HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Saturday, September 3, 2011

Yeay! Aku Dapat Duit Raya Lagi :D

Assalamualaikum semua. :)


Dalam sampul di atas, ada duit raya ye. Duit raya aku yang bernilai RM50 ++.. :D
Ada sesiapa nak tambah lagi ?? :p


Okay, hari ni nak bercerita sikit pasal duit raya. Raya kali ni happy sangat sangat sebab aku masih lagi dapat duit raya. Mana taknya, tahun tahun lepas, bukan main susah aku nak dapat duit raya. Tahun lepas lagi sedih. Sikit je. Alhamdulillah, dapat lah jugak. Raya tahun ni sangat memberangsangkan. Walaupun tak banyak mana, tapi aku bangga sebab aku masih dapat duit raya. Boleh lah nak buat belanja beli barang nak balik UiTM ni. Hehe. :D

Dari kecik lagi, aku memang tak dapat banyak duit raya. Jealous sangat dengan kawan kawan sebab bila pergi sekolah, diaorang mesti cerita yang diaorang dapat duit raya beratus ratus ringgit! Aku?? HAHA. Tak sampai seratus pun! Aku paling jealus kat kawan aku, Asma. Dia lah yang paling kaya time raya. Kalau tanya je, tak sah jawapan dia ratusan ringgit. Tak pernah lah dengar puluh puluh ringgit, mesti ratus ratus. Dah tu bukan nak belanja aku. Apa punya kawan, HAHA. Sori Asma! :D

Sekarang ni aku makin dewasa. Terima lah hakikat yang aku takkan terima da duit raya. Aku kena bagi duit raya adalah. Lagi lagi anak sedara aku akan bertambah tahun depan. So, kena prepare duit raya banyak banyak. Baru anak sedara aku sayang aku lebih. Tak gitu, Fifi, Haikal?? :p

Apa apa pun, betulkan niat kita nak beraya. Hari raya hari untuk bermaaf maafan. Duit raya adalah 1 bonus. Kalau dapat, Alhamdulillah. Kalau tak dapat, tak apa lah. Tak gitu ?? :)

Okay lah. Sampai sini dulu. Nanti kita story story lagi ye. Yang nak duit raya dari aku, tunggu raya tahun depan. Sebab tahun depan baru aku kerja. Tahun ni tak ada lagi ye. HEHE. :D

Till then~


RAAR : Baru sampai dari Perak semalam. Esok da nak balik Machang~



2 comments:

  1. wahh.. dapat duet raya?? leh shopink la...

    jgn lupa follow saya..http://frhadilah.blogspot.com/

    ReplyDelete

Terima kasih. :)

© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: