HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Tuesday, August 30, 2011

Salam Lebaran! :)

Assalamualaikum semua. Selamat Hari Raya! :D

Alhamdulillah, setelah sebulan kita berpuasa, kini tiba masanya kita meraikannya dengan menyambut lebaran yang mulia ini. Mudah mudahan kita semua akan bertemu dengan Ramadhan akan datang. InsyaAllah. :)



Di kesempatan ini, saya, Rabiatul Adawiyah Bt Abd Rahim, ingin menyusun sepuluh jari, memohon ampun dan maaf jika ada tersalah kata, tersilap bicara atau terlanjur kata. Seribu keampunan ku pohon di hari yang mulia ini. 0-0 ye?? :D

Kepada KELUARGA tersayang, mama, abah, ain, ayong dan yang lain lain, angah nak mintak maaf kalau angah ada buat salah dengan korang semua. Perkara biasa lah tu kan?? Maafkan angah ye?? :)

Kepada KAWAN KAWAN di Sekolah Kebangsaan Ampang (1998-2003), Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Ahmad Razali (2004-2008) dan KAWAN KAWAN serta PENSYARAH di UiTM Machang, Kelantan, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. I love Kelantan! :D

Kepada pembaca blog atul, ampun dan maaf kalau selama ni entri entri yang atul tulis ada ayat ayat yang tak sepatutnya atau ada ayat ayat yang terguris hati anda semua, atul mintak maaf ye?? Maafkan atul taw. Teruskan membaca blog atul yang tak seberapa ni. TQ so much! :D

Kepada BAKAL YANG TERSAYANG, Selamat Hari Raya! :D *tahun ke 5 beraya tanpa kekasih hati. :p

Sekali lagi, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir dan batin. Ingat, raya tetap raya. Kesihatan tu jangan lah sesekali dilupakan. Jangan makan terlalu banyak. Kawal pemakanan ye. Nanti tak pasal pasal dapat penyakit. Hehe. Kepada yang balik kampung tu, berhati hati di jalan raya. Ingat lah orang yang tersayang. Ingat, kepulangan kita dinanti, bukan ditangisi.

Okay lah, panjang pulak ucapan raya atul ni. TQ! :)

Till then~


RAAR :Esok balik Perak. Doakan atul selamat sampai ke destinasi yang dituju. InsyaAllah. :)

4 comments:

  1. mek..salam aidilfitri..hehehe..

    ReplyDelete
  2. Salam kenal...
    selamat hari raya..
    hope..hav a nice day today..

    ReplyDelete
  3. salam lebaran jugak..

    ary nak jemput awak ni.. tuk dgr lagu raya ciptaan ary.. harap sudi ye..

    http://ariasputera.blogspot.com/2011/08/salam-lebaran-buat-semua-ary-dendangkan.html

    ReplyDelete
  4. Salam ukhuwah,
    Salam Aidilfitri,
    Salam Kemerdekaan.

    Di bulan mulia, Syawal ini saya mengambil
    kesempatan menyusun jari memohon maaf
    kiranya ada salah dan silap yang mengguris
    hati.. Salam kemaafan;

    - ahsfantasy24.com.

    ReplyDelete

Terima kasih. :)

© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: