditangisi.

Okay lah, panjang pulak ucapan raya atul ni. TQ! :)

Till then~


RAAR :Esok balik Perak. Doakan atul selamat sampai ke destinasi yang dituju. InsyaAllah. :)

Monday, August 29, 2011

Last Iftar With Classmates :)

Assalamualaikum semua. Okay, seperti yang dijanjikan pada entri lepas, atul nak story sikit pasal majlis berbuka puasa bersama rakan sekelas atul, DIAC1105D di Restoran E-rup Sup, Machang. Di bawah ni antara gambar gambar yang sempat diambil pada majlis tersebut. Puasa kali ni adalah puasa terakhir atul berpuasa di Machang. Lepas ni tak dapat lah berbuka dengan mereka semua lagi. So, kami semua manfaatkan Ramadhan kali ni dengan majlis berbuka puasa di Restoran E-rup Sup pada 23/8/2011 yang lepas. :D

Lauk yang telah habis selepas 15 minit.. Masing masing lapar kan.. Semua makanan yang budak budak lelaki tempah, ternyata tidak menghampakan.. Yang pentingnya, atul kenyang! Alhamdulillah.. :)

Tak sah kalau tak ada gambar tuan empunya blog.. Atul with Syamira Aisyah.. Lelaki di sebelahnya itu adalah Qayyim, bakal suaminya.. Hehe.. :D

My best friend ever, Ziela dan Yanie.. Ziela dah berpunya.. Yanie belum lagi.. Hehe.. Jangan marah yanie.. :p

DIAC1105D - My best friends ever! :D

Sementara menunggu waktu berbuka puasa.. Hujan lebat sangat pada waktu tu.. Tapi kami tetap bersabar.. :)

Lelaki lelaki macho di kelas atul.. Tapi maaf lah ye.. Hampir kesemua mereka telah berpunya.. Yelah, semuanya macho sangat kan.. Yang penting, mereka memang baik! :D

Antara makanan yang disediakan, tom yam campur, ayam bakar, daging masak apa entah, ikan pun tak tahu masak apa, sayur campur, sambal belacan dan air oren.. Nasi putih budak lelaki bawak lebih dari rumah sebab takut tak cukup.. Dan ternyata memang tak cukup dan nasi lebih yang dibawa habis dimakan oleh kami semua.. Lapar! Hehe..

Alhamdulillah, atul berpuas hati dan kenangan berbuka puasa ni akan atul kenang sampai bila bila.. Terima kasih kawan kawan.. Korang semua memang terbaik.. Love all of you..

Till then~


RAAR : Thah, sori gambar anda tiada.. Andakan photographer malam tu.. Hehe.. :)

Saturday, August 27, 2011

Baju Sahabat Blogger :)

Assalamualaikum semua. Apa khabar?? Harap semuanya sihat lah ye. Alhamdulillah, atul sihat. Maaf lah jarang update blog sekarang ni. Sebelum nak cuti raya, memang banyak sangat assignment nak kena hantar, test dan quiz yang nak kena selesaikan. Alhamdulillah, semua da selesai. Tapi, lepas cuti ni masih banyak lagi yang menanti. Okay okay, tak nak cerita pasal tu. Sekarang cuti kan?? Nak enjoy cuti ni. Hehe.

Okay, berbalik pada tajuk di atas. Atul ada tempah baju Sahabat Blogger hari tu. Dan pagi tadi baju Sahabat Blogger da pun selamat sampai. Happy sangat! Thanks to Atiqsalleh sebab banyak tolong. :)



Ini lah baju SB. Cantik! Ni saiz M. Selamat lah muat dan selesa. Takut tak muat je. Almaklum lah, badan atul ni kan besar sikit. Hehe. Puas hati sangat. Tadi dah pakai baju ni pergi keluar dengan adik atul. Tapi tak sempat nak ambil gambar. Lain kali lah ye?? :)

Okay lah. Nanti atul nak update pasal berbuka puasa bersama classmate atul pulak. Tunggu next entri ye. :D


RAAR : Raya tahun ni balik Perak. :D

Wednesday, August 24, 2011

Wordless Wednesday #9


What is Wordless Wednesday ?? Click HERE
Join Facebook WW and Blog Malaysian WW

Friday, August 19, 2011

Nuffnang Preview Screening : The Smurf

Assalamualaikum.

Ingat lagi tak poster kat bawah ni dalam entri INI? Alhamdulillah, atul dapat 2 tiket wayang percuma untuk menonton filem The Smurf bersama pihak Nuffnang. Thank you so much, Nuffnang! Lepas ni bagi lah tiket free lagi ye. Jangan lupa bagi BE sekali. HAHA. Demand! :D

The Smurfs

Jangan lupa tonton The Smurf, di pawagam 1 September ni! :)




Keratan email sebagai bukti yang atul dapat tiket wayang free. Maaf lah sebab nampak kecil je sebab baru je belajar macam mana nak printscreen. Hehe. :D

Untuk filem ni, bukan atul yang akan pergi tengok sebab 24/8/2011 tu, atul masih lagi di Kelantan. Sedih sangat! Ingat nak ajak seseorang pergi tengok. Seseorang ?? HAHA.. Ajak adik lah.. Tapi bukan rezeki atul kan. So, yang akan pergi adalah adik atul, Nur Ain. Itu pun kalau dia da sihat. Kalau belum sihat, terpaksa lah bagi kat orang lain. Tapi kalau boleh, nak suruh jugak adik atul pergi. Ain, cepat sihat! :)

Sedih memang sedih sebab bukan atul yang pergi tengok. Tapi tak apa lah. Adik atul yang akan datang bagi pihak atul. Apa apa pun, thanks to Nuffnang for the ticket. I really appreciate it. Next time, don't forget! :D


p/s : Kan best kalau Nuffnang dapat postpone tarikh tengok cerita ni. -_-

Thursday, August 18, 2011

Spontaneous Thursday #7

Diam itu lebih baik..

Apa itu Spontaneous Thursday?? Klik SINI.
Facebook Spontaneous Thursday.. Klik SINI.

Wednesday, August 17, 2011

Wordless Wednesday #8


Apa itu Wordless Wednesday ?? Klik SINI..

Join : Facebook WW & Blog Malaysian WW..

Tuesday, August 16, 2011

Doakan Adik Saya Sembuh..

Assalamualaikum semua..

Entri kali ni nak mintak tolong dengan anda semua agar mendoakan agar adik atul, Nur Ain supaya kesihatannya kembali pulih seperti biasa.. Untuk makluman anda semua, adik atul dimasukkan ke wad Hospital Ampang pada Ahad lepas akibat suspek denggi..

Adik atul demam dan mama atul cakap dia tak boleh nak makan.. Kalau makan, mesti muntah.. Keadaan berlarutan sehingga beberapa hari.. Mama dengan abah bawak pergi klinik tapi doktor suruh bawak pergi Hospital Ampang akibat demam yang terlalu kuat iaitu 39 Celcius..

Pagi tadi mama cakap demam dia naik hingga ke 40 Celcius.. Takut sangat bila dengar mama cakap macam tu.. Demam dia tak turun turun pun.. Makan pun tak lalu.. Sekarang ni mama yang jaga dia kat hospital.. Atul nak tolong jaga pun, atul tak ada kat sana.. Atul kat sini hanya mampu berdoa sahaja.. Mudah mudahan semuanya baik baik lah hendaknya..

Harap semua dapat doakan kesihatan adik atul.. Supaya dia cepat sembuh dan kembali seperti biasa.. InsyaAllah, AMIN..


p/s : Dugaan di bulan Ramadhan..

"My Favourite Smurf"

Here, I present you, THE SMURF! :)


The Smurfs

Nuffnang is currently having a contest to all Nuffnangers to win a pair of movie tickets to the premiere screening of The Smurf on 24th August 2011 at TGV KLCC. So, what I need to do is..

Tell us how you think that Smurf would help lead the others and find their way from New York City back to the Smurf village and who is my favourite Smurf?

First of all, Brainy is my favourite Smurf because he is brain! :)




BRAINY! I LOVE YOU! :)

So, how the Smurf, especially Brainy will lead the others and find their way from New York back to the Smurf village is by creating something that can bring them back to the Smurf village. As we know, Brainy is brain, right? So, he must have an idea to create something that is unique like the flying carpet in Malay film, Laksamana Do Re Mi which the flying carpet will help them to go to anywhere that they want to go. Just ask the flying carpet that they want to go back to the Smurf village, then the flying carpet will bring them back.

But, first thing first, they need to create the flying carpet or maybe another transport in order for them to bring back to the Smurf village. Brainy, make your creativity! :)

That is all. ^_^

Check out the trailer of The Smurf below. :D


Saturday, August 13, 2011

Muhasabah Cinta : edCoustic




Wahai pemilik nyawaku..
Betapa lemah diriku ini..
Berat ujian dariMu..
Ku pasrahkan semua padaMu..

Tuhan.. Baru ku sedar..
Indah nikmat sihat itu..
Tak pandai aku bersyukur..
Kini ku harapkan cintaMu..

*Kata kata cinta, terucap indah..
Mengalir berzikir di kidung doaku..
Sakit yang ku rasa, biar jadi penawar dosaku..

Butir butir cinta air mataku..
Teringat semua yang Kau beri untukku..
Ampuni khilaf dan salah selama ini..
Ya Illahi..
Muhasabah cintaku..

Tuhan, kuatkan aku..
Lindungiku dari putus asa..
Jika, ku harus mati..
Pertemukan aku denganMu..

ulang *

p/s : Dengar lagu ni aku rasa tenang sangat.. :)


Wednesday, August 10, 2011

Sahabat, Bersabarlah..


Pelajar Malaysia, Asyraf Haziq Rosli, 20 (gambar atas), patah gigi dan cedera rahang selepas dipukul dan disamun sekumpulan perusuh di London, semalam. Gambar dirakam di Hospital Royal London. Turutan gambar di kanan dipetik dari YouTube menunjukkan: 1.Asyraf terduduk selepas dipukul perusuh. 2. Ketika Asyraf masih dalam keadaan kesakitan selepas diserang, seorang perusuh pura-pura cuba membantu Asyraf, manakala rakanya menyelongkar beg mangsa. 3. Lelaki itu merampas dompet dan telefon bimbit Asyraf yang disimpan dalam begnya.


Asyraf Haziq dalam perjalanan berbuka puasa disamun sekumpulan perusuh

LONDON: Seorang pelajar Malaysia, Asyraf Haziq Rosli cedera diserang dan disamun sekumpulan belia lelaki yang terbabit dalam rusuhan di sini petang kelmarin.

Ketika kejadian, Asyraf, 20, pelajar tahun pertama pengajian perakaunan tajaan MARA di Kolej Kaplan sedang menunggang basikal dengan rakannya untuk berbuka puasa di rumah rakan mereka. Beliau yang patah gigi dan bengkak pipinya dihantar ke Hospital Royal London untuk dibedah.
Kejadian berkenaan dirakam oleh orang awam dan video klip rakaman itu muncul dalam YouTube yang kemudian disiarkan oleh siaran berita Sky TV.

Rakaman itu menunjukkan Asyraf terduduk selepas diserang dengan mulutnya berdarah. Tidak lama selepas itu, sekumpulan pemuda datang membantunya sambil beberapa daripada mereka membuka beg yang dibawanya dan mencuri dompet serta telefon bimbitnya. Seorang pemuda kemudian dilihat meninggalkan tempat kejadian menunggang basikalnya.

Pengarah Mara di United Kingdom (UK), Dr Noorzaini Mohd Noor, berkata ibu bapa Asyraf sudah dimaklumkan kejadian itu dan pihaknya serta Jabatan Pelajar Malaysia di London sedang berusaha memindahkan pelajar yang tinggal di tempat dikenal pasti sebagai berbahaya diancam perusuh.

Sementara itu, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di UK, Datuk Zakaria Sulong, berkata setakat ini tidak ada pelajar atau rakyat Malaysia lain terbabit dalam rusuhan dan sudah menasihatkan mereka menjauhi tempat yang dianggap berbahaya bagi mengelak kejadian tidak diingini.

“Disebabkan rusuhan cepat merebak, kita akan mengeluarkan arahan dan nasihat dari semasa ke semasa,” katanya.
Seorang pegawai perhubungan polis di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London, Nik Aziz Nik Razak juga sudah meninjau keadaan.

Rusuhan bermula di London tiga hari lalu selepas seorang lelaki ditembak mati oleh polis di Tottenham, utara London dan merebak ke banyak bandar. Rusuhan turut berlaku di Bayswater yang menempatkan Malaysia Hall, tetapi hanya kejadian kecil berbanding di tempat lain.

Semalam, rusuhan menyaksikan kumpulan pemuda yang membakar dan mencuri, merebak ke bandar lain termasuk Birmingham, Liverpool. Bristol dan Manchester.

Sumber : Berita Harian Online


p/s : Tolong doakan kawan atul agar dia cepat sembuh dan semuanya berada dalam keadaan yang baik baik sahaja.. Asyraf Haziq adalah salah seorang kawan atul semasa di sekolah rendah.. Asyraf, semoga kau tabah menghadapi dugaan ini.. Aku kat sini hanya mampu doakan agar kau selamat di sana.. InsyaAllah.. AMIN..

Wordless Wednesday #7



Tuesday, August 9, 2011

Juadah Berbuka Hari Ini :)

Assalamualaikum semua. Selamat berbuka puasa semua! :)

Gambar kat bawah ni adalah menu berbuka atul pada puasa yang ke 9 ni. Hari ni korang berbuka apa ye ?? :)



Air soya yang atul beli minggu lepas. Tapi air ni basi dan tak bole minum waktu berbuka. Sakit hati! Da fobia nak minum air soya ni bila mengenangkan pengalaman minggu lepas. Sekarang ni da bertukar ke air Jagung. Sedap! :p

Gambar : Sendiri



Kenal tak ni apa ?? Okay, ni Akok. Sedap sangat. Rasanya semua kenal kot. Atul baru kenal Akok ni sejak duduk kat Kelantan. Jatuh cinta dengan Akok. Kalau nak rasa, pergi cari kat bazar. Hehe. :)

Gambar : Sendiri



Ni menu utama hari ni. Hari ni berbuka dengan Nasi Kukus Sigai sebenarnya. Tapi da tersalah upload gambar. Biar lah. Nasi Kukus pun lebih kurang Nasi Ayam je. Ada nasi + ayam. Tapi Nasi Kukus hari ni atul tambah dengan telur masin. Huhu. Yummy! :)

Gambar : Google



Gambar : Sendiri

Bubur lambuk yang atul beli kat kolej THO beberapa hari lepas. Tercapai jugak hajat nak makan bubur lambuk. Boleh tahan lah. Harga RM 2.00. Tapi kan tak cukup lah sebab bekas kecik sangat. Tak puas, okay! Nak bubur lambuk Kampung Baru!! =_=

Bulan puasa ni, bila berbuka je atul tak makan nasi dulu sebab nanti perut atul buat hal. So, atul berbuka makan kuih je dengan minum air. Then pergi Solat Terawih. Balik dari Solat Terawih, baru makan nasi. Perut atul pun okay. Tak buat hal. Hehe.

Lagi 1, bulan puasa ni, atul tak minum air sejuk pun. Semuanya air suam. Air soya suam, air jagung suam. No ice, please! My stomach is sensitive. So, terpaksa lah telan air liur tengok roomate berbuka minum air sejuk. Atul minum air suam je. Tapi rasanya itu lagi okay kan ?? :)

Okay lah. Nak bersiap siap untuk berbuka. Selamat berbuka! Jangan lupa Solat Terawaih! ^_^

Sunday, August 7, 2011

Jika Aku Jatuh Cinta..

Assalamaualaikum semua. Alhamdulillah, sudah 7 hari kita berpuasa. Tinggal lagi 3 minggu je kita semua akan menyambut Hari Raya. :)

Petang ni bukan lah atul nak bercerita tentang Hari Raya. Tetapi nak share dengan anda semua tentang luahan hati atul selama ni. Luahan hati atul ni hanya dapat digambarkan melalui video di bawah ni. Kalau nak tahu, jom layan video ni dan hayati lah video ni. :)



Alangkah indahnya hidup di saat kita telah selamat diijabkabulakan. InsyaAllah, 1 hari nanti aku pasti akan mengalami perkara yang sama seperti di atas ni. InsyaAllah, AMIN.. :)




Bismillahirahman ni rahim..

Ya ALLAH, jika aku jatuh cinta, cintakan lah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padamu..
Agar bertambah kekuatanku untuk menyintaimu..

Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati, izinkan lah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padamu agar tidak terjatuh aku dalam jurang nafsu..

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatimu..

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukan lah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu..

Ya ALLAH, jika aku menikmati cinta kekasihmu, jangan lah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu..

Ya ALLAH, jika aku jatuh hati kepada kekasihmu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadamu..

Ya ALLAH, jika KAU menghalalkan aku merindui kekasihmu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu..

AMIN.. Ya Rabbal Alamin..


Picture : Google
Video : Youtube

Saturday, August 6, 2011

Suasana Hari Raya :)

Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Haha. Terlalu awal ye untuk ucap Selamat Hari Raya sebab baru beberapa hari je puasa. Tapi memang tak sabar sangat nak sambut Hari Raya. Hehe. Sabar atul, sabar. :p

Okay, entri kali ni nak cerita share dengan anda semua lagu raya yang menjadi kegemaran atul bila tibanya hari raya. Lagu apa lagi kalau bukan Suasana Hari Raya dendangan Anuar Zain dan Ellina. Lagu ni memang best sangat. Bila tibanya hari raya, lagu ni akan menjadi ringtone untuk phone atul. :)

Okay, jom layan lagu ni. Biar lah lambat lagi pun nak raya. Jom kita layan! :)




Lirik :

(Anuar)

Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

(Ellina)
Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa

(*)
(Anuar)
Kuih dan muih beranika macam
Makanlah jangan hanya di pandang
(Ellina)
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi

(**)
(Anuar)
Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman
(Ellina)
Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak di beri

(Anuar & Ellina)
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

(Ulang * & **)


Lirik : liriklagu.net

Menu Berbuka Hari Ini :)

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, hari ni hari ke 6 kita semua berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ini. Alhamdulillah, masih lagi diberi kekuatan untuk meneruskan puasa dengan sebaiknya.

Entri kali ni nak share dengan anda semua menu berbuka atul untuk hari ni. Rasa macam awal je lagi kan nak share ?? Tapi tak ape lah. Nak share jugak. :p

Semalam da cerita pasal menu lain, hari ni menu lain pulak. Menu kegemaran atul di bulan puasa iaitu bubur lambuk. Rasanya semua orang pun suka makan bubur lambuk ni kan ?? Bukan atul sorang je. Rasanya memang YUMMY! Sedap sangat. :)




Picture : Google.

Sepanjang puasa ni atul tak pergi lagi bazar di Machang. Malas nak pergi sebab jauh + duit tambang. Hehe. Bazar di Medan Ilmu, tak ada pulak yang jual bubur lambuk. Semalam kawan atul cakap, dekat kolej Tun Hussein Onn (THO) ada jual bubur lambuk. Yeay! Ada jugak peluang nak makan bubur lambuk. Alhamdulillah, kejap lagi atul akan pergi beli dekat kolej THO. Harap harap ada dan tak habis! :)

Kalau ada kat rumah sekarang ni, cakap je dengan abah nak makan bubur lambuk, abah mesti beli sebab dia tahu anak dia ni suka makan bubur lambuk. Kalau tak silap, abah akan beli bubur lambuk dekat Kampung Baru. Kalau tak silap lah. Tapi sayangnya, atul tak ada kat rumah. Terpaksa lah cari sendiri.

Okay lah. Selamat Berbuka semua! Jangan makan banyak sangat ye dan jangan lupa menunaikan solat Sunat Terawih. InsyaAllah.

Salam sayang dari atul. :)

Friday, August 5, 2011

Menu Kegemaran Di Bulan Puasa :)

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, da hampir 5 hari kita semua menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan yang mulia ni. Diharapkan kita semua dapat meneruskan ibadah puasa pada kali ni dengan baik dan lancar. AMIN.

Okay, bercerita pasal menu di bulan puasa ni, atul rasa semua orang ada menu kegemaran masing masing kan ?? Bila bulan puasa je, macam macam makanan yang kita nak, semua ada. Kalau boleh, nak beli semua sekali. Tapi ingat lah, takkan habis punya! Bila da berbuka, kita akan makan sikit je. Itu pun tak tentu habis. Bak kata orang, nafsu semata mata. Masa ni lah kita nak jimat. So, fikir lah sebelum membeli.

Tahun ni tahun ketiga atul berpuasa di Kelantan. Berbuka dan bersahur dengan roomate dan kawan kawan. Menu yang selalu atul beli untuk berbuka, menu yang paling ringkas, murah dan sedap. Kalau da tak tahu nak beli apa, atul akan beli Nasi Ayam atau Nasi Kukus. 2 menu ni lah yang akan menjadi santapan atul bila masuknya awaktu berbuka. Bukan sahaja di bulan Ramadhan, bulan lain pun, menu ni jugak lah mendai pilihan hati. Lagi lagi Nasi Kukus. Memang mantap! Nasi Kukus dan Nasi Ayam ni atul akan beli di Sigai. Sigai ialah tempat di mana student UiTM Machang boleh mendapatkan makanan setiap hari selain cafe. Kalau siapa yang nak rasa Nasi Kukus dan Nasi Ayam Sigai, datang lah UiTM Machang. Tak rugi! :)



Ini lah juadah pilihan atul. Nasi Ayam. Tapi ni bukan Nasi Ayam Sigai.



Ini pun salah satu juadah berbuka yang menjadi pilihan atul, iaitu Murtabak. Sedapnya kalau dapat makan murtabak ni. Setakat ni tak dapat makan lagi sebab tak berkesempatan untuk ke bazar Ramadhan. Tengok lah nanti kalau ada rezeki. Akan ku serang bazar Ramadhan untuk mencari murtabak. 1 tak cukup! :)


Ini lah Nasi Kukus yang menjadi menu utama ketika berbuka puasa. Ini bukan Nasi Kukus Sigai ye. Nasi Kukus Sigai yang atul suka sangat makan ni adalah disebabkan oleh kuah nya yang sedap dan menyelerakan. Kalau Nasi Kukus yang atul beli kat KL, tak sama rasanya. Totally different! Harga lagi lah totally different. Kat KL, kalau tak sila RM 5.50. Kalau kat Sigai, RM 3.50 je. Da lah sedap, memuaskan. Memang mantap! I LIKE! :)




Ni pulak air kegemaran waktu berbuka puasa. Air Soya. Masa first puasa da beli air ni. Masa hari biasa, tak terasa pun nak minum air Soya ni. Time puasa ni, tekak ni seleranya air Soya je. So far, setiap hari berbuka, memang dengan air Soya. Sedap! Semuanya sedap. Bab makan, memang SEDAP!

Setakat ni hanya menu di atas yang atul makan sewaktu berbuka. Tunggu lah tak lama lagi. Nanti nak pergi bazar Ramadhan, nak cari Nasi Dagang dan murtabak. Nasi Kerabu memang takkan menjadi pilihan atul sebab tekak ni tak boleh nak terima Nasi Kerabu. Hehe. :p

Juadah berbuka korang apa pulak ?? Share lah dengan atul. Sharing is caring, right ?? Hehe. Jumpa lagi. Selamat Berpuasa. Puasa jangan tak puasa ye! :)


p/s : Tak sabar nak balik rumah. Nak berbuka puasa dengan family pulak. :)

Picture : Credit to Google.

Thursday, August 4, 2011

Spontaneous Thursday #6

Setiap manusia dilahirkan berpasang-pasangan.. Jadi, jangan lah anda risau jika anda masih lagi tidak mempunyai pasangan kerana ALLAH SWT telah menentukan pasangan yang terbaik untuk anda.. :)

Apa itu Spontaneous Thursday ?? Klik SINI.
Join Facebook Spontaneous Thursday. Klik SINI.
Daisypath Happy Birthday tickers
© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: