HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Saturday, August 6, 2011

Suasana Hari Raya :)

Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Haha. Terlalu awal ye untuk ucap Selamat Hari Raya sebab baru beberapa hari je puasa. Tapi memang tak sabar sangat nak sambut Hari Raya. Hehe. Sabar atul, sabar. :p

Okay, entri kali ni nak cerita share dengan anda semua lagu raya yang menjadi kegemaran atul bila tibanya hari raya. Lagu apa lagi kalau bukan Suasana Hari Raya dendangan Anuar Zain dan Ellina. Lagu ni memang best sangat. Bila tibanya hari raya, lagu ni akan menjadi ringtone untuk phone atul. :)

Okay, jom layan lagu ni. Biar lah lambat lagi pun nak raya. Jom kita layan! :)




Lirik :

(Anuar)

Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

(Ellina)
Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa

(*)
(Anuar)
Kuih dan muih beranika macam
Makanlah jangan hanya di pandang
(Ellina)
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi

(**)
(Anuar)
Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman
(Ellina)
Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak di beri

(Anuar & Ellina)
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

(Ulang * & **)


Lirik : liriklagu.net

No comments:

Post a Comment

Terima kasih. :)

© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: