Assalamualaikum semua. Okay, seperti yang dijanjikan pada entri lepas, atul nak story sikit pasal majlis berbuka puasa bersama rakan sekelas atul, DIAC1105D di Restoran E-rup Sup, Machang. Di bawah ni antara gambar gambar yang sempat diambil pada majlis tersebut. Puasa kali ni adalah puasa terakhir atul berpuasa di Machang. Lepas ni tak dapat lah berbuka dengan mereka semua lagi. So, kami semua manfaatkan Ramadhan kali ni dengan majlis berbuka puasa di Restoran E-rup Sup pada 23/8/2011 yang lepas. :D
Lauk yang telah habis selepas 15 minit.. Masing masing lapar kan.. Semua makanan yang budak budak lelaki tempah, ternyata tidak menghampakan.. Yang pentingnya, atul kenyang! Alhamdulillah.. :)
Tak sah kalau tak ada gambar tuan empunya blog.. Atul with Syamira Aisyah.. Lelaki di sebelahnya itu adalah Qayyim, bakal suaminya.. Hehe.. :D
My best friend ever, Ziela dan Yanie.. Ziela dah berpunya.. Yanie belum lagi.. Hehe.. Jangan marah yanie.. :p
Sementara menunggu waktu berbuka puasa.. Hujan lebat sangat pada waktu tu.. Tapi kami tetap bersabar.. :)
Lelaki lelaki macho di kelas atul.. Tapi maaf lah ye.. Hampir kesemua mereka telah berpunya.. Yelah, semuanya macho sangat kan.. Yang penting, mereka memang baik! :D
Antara makanan yang disediakan, tom yam campur, ayam bakar, daging masak apa entah, ikan pun tak tahu masak apa, sayur campur, sambal belacan dan air oren.. Nasi putih budak lelaki bawak lebih dari rumah sebab takut tak cukup.. Dan ternyata memang tak cukup dan nasi lebih yang dibawa habis dimakan oleh kami semua.. Lapar! Hehe..
Alhamdulillah, atul berpuas hati dan kenangan berbuka puasa ni akan atul kenang sampai bila bila.. Terima kasih kawan kawan.. Korang semua memang terbaik.. Love all of you..
Till then~
RAAR : Thah, sori gambar anda tiada.. Andakan photographer malam tu.. Hehe.. :)
Alhamdulillah, atul berpuas hati dan kenangan berbuka puasa ni akan atul kenang sampai bila bila.. Terima kasih kawan kawan.. Korang semua memang terbaik.. Love all of you..
Till then~
RAAR : Thah, sori gambar anda tiada.. Andakan photographer malam tu.. Hehe.. :)
No comments:
Post a Comment
Terima kasih. :)