HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Tuesday, August 16, 2011

Doakan Adik Saya Sembuh..

Assalamualaikum semua..

Entri kali ni nak mintak tolong dengan anda semua agar mendoakan agar adik atul, Nur Ain supaya kesihatannya kembali pulih seperti biasa.. Untuk makluman anda semua, adik atul dimasukkan ke wad Hospital Ampang pada Ahad lepas akibat suspek denggi..

Adik atul demam dan mama atul cakap dia tak boleh nak makan.. Kalau makan, mesti muntah.. Keadaan berlarutan sehingga beberapa hari.. Mama dengan abah bawak pergi klinik tapi doktor suruh bawak pergi Hospital Ampang akibat demam yang terlalu kuat iaitu 39 Celcius..

Pagi tadi mama cakap demam dia naik hingga ke 40 Celcius.. Takut sangat bila dengar mama cakap macam tu.. Demam dia tak turun turun pun.. Makan pun tak lalu.. Sekarang ni mama yang jaga dia kat hospital.. Atul nak tolong jaga pun, atul tak ada kat sana.. Atul kat sini hanya mampu berdoa sahaja.. Mudah mudahan semuanya baik baik lah hendaknya..

Harap semua dapat doakan kesihatan adik atul.. Supaya dia cepat sembuh dan kembali seperti biasa.. InsyaAllah, AMIN..


p/s : Dugaan di bulan Ramadhan..

2 comments:

  1. semoga adek awak sembuh secepat mungkin :). amin

    mohon share,

    http://mywithoutreasonii.blogspot.com/2011/08/aku-cuma-nak-kau-tolong-kelik-bukan.html

    ReplyDelete
  2. semoga nur ain cepat sembuh..amin..

    ReplyDelete

Terima kasih. :)

Daisypath Happy Birthday tickers
© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: