HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Friday, August 5, 2011

Menu Kegemaran Di Bulan Puasa :)

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, da hampir 5 hari kita semua menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan yang mulia ni. Diharapkan kita semua dapat meneruskan ibadah puasa pada kali ni dengan baik dan lancar. AMIN.

Okay, bercerita pasal menu di bulan puasa ni, atul rasa semua orang ada menu kegemaran masing masing kan ?? Bila bulan puasa je, macam macam makanan yang kita nak, semua ada. Kalau boleh, nak beli semua sekali. Tapi ingat lah, takkan habis punya! Bila da berbuka, kita akan makan sikit je. Itu pun tak tentu habis. Bak kata orang, nafsu semata mata. Masa ni lah kita nak jimat. So, fikir lah sebelum membeli.

Tahun ni tahun ketiga atul berpuasa di Kelantan. Berbuka dan bersahur dengan roomate dan kawan kawan. Menu yang selalu atul beli untuk berbuka, menu yang paling ringkas, murah dan sedap. Kalau da tak tahu nak beli apa, atul akan beli Nasi Ayam atau Nasi Kukus. 2 menu ni lah yang akan menjadi santapan atul bila masuknya awaktu berbuka. Bukan sahaja di bulan Ramadhan, bulan lain pun, menu ni jugak lah mendai pilihan hati. Lagi lagi Nasi Kukus. Memang mantap! Nasi Kukus dan Nasi Ayam ni atul akan beli di Sigai. Sigai ialah tempat di mana student UiTM Machang boleh mendapatkan makanan setiap hari selain cafe. Kalau siapa yang nak rasa Nasi Kukus dan Nasi Ayam Sigai, datang lah UiTM Machang. Tak rugi! :)



Ini lah juadah pilihan atul. Nasi Ayam. Tapi ni bukan Nasi Ayam Sigai.



Ini pun salah satu juadah berbuka yang menjadi pilihan atul, iaitu Murtabak. Sedapnya kalau dapat makan murtabak ni. Setakat ni tak dapat makan lagi sebab tak berkesempatan untuk ke bazar Ramadhan. Tengok lah nanti kalau ada rezeki. Akan ku serang bazar Ramadhan untuk mencari murtabak. 1 tak cukup! :)


Ini lah Nasi Kukus yang menjadi menu utama ketika berbuka puasa. Ini bukan Nasi Kukus Sigai ye. Nasi Kukus Sigai yang atul suka sangat makan ni adalah disebabkan oleh kuah nya yang sedap dan menyelerakan. Kalau Nasi Kukus yang atul beli kat KL, tak sama rasanya. Totally different! Harga lagi lah totally different. Kat KL, kalau tak sila RM 5.50. Kalau kat Sigai, RM 3.50 je. Da lah sedap, memuaskan. Memang mantap! I LIKE! :)




Ni pulak air kegemaran waktu berbuka puasa. Air Soya. Masa first puasa da beli air ni. Masa hari biasa, tak terasa pun nak minum air Soya ni. Time puasa ni, tekak ni seleranya air Soya je. So far, setiap hari berbuka, memang dengan air Soya. Sedap! Semuanya sedap. Bab makan, memang SEDAP!

Setakat ni hanya menu di atas yang atul makan sewaktu berbuka. Tunggu lah tak lama lagi. Nanti nak pergi bazar Ramadhan, nak cari Nasi Dagang dan murtabak. Nasi Kerabu memang takkan menjadi pilihan atul sebab tekak ni tak boleh nak terima Nasi Kerabu. Hehe. :p

Juadah berbuka korang apa pulak ?? Share lah dengan atul. Sharing is caring, right ?? Hehe. Jumpa lagi. Selamat Berpuasa. Puasa jangan tak puasa ye! :)


p/s : Tak sabar nak balik rumah. Nak berbuka puasa dengan family pulak. :)

Picture : Credit to Google.

6 comments:

  1. hihi. menu kegemaran kita sama!
    nasi ayam. murtabak. soya!.


    jum baca gosip APEK

    http://owlkieranaa.blogspot.com/2011/08/gosip-kfcm-lagi-tak-habes-lagi-ae.html

    ReplyDelete
  2. mmg asyik lah tgk itu nasik ayam....emmm, kena buat lah....emmm satu lagi ayer soya, kat mumbai xde...aritu siap buat sendiri...jenuhhhhhhh

    ReplyDelete
  3. sedapnya,nasib baik dah kenyang berbuka...

    ReplyDelete
  4. murtabak! murtabak!hehe selamat berpuase:P

    ReplyDelete
  5. nasi kukus sigai mmg terbaik & akan sentiasa sy ingati..kuah+sambal tu yg paling best..pedas yg sgt best. Rindu nak lepak sigai. - AD118,batch 2005-

    ReplyDelete

Terima kasih. :)

Daisypath Happy Birthday tickers
© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: