HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Thursday, June 30, 2011

Spontaneous Thursday #2

Saya Suka DIA! :)


Apa itu Spontaneous Thursday??
Click HERE :)

FB Spontaneous Thursday : Click HERE..

Wednesday, June 29, 2011

Wordless Wednesday #2 - I Am So Busy!


Sunday, June 26, 2011

Churp Churp Yang Baik Hati :)


Klik SINI untuk mendaftar :)

Entri ni khas untuk Churp Churp sebab Churp Churp ni baik sangat.. Dia selalu bagi banyak iklan untuk blog atul ni.. Dan alhamdulillah earning pun semakin bertambah dari semasa ke semasa.. Thank you so much, Churp Churp.. :) Harap lepas ni, Churp Churp bole lah bagi banyak lagi iklan untuk blog atul ni.. ^_^

Churp Churp dan Nuffnang adalah pendapatan sampingan.. Atul berblog kerana minat.. Dulu tak tahu pun bole pasang iklan kat blog dan dapat duit.. Nak dekat 1 tahun berblog, baru lah pasang iklan.. Niat atul berblog bukan kerana duit semata mata.. Duit lain cerita.. Kalau dapat, alhamdulillah.. Kalau tak, tak apa lah.. Sebab niat utama adalah kerana minat.. Tapi atul bersyukur sebab dengan berblog, adalah sikit duit hasil dari Nuffnang dan Churp Churp ni.. Walaupun tak pernah cashout lagi, tak apa.. Kerana atul dapat kepuasan dengan berblog ni.. Blogger lain mungkin da cashout banyak kali.. Cemburu taw! HAHA.. Tak apa lah.. Rezeki mereka.. Kita cuma ingat apa niat utama kita berblog sebenarnya.. :)

p/s : Thank you Churp Churp dan Nuffnang.. :)
*Kalau boleh cashout duit nanti, nak belikan hadiah untuk mama.. :)

Saturday, June 25, 2011

" Bang , jom g jalan jalan "

Nak join ?? Klik header atau klik SINI.. :)

SEPAH, JOZAN, TERBAIK! :)

Tahniah Kumpulan Sepah di atas kemenangan mereka semalam.. Persembahan mereka memang terbaik dan best sangat.. Yang penting, aku terhibur.. :) Tahniah Sepah, Maharaja Lawak 2011.. ^_^

Yang paling best, Dafi ada masa persembahan Sepah.. Aku minat Dafi, okay! Baik punyaaaa!!! :)


Kumpulan Jozan pun tak kurang hebatnya.. Naib Johan Maharaja Lawak 2011.. Membawa pulang hadiah bernilai RM250 K.. Aku ingatkan Jozan juara Maharaja Lawak.. Sekali dapat mesej dari adik aku, dia cakap Sepah juara.. Aku tak kisah sebenarnya sebab aku sokong Jozan dan Sepah.. Walaupun Jozan tak jadi juara, mereka juara di hati aku.. Hehe.. :)

Aku dah tengok video Maharaja Lawak semalam.. Yelah, tak dapat tengok secara LIVE kan.. Terpaksa aku download dekat SINI.. :) Memang tak dinafikan Sepah patut menjadi juara.. Sebab apa?? Persembahan mereka semalam, kedua-duanya menghiburkan.. Kumpulan Jozan pulak, bagi aku okay tapi ada yang kurang sikit.. Tak tahu mana silapnya.. Apa apa pun, mereka da buat yang terbaik.. Dan yang paling penting, semua dapa hadiah kan?? Adil!

Tahniah kepada semua peserta.. Anda semua yang terbaik! Sebab anda da sampai ke final.. Anda semua adalah pemenang.. Maharaja Lawak da habis.. Lepas ni mesti boring kan?? Hehe.. Akan merindui Maharaja Lawak.. :)

PEACE YOO!!


p/s : Tahniah juga kepada Nabil dan Jambu :)
Picture credit to : Google..

Friday, June 24, 2011

Aku Tahu Da Lambat.. Tapi Aku Nak Wish Jugak!


Walaupun Hari Bapa da pun berlalu pada 19 Jun yang lepas, tapi bagi aku masih sempat lagi untuk aku ucapkan Selamat Hari Bapa pada abah aku, Encik Abd Rahim Bin Mohamed.. Bagi aku, setiap hari adalah Hari Bapa.. Dan setiap hari juga adalah Hari Ibu.. :)

Bila da berjauhan dengan keluarga ni, baru aku tahu erti kasih sayang seorang abah bagi aku.. Abah sanggup berkorban apa sahaja untuk aku.. Apa yang tak cukup, abah lengkapkan.. Apa yang aku nak, abah tunaikan.. Dengan harapan aku berjaya dalam kehidupan aku.. Besar sangat pengorbanan abah pada aku.. Dia sanggup berhabis duit semata mata ingin melihat aku berjaya..

Tapi apa yang aku bagi pada abah aku untuk melihat abah aku gembira?? Aku tak mampu untuk memberikan apa apa pada abah aku sebagai balasannya.. Hanya kejayaan aku yang aku mampu berikan.. Walaupun keputusan exam aku tidak lah sehebat mana, tapi abah tak pernah marah aku.. Bagi dia, cukup lah dengan kejayaan aku ke menara gading..

'Abah tak marah angah.. Bagi abah, angah yang terbaik.. Angah da berusa bersungguh sungguh.. Apa jua result angah, abah sangat bengga kerana keinginan angah untuk belajar tak pernah pudar dan terhenti.. Cuma apa yang abah nak pesan, jangan takut.. Seperti mana askar yang pergi berperang, tentunya persiapan dan latihan yang rapi telah ada.. Teknik dan taktik itu telah ada, targetnya tentu tepat..Tapi jika kita ada perasaan takut, gementar, tentulah pedang yang kita hunuskan tak menepati sasaran.. Jangan menangis kerana itu kelemahan yang besar.. Cuba lagi dan buat yang terbaik.. Abah cuma bole doakan.. Bagi abah, angah sudah penuhi impian abah dan kalau ianya lebih lagi, itu adalah 1 bonus untuk abah..'

Angah akan sentiasa ingat pesanan abah ni.. Terima kasih abah sebab abah adalah abah yang terbaik sekali kat dunia ni.. Angah sayang sangat sangat kat abah.. :) Doa angah agar abah dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, berbahagia di samping keluarga tersayang..

Angah nak minta maaf kalau ada kekurangan dari diri angah.. Angah akan terus lakukan yang terbaik demi memnenuhi impian abah untuk melihat angah berjaya.. Angah minta maaf juga kalau angah ada termarah abah, atau saja angah marah abah.. Angah tahu angah pernah marah abah dan angah minta maaf sangat sangat.. Maafkan angah ye abah??

SELAMAT HARI BAPA, ABAH! :)


p/s : Kalau abah baca ni, agak agak dia menangis tak ??

Thursday, June 23, 2011

Spontaneous Thursday #1

I AM SO SORRY!

-Kepada yang mengenali diri ini, ribuan ampun dan maaf dipinta andai diri ini ada melakukan kesalahan sepanjang perkenalan kita..


mood : tension..

"SEGMEN : Ady Budika Nak Kasi Ole-Ole Dari London"


Klik header untuk join.. :)

Assalamualaikum dan selamat malam.. Hari ni tak tahu nak cerita apa.. So, tadi tengah singgah di blog Kak Sunah, ada GA yang dianjurkan oleh Abang Ady Budika.. So, sebelum nak sambung study kejap lagi, nak join dulu GA ni.. :)

Dalam entri ni, atul kena jelaskan macam mana atul boleh terjumpa blog adybudika.com ni.. So, kalau nak tahu, atul jumpa blog Abang Ady ni dekat blog Abang Ben Ashaari.. Adalah 1 hari tu, dalam entri Abang Ben, ada nama Ady Budika je.. So, sebab nak tahu apa yang best sangat pasal Abang Ady ni lah atul pun klik link tersebut dan dari situ lah atul jumpa blog Abang Ady.. :)

Okay, da siap.. Terima kasih :)


p/s : Jom study! ^_^

Wednesday, June 22, 2011

Tiga Bulan Menunggu Dan Akhirnya... :)


Alhamdulillah.. Akhirnya penantian aku berakhir.. Thanks lah kepada Nuffnang sebab masih lagi bagi BE untuk blog aku ni.. Walaupun tak banyak, tapi dapat jugak ye.. Thank you so much.. :)

Da tiga bulan aku menunggu BE ni dari Nuffnang.. Ingatkan da lupa kat aku.. Tapi ternyata, blog aku ni Nuffnang masih ingat lagi.. Thanks jugak kepada pengunjung blog yang tak seberapa ni.. Tanpa kalian, blog ini tidak kemana.. Hehe.. *selalu lah datang blog ni ye..up traffic blog ni..maceh! :)

Harap Nuffnang akan bagi banyak lagi BE kat blog aku ni.. Dan banyakkan lagi iklan kat blog aku ni.. :) Aku masih setia denganmu wahai Nuffnang! ^_^


p/s : Berkongsi kegembiraan.. :) Terima kasih sudi baca.. Datang lagi ye.. ^_^

Wordless Wednesday #1


Mood : Peace! :)

*Photo by Photobucket..

Saturday, June 18, 2011

Mas Ahmad Safwan Ajak Masuk BLOGLIST


Nak join ?? Klik header di atas ni :)

Assalamualaikum semua.. Atul nak join bloglist oleh adik Mas Ahmad Safwan ni.. :)

Atul da lama follow blog adik Mas ni dan da lama LIKE page Mas Ahmad Safwan.. ^_^

Kenapa ye nak join bloglist adik Mas ni ??

*Sebab nak menambahkan lagi kenalan dan nak merapatkan lagi hubungan antara blogger.. :)

Yang di tag dan wajib join :

Miera

Follower atul yang lain pun, wajib join jugak taw.. Cepat join!!!

Nama BLOG : This Is Me
Url BLOG : http://rabiatul-adawiyahcute.blogspot.com/

Okay, done! Nak join, klik SINI.. :)

Keputusan Aku Muktamad!

Aku da buat keputusan muktamad.. Keputusan apa ??
Tunggu lah entri yang seterusnya..

Kawan kawan.. Doakan yang terbaik untuk atul ye..
Doakan agar keputusan atul ni diterima dan doakan atul tabah dalam mengharungi hidup ni ye..
Terima kasih kawan kawan.. ^_^


p/s : Saat ni hati aku sungguh tak tenang.. Ya Allah, permudahkan segalanya.. AMIN..

Friday, June 17, 2011

Happy Birthday Fifi! :)

Nur Ainin Shafiya Bt Mohd Fairuz.. :)

Boleh panggil saya, fifi.. ^_^

Ni gambar terbaru.. Suka sangat gambar ni.. :)

Alhamdulillah, hari ni genap umur fifi 4 tahun.. Rasa macam dia baru je lahir semalam.. Hehe.. Tengok tengok, da 4 tahun.. Syukur sangat sangat sebab dia membesar dengan sihatnya.. Dan dia semakin comel..

Fifi pun semakin petah berkata kata.. Dia jugak budak paling nakal.. Nakal nakal dia pun, aku sayang dia taw.. Biasa lah budak budak kecik kalau nakal.. Kalau dia tak datang rumah tu, rasa sunyi sangat.. Kira dia dengan haikal lah penyeri rumah aku.. :)

Kalau aku call mama, mesti aku akan cakap dengan dia.. Soalan pertama yang dia akan tanya, 'Mak ngah, mak ngah kat mana??'.. Then dia tanya, ' Bila mak ngah nak balik sini??'.. Rasa sedih je bila dia cakap macam tu.. Yelah, dia kan rapat dengan aku.. So, bila aku tak ada, mesti dia terasa kan..

Fifi, nanti mak ngah balik ye.. Mak ngah pun rindu sangat kat fifi.. Rindu dengan kenakalan fifi dan rindu sangat nak dengar fifi nangis.. Hehe.. Tunggu mak nagh balik taw..

Fifi, happy birthday ye.. Harap fifi akan menjadi anak yang solehah, budak yang pandai dan jangan nakal nakal ye.. Jangan selalu suruh atok dukung fifi.. Fifi da besar.. Ingat taw..

14 Julai ni mak ngah balik.. Fifi tunggu ye.. Mak ngah sayang fifi! :)


p/s : Terlalu merindui fifi dan haikal.. :'(

Wednesday, June 15, 2011

First Time Dapat Hadiah Dari Blog :)


Assalamualaikum dan selamat petang.. :)

Tajuk entri hari ni, 'first time dapat hadiah dari blog'.. Alhamdulillah, rezeki atul.. Untuk pengetahuan semua, atul adalah pemenang Giveaway yang dianjurkan oleh Kak Myzatul Akma pada bulan lepas.. Kalau tak ingat, klik SINI untuk tengok entri yang atul join Giveaway tersebut.. :)

Gambar kat atas tu adalah hadiahnya.. Thank you so much to Kak My for the present.. I LOVE IT SO MUCH.. Thanks sangat sangat sebab pilih atul sebagai pemenang.. First time dapat hadiah sebab join Giveaway kat blog ni.. EXCITED sikit.. Hehe..

Hadiah tu diposkan ke rumah atul.. Baru sampai semalam.. Atul tak dapat tengok hadiah tu sebab sekarang atul kat Kelantan.. So, atul pun suruh kakak atul tangkap gambar tu dan upload kat facebook.. Hehe.. Tak apa kan Kak My?? Tak sabar nak tengok hadiah tu sebenarnya.. Sebab tu suruh akak atul buat macam tu.. :)

Okay lah.. Itu sahaja yang nak dikongsikan pada hari ni.. Thanks kepada Kak My.. Sayang Kak My! :)

Thanks jugak pada anda yang sudi membaca.. Da baca, jangan lupa komen ye.. Hehe.. (:

Monday, June 13, 2011

Maafkan Angah Ye Mama :(


Mama, angah mintak maaf sebab sejak balik UiTM ni, angah selalu menangis.. Angah call mama pun mesti menangis.. Cakap kat mama yang angah nak balik lah.. Angah mintak maaf ye..

Angah bukan saja saja nak menangis.. Tapi angah tak tahu kenapa sejak balik UiTM ni, hati angah jadi sedih je.. Asyik nak menangis, teringat kat rumah je.. Seriously, angah da tak sanggup nak berjauhan dengan mama, abah dan semuanya.. Mama tak faham angah.. Mama pun tahu kan angah memang tak pernah jauh dari family.. Angah sambung study kat Kelantan ni pun sebab mama dan abah.. Kalau bukan sebab mama dan abah, da lama da angah sambung study dekat dengan rumah je..

Mama tak tahu macam mana perasaan berpisah dengan orang yang kita sayang.. Seksa mama.. Seksa! Keadaan angah macam ni sedikit sebanyak mengganggu angah.. Angah memang tak nak macam ni.. Sebab nanti bagi kesan pada pelajaran angah.. Angah tak nak macam ni.. Yang angah nak, angah nak sambung study dekat kawasan Selangor.. Bukan luar dari Selangor.. Kalau boleh, tiap tiap hari angah nak balik rumah.. Sebab dengan cara macam tu, baru angah bersemangat nak study..

Mama, angah tak macam orang lain.. Orang yang sanggup study sampai ke luar negara.. Angah bukan macam orang tu.. Angah adalah angah.. Angah tahu apa yang terbaik untuk diri angah.. Dan cara macam ni, bukan lahyang terbaik untuk angah.. Angah mintak maaf mama.. Angah mintak maaf sangat sangat.. :'(

Sunday, June 12, 2011

Magnifique Bonbons :)

Cream Cheese Carrot Cake :)
YUMMY!

Oreo Cheesecake :)
YUMMY!


Classic Apple Pie :)
I LOVE IT!

Ingin membuat tempahan ?? Sila ke blog Magnifique Bonbons atau ke page Magnifique Bonbons di Facebook untuk maklumat lebih lanjut.. :)

Ini adalah business kawan atul, Musfirah Mohd Asri.. Business ni baru je.. Ni salah satu cara atul support business dia.. Harap anda semua turut juga bagi support pada kawan atul ni dengan membuat tempahan.. :)

Untuk maklumat anda, untuk tempahan yang banyak, RM10 akan disumbangkan ke badan kebajikan.. So, apa lagi, jom ramai ramai buat tempahan.. Terima kasih ^_^


p/s : MUS, this is for you.. A simple one.. I hope you don't mind.. :)

Saturday, June 11, 2011

BEN ASHAARI :JOM KENAL BLOG SAYA


Klik header di atas untuk join :)

Segmen terbaru daripada abang ben ashaari.. Let's check it out :)

Assalamualaikum semua.. Selamat datang ke blog This Is Me.. Blog ni adalah hak milik 100 % oleh pemiliknya iaitu, Rabiatul Adawiyah Bt Abd Rahim.. Blog ni telah wujud sejak 16 Disember 2009. Kiranya blog ni da pun berusia 1 tahun 6 bulan.. Blog ni adalah blog personal yang mengisahkan kehidupan Cik Atul.. Tapi tak adalah kesemuanya cerita tentang kehidupan beliau.. Entri entri kat blog ni ada juga berkaitan tentang atul join contest, promosi blog blogger lain, join segmen abang ben ashaari dan sebagainya..

Blog ni akan diupdate sekiranya tuan blog tak busy.. Untuk makluman, tuan blog ni masih lagi seorang pelajar dan masa untuk update blog agak terhad.. Kalau waktu cuti, tiap tiap hari blog ni akan diupdate.. Blog ni blog simple je sebab tuan blog suka sangat simple dan tuan blog ni suka sangat polkadot.. Sebab itu template blog ni bercorak polkadot.. Mengikut citarasa tuan blog.. :)

Kepada yang baru je kenal blog This Is Me, selamat datang dan selamat berkenalan.. Kalau rasa nak letak blog ni di bloglist blog anda, amatlah dialu-alukan.. Kalau da letak dalam bloglist blog anda, bagi tahu atul dan atul akan buat perkara yang sama.. Rajin rajinlah singgah ke blog atul dan jangan lupa komen ye.. :)

Itu sahaja.. Terima kasih sudi baca.. ^_^

Friday, June 10, 2011

“I like Nippon Paint because…”

Rumah saya da lama tak cat baru.. Eh, bukan rumah saya lah.. Rumah mama dan abah saya.. Teringin sangat nak tukar warna kat rumah tu.. Da boring da asyik warna yang sama je.. Hehe.. Tapi kan tak tahu nak guna cat yang mana 1.. Hurm.. Kawan kawan ramai yang bagi cadangan guna cat keluaran Nippon Paint.. Majoriti lah bagi cadangan tersebut.. Then survey punya survey, atul pun tahu lah sebabnya kenapa Nippon Paint yang menjadi pilihan orang ramai.. :) Kenapa Nippon Paint ?? ^_^

Ini lah antara sebab kenapa saya dan mereka memilih Nippon Paint.. Ini lah antara point yang saya buat dalam survey saya.. :)

Nippon Paint mempunyai banyak warna pilihan khusus untuk saya dan anda semua.. Pelbagai warna yang anda boleh pilih untuk menghiasi rumah dan bilik anda bagi menceriakan lagi hidup anda.. Nak tahu saya suka warna apa?? Tentulah warna purple menjadi pilihan seandainya rumah dan bilik saya terpilih untuk di makeover oleh pihak Nippon Paint.. So, anda pilih warna apa ?? :)



Nippon Paint juga mempunyai banyak produk yang dihasilkan oleh syarikat mereka.. Antara produk mereka adalah khas untuk Sealers and Primers, Interior Walls, Exterior Walls and Roof dan juga Wood and Metal.. Anda boleh memilih produk mereka mengikut kesesuaian rumah anda.. :)

Nippon Paint juga menawarkan Nippon Paint Green Choice Series di mana produk yang memberikan anda keberanian lebih baik dan hasil yang lebih berkesan.. :)

Selain itu juga, produk-produk Nippon Paint ini dijual dengan harga yang berpatutan.. :)


Ni gambar saya di dalam bilik saya.. Maaf lah, bilik agak bersepah.. Bilik kecil je.. Kalau terpilih, saya nak makeover bilik saya ni seperti gambar di bawah ini.. :)


Yeay! Alangkah gembiranya hati ini kalau dapat makeover bilik menjadi bilik di atas ni.. Seriously, takkan keluar bilik untuk beberapa hari.. Hehe.. Cantik tak ?? :)

Untuk maklumat lebih lanjut, sila ke Facebook Nippon Paint ..

"I like Nippon Paint because it gives me something different in my life with a variety of colour and also environmental wellness."

Thank you Nippon Paint for contest! :)


p/s : 1st time try contest macam ni.. Mencuba nasib.. Good Luck to me! :)



Wednesday, June 8, 2011

BEN ASHAARI AJAK KRITIK BLOG AKU


Nak join ?? Klik gambar untuk join.. :)

Jom kita kritik mengkritik.. Kritik secara berhemah ye! ^_^

Terpegun Dengan Blog Ini


Klik gambar untuk ke blog Cik Mira Edora :)

Assalamualaikum semua.. Da beberapa hari tak update blog dek kerana kesibukan di kolej.. Semester baru.. Banyak perkara yang harus diselesaikan.. Dan banyak duit yang harus dikeluarkan.. Hehe.. Duit pinjaman baru je masuk tadi.. Duit tersebut untuk membeli buku.. Bukan untuk pergi shopping ye kawan kawan.. Lupakan pasal itu kerana entri kali ni nak cakap pasal 1 blog yang membuat atul terpegun dek kerana terlalu comel dan entri entri yang menarik.. :)

Kalau nak ke blog beliau, klik je gambar kat atas ni ye kawan kawan.. Blog beliau comel sangat.. Tuan empunya blog lagi comel.. :) Hai Kak Mira Edora! Selamat berkenalan.. Atul minat dengan blog Kak Mira.. Hope Kak Mira teruskan blogging sebab atul sentiasa menanti entri entri Kak Mira.. Good Luck! :)

Blog Kak Mira Edora ni ada buat contest.. Korang semua jemput lah join.. Contest ni sehingga 30 June 2011.. Nak tahu maklumat lebih lanjut, sila ke blog Kak Mira Edora.. Do support her!

Okay lah.. Got to go.. See all of you in my next entry! :)

Saturday, June 4, 2011

Terasa Nak Makan Chocolate Cadbury


Picture : Google

Tiba tiba terasa nak makan Chocolate Cadbury.. Sebab apa ?? Sebab aku tengah stress.. Macam macam yang aku tengah fikir sekarang ni.. Lagi lagi esok aku nak balik UiTM da.. Perasaan aku akan berubah secara tiba tiba.. Walaupun da masuk semester ke 5, aku tetap menangis kalau nak berpisah dengan family.. Ni pun mood aku tengah tak okay.. Dari tadi asyik nak marah orang, nak menangis.. Kenapa ni atul ??

Orang kata kalau makan chocolate, fikiran akan tenang.. So, ada sesiapa nak belanja aku makan chocolate Cadbury ?? Atau chocolate lain ?? =_=

Okay lah.. Nak layan Akademi Fantasia jap..


p/s : Teringin nak buat GA pulak.. Asyik join GA blogger lain je.. Ada yang nak sponsor tak GA aku ?? Kalau ada, e-mail kat fariq.atul@gmail.com.. :)

"Dayana AZ Giveaway, My Favourite Number!"


Klik header di atas untuk join :)

Assalamualaikum semua.. Hari ni nak join Giveaway by Dayana AZ.. Mana lah tahu ada rezeki, boleh menang lagi.. :)

~Nombor kegemaran saya ialah 13 kerana nombor ni merupakan tarikh lahir saya. Saya dilahirkan pada 13 Oktober 1991. Nombor ini amat bermakna dalam hidup saya. :)

Giveaway Dayana AZ ni disponsor oleh :

  • BUTIKPINKKU yang akan sponsor , shawl semestinya ! Berapa ? Korang percaya tak 10 ! I repeat SEPULUH !
  • Syafeika Edora yang akan sponsor, 1 chibidle (SE made doodle) worth RM 10 untuk seorang blogger.
  • Lulu Caldina yang bermurah hati untuk memberi review blog untuk 2 orang (sticky post selama 24 jam) ! Buat blogger yang ada banner, boleh tampal dekat LULU PAGES selama sebulan.
  • Mas Ahmad Safwan yang insyaAllah akan sponsor beg duit, maybe purse, maybe wallet.
  • Sylista Fashion akan beri pilihan 2 daripada 3 hadiah (2 pairs of earring, Canon Ink for Printer, Buku 'Buat Duit dengan Foto' published by PTS)
  • Izreenatasha akan memberi HADIAH EXCLUSIVE yang sekarang ni rahsia ;) .
-Da follow blog BUTIKPINKKU :) Follower no 1067 ^_^
-Blog Dayana da lama akak follow dan da ada dalam bloglist akak :)
-Nak tag Miera dan Zatie. :)

DONE!

p/s : Jom lah join sekarang! :)

Friday, June 3, 2011

Maharaja Lawak Yang Tak Berapa Nak Lawak

Picture : Google

Baru lepas layan Maharaja Lawak minggu yang ke 10.. Malam ni kurang lah sikit lawaknya.. Aku excited nak tengok lawak semua peserta malam ni.. Tapi malangnya, kenapa aku tak gelak ?? Huhu..

Persembahan JOZAN, boleh tahan lah.. NABIL?? Tak lawak pun.. R2?? Lagi lah tak lawak.. JAMBU?? Layan jugak lah.. Ada lah jugak yang aku gelak.. Hehe.. SEPAH?? TERBAIK malam ni.. Hidup SEPAH!!!! Aku dengan mama, gelak bukan main lagi.. Tapi serius lah, aku terhibur dengan persembahan SEPAH malam ni.. Good job, SEPAH! ^_^

Ada blog yang aku baca pasal Maharaja Lawak malam ni, ada yang tak puas hati sebab cameraman banyak fokus kat penonton perempuan.. Tapi betul jugak.. Asyik asyik muka penonton perempuan je.. Boring jugak aku tengok.. Da lah aku ni perempuan, nak cuci mata pun tak boleh.. HAHA..

Seperti yang aku jangkakan, tiada penyingkiran.. Dari awal lagi da agak.. Biasa lah, ASTRO kan.. Tunggu je lah minggu depan..

Okay lah.. Selamat malam! :)

BLOGGER HIJAU , MAI SINGGAH SAT NOO

Nak join ?? Klik je gambar kat atas ni.. :)

Segmen terbaru dari abg ben ashaari.. :)

Sila lengkapkan ayat ini : SAYA SUKA BLOG ......... kerana ...... ( tidak lebih 10 patah perkataan )

SAYA SUKA BLOG ABANG BEN SEBAB ENTRI ENTRI DI BLOG BELIAU ADALAH YANG TERBAIK!

Abg ben, da siap dan da undi. Thanks!

Nora Elena :)

Picture : Google

Nora Elena.. Sekarang ni tengah musim drama di TV3, Nora Elena.. Baca blog blogger ni, cerita pasal Nora Elena.. Jumpa kawan kawan, cerita pasal Nora Elena.. Blog abg ben ashaari pun cerita pasal Nora Elena.. Best sangat ke cerita Nora Elena ni??

Aku akui, cerita ni best sangat.. Masa drama ni baru mula, aku macam malas je nak tengok.. Tengok macam tu je.. Akhirnya, aku pun ketagih tengok cerita ni.. Aku tak tahu pun cerita ni diadaptasi dari Novel Kasih Yang Suci.. Tu pun kawan aku yang bagi tahu.. Ramai da tahu pasal cerita ni sebab cerita ni dari novel tersebut.. Aku je yang ketinggalan zaman.. Kawan aku pun cakap, da boleh agak da pengakhiran cerita ni macam mana.. Urm, tak kisah lah.. Aku tetap jugak nak tengok..

Walaupun tak boleh tengok kat depan TV setiap hari, aku tak risau.. Sebab aku boleh tengok kat tonton.my.. Selamat aku da register awal awal dulu.. So, kalau terlepas drama ni, aku masih boleh tengok.. Tak sabar nak tunggu episod seterusnya.. Hehe.. :)

Episod semalam, iaitu episod yang ke 16, episod yang best sekali.. Akhirnya Nora da mula sayangkan Seth Tan.. Sweet sangat.. Seth lah suami yang paling baik sekali.. Suami idaman setiap wanita masa kini.. Tapi masih ada ke lelaki macam tu sekarang ni?? Kalau ada pun, 1 dalam 1000.. Tak gitu?? Well, Aaron Aziz tu pun cuma berlakon.. Yang sebetulnya, Aaron Aziz tu macam Seth jugak ke?? Entah lah.. Kalau nak tahu, tanya lah isteri Aaron Aziz tu.. Hehe..

Kepada peminat drama Slot Akasia, Nora Elena, teruskan menonton drama tersebut.. Kepada yang tak minat, tak apa lah.. Duduk diam diam ye.. Kepada yang terlepas tengok drama Nora Elena ni, cepat cepat lah register kat tonton.my.. Nanti boleh tengok puas puas.. :)

Okay lah.. Jumpa lagi! ^_^


p/s : Ujang da terjebak menonton drama ni.. Hehe.. Ujang, selamat menonton ye.. :)
Siapa ada novel Kasih Yang Suci?? Nak pinjam, boleh?? :p

Wednesday, June 1, 2011

Mid-Year Giveaway by Nisa Menaip


Nak join ?? Klik header di atas ni. :)

Assalamualaikum semua.. Hari ni atul nak join Mid Year Giveaway oleh Kak Nisa Menaip.. Korang semua jom lah join.. Cepat ye.. Hadiah kali ni menarik sangat.. Giveaway kali ni disponsor oleh sponsor-sponsor berikut :

Menarik bukan ?? Ape lagi, jom lah join sekarang.. :) Kalau nak tahu apa hadiah yang menanti anda, klik SINI.. :)

Tag : Miera.


Pagi-pagi makan roti canai dengan kari,

Sedapnya hingga menjilat jari,

Kali ni nak join Giveaway Kak Nisa Menaip lagi,

Harap-harap mengena lah sekali.


p/s : Wish me luck! ^_^


© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: