HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Thursday, December 29, 2011

Papa, I Love You!

Assalamualaikum semua. :)


Selamat malam semua. Da malam baru dapat update blog. Bukan apa, baru je bayar bil broadband tadi. Hehe. Thank you so much to my father! Abah, angah sayang abah sangat sangat! :D

Okay, berbalik pada tajuk entri kali ni, 'Papa, I Love You'. Rasanya semua da tahu kan movie yang baru je ditayangkan semalam. Sejak atul dapat tahu pasal movie ni, memang atul da cakap kat diri atul, nak tengok jugak movie ni. Then dapat tahu pulak movie ni keluar masa cuti mid sem, memang tersangat lah happy.

So, esok atul akan pergi tengok movie lakonan Lisa Surihani yang sangat lah atul minati. Tak sabar rasanya nak pergi tengok esok. Hehe. Walaupun tak dapat jumpa Lisa Surihani macam blogger blogger lain yang tengok pratonton movie ni pada Selasa lepas, tak apa lah. Tak ada rezeki. Mungkin lain kali kot dapat jumpa Lisa Surihani. Esok jumpa orang lain dulu. Hehe. :)

Okay lah. Esok atul review pasal movie ni ye?? :)

Till then~

p/s : Cuti tinggal 2 hari je lagi.. -_-

Wednesday, December 28, 2011

Wordless Wednesday #20

Wordless Wednesday is back! :)


What is Wordless Wednesday ?? Click HERE..


Join Facebook WW and Blog MalaysianWW..

Advertisement :
10,000 steps to a healthier you! Click HERE for more steps! :)
Be a star in Yuna's next music video! Click HERE for more info. :)

2 Minggu Tak Update Blog

Assalamualaikum semua. :D

Korang semua apa khabar ?? Harap semuanya sihat sihat selalu. Atul alhamdulillah sihat. 2 minggu lepas kurang sihat, demam + batuk + selesema. Tapi sekarang ni alhamdulillah 100% da sihat. Yelah, dengan family sekarang ni, sihat lah kan. Kalau kat Kelantan tu, macam macam penyakit datang. Hehe.

Sorry sangat sebab da lama sangat sangat tak update blog. Nak bagi alasan apa ye ?? Okay, alasan yang pertama, tak ada idea. So, bila tak ada idea, memang lah malas sangat nak update blog. Ditambah pulak dengan kesihatan yang tak mengizinkan, mood untuk update terus hilang. Seriously, jealous sangat sebab tengok blogger lain tiap tiap hari update blog. Aku ?? -_-

Alasan kedua, sebab sekarang ni ada kat rumah. Okay, bila ada kat rumah, laptop ni bukan aku yang punya. Waktu pagi bagi Fifi dengan Haikal tengok Shin Chan, tak pun BoboiBoy. Then malam pulak, adik aku yang online. Aku dengan ini, memberi peluang kepada mereka untuk menghadap laptop ni puas puas. Yelah, aku kan balik rumah sekali sekala. Rasanya, tak salah kalau bagi peluang kat diaorang. :)

InsyaAllah, lepas ni aku akan update blog macam biasa. Aku takkan tinggalkan blog aku macam tu je. Kalau betul betul busy, memang aku takkan update. Sekarang ni free lagi, so, boleh lah update. So, nanti kan lah update seterusnya dari saya, Cik Atul. :D

Till then~

Wednesday, December 14, 2011

Wordless Wednesday #19

Wordless Wednesday is back! :)


What is Wordless Wednesday ?? Click HERE..

Join Facebook WW and Blog MalaysianWW..


Advertisement :
Enjoy most wonder-ful Galaxy Series with #MYGalaxyW. Click HERE !
It's a great time to whizz off witn an MPV. Click HERE for more ! :)

Saturday, December 10, 2011

Blogshop : The Good Things

Assalamualaikum semua. :)

Update lagi untuk hari ni. Okay, entri kali ni atul nak berkongsi dengan anda semua blogshop milik kawan atul, ZatieIsmail, iaitu Blogshop The Good Things. :)


Blogshop milik kawan atul ni masih baru lagi. Blogshop ni telah beroperasi sejak 2 bulan lepas. Actually da lama nak tolong Zatie promote kan blogshop dia, tapi asyik lupa je. He3. Sorry, Zatie. So, this is for you. Hope you like it! :)

So, kat bawah ni adalah barang barang yang dijual di blogshop The Good Things. Sebenarnya banyak lagi. Korang kena pergi ke blogshop tu dan lihat sendiri ye. Make sure korang singgah, kalau boleh follow sekali blogshop tu dan kalau ada barang barang yang berkenan di hati, terus order dengan kawan atul, okay ??!!

Barang barang di blogshop ni murah murah je. Harga da termasuk sekali dengan postage. Sangat berbaloi! Rugi kalau tak beli. :)


Love Pearl Flower Necklace

Cheetah Syria

Shawl Kain Jojet


Shawl


Shirt :)

Menarik bukan ?? Atul ada minat 1 necklace ni, Red Apple Necklace. Kalau korang nak tahu macam mana bentuknya, sila cari di Blogshop The Good Things. :)

Untuk ke Blogshop ini, sila klik link di bawah ni :


Ingat, jangan lupa singgah, follow dan order, okay! :) Sayang korang ketat ketat!


Jangan lupa join "The Ultimate Year End Giveaway by Nisa Kay"! Kepada yang belum join, join sekarang jugak! :)

Atul da JOIN. Anda bila lagi ??


Friday, December 9, 2011

“The Ultimate Year End Giveaway by Nisa Kay”

Assalamualaikum dan selamat tengah hari. :)

Entri pertama pada hari ni. Excited sangat nak update entri kali ni sebab atul memang tertunggu tunggu Giveaway dari Nisa Kay. Well, siapa tak kenal dengan Nisa Kay, blogger remaja yang digilai ramai! He3. :)

Akhirnya, blog Nisa Kay melancarkan "The Ultimate Year End Giveaway by Nisa Kay". Yang pastinya Giveaway yang dinanti nantikan oleh semua blogger. Tak gitu ?? :D

Mana lah tak excitednya, hadiah hadiah yang bakal diterima oleh pemenang Giveaway pada kali ni, teramat lah banyak ye. Siapa yang tak nak hadiahkan ?? Sejak Nisa update Senarai Hadiah pada 4 Disember 2011 lepas, pastinya semua ternanti nanti Giveaway pada kali ni. Termasuk lah atu, excited, okay! :p Kalau nak tengok Senarai Hadiah, klik je dekat SINI. 88 hadiah bakal dimenangi. Harap harap adalah rezeki atul kali ni. :)

Di bawah ni adalah senarai sponsor sponsor hadiah Giveaway oleh Nisa Kay. Jom kita sama sama terjah blog mereka dan LIKE page mereka di Facebook. Thanks pada yang sponsor! :D
Giveaway kali ni bermula pada 6 Disember - 31 Disember 2011. Pemenang akan ditentukan melalui random. So, apa lagi. Jom kita join Giveaway oleh Nisa Kay! Hadiah menarik menanti anda. Kepada semua blogger, tak kira lelaki atau perempuan, JOM join Giveaway ni. Mana tahu rezeki anda untuk menang. Tak gitu ?? :)

Untuk maklumat lebih lanjut, anda semua boleh lihat di blog Nisa Kay. Nisa, atul da LIKE semua page sponsor Giveaway kali ni dengan menggunakan Facebook Rabiatul Adawiyah Abd Rahim. Page blog Nisa da lama atul LIKE. :)

So, jangan tunggu lagi, JOIN sekarang! Mari lah kita sama sama meriahkan "The Ultimate Year End Giveaway by Nisa Kay". Doakan atul menang ye ??!! :D


p/s : Menghitung hari. 12 days to go!

Blog Pilihan #6

Blog pilihan hari ni. :)



Assalamualaikum pembuka bicara. Hai semua. Bertemu lagi dalam segmen 'Blog Pilihan'. Okay, blog pilihan hari ni adalah blog Phat Corner.

Rasanya semua da kenal blog Phat Corner ni. Actually atul da lama sangat kenal blog ni. Tapi sebelum sebelum ni jarang lah ke blog Phat Corner sebab banyak sangat blog yang atul follow. So, ambil masa nak ingat semua blog.

Tapi sekarang ni, atul selalu jugak lah ke blog Phat Corner. Blog yang selalu update dan Phat pun selalu jugak komen kat blog atul ni. He3. Thanks, Phat! :)

So, tunggu apa lagi. Jom lah kita ke blog Phat Corner. Kepada yang tak follow blog Phat lagi, follow lah sekali ye ?? :D

Till then~

Jangan lupa join "The Ultimate Year End Giveaway by Nisa Kay"! Kepada yang belum join, join sekarang jugak! :)

Atul da JOIN. Anda bila lagi ??

Thursday, December 8, 2011

Spontaneous Thursday #8

Spontaneous Thursday is back! :)

Jangan fikir hanya anda seorang yang mempunyai masalah, kerana masih ramai lagi yang mempunyai lebih banyak masalah daripada anda.
Jangan terlalu sedih dengan masalah yang anda hadapi kerana ianya hanyalah dugaan daripadaNya dan cuba untuk hadapi dugaan itu dengan tenang dan sabar, nescaya DIA akan membantu anda. DAN jangan sesekali LUPA padaNya, nescaya DIA juga tidak akan LUPA pada kita. InsyaAllah. :)

Apa itu Spontaneous Thursday?? Klik SINI.
Facebook Spontaneous Thursday.. Klik SINI.

5 Hari Tak Update Blog

Assalamualaikum semua. :)


Alhamdulillah, akhirnya atul update jugak blog setelah menghilangkan diri hampir 5 hari. Hehe. Bukan menghilangkan diri ke apa, cuma busy sikit. Al maklum lah, pelajar last semester. Busy lah jugakkan. Walaupun hakikat sebenarnya tak adalah busy sangat. Cuma MALAS nak update blog sebab line Celcom Broadband semakin teruk! -_-

Alhamdulillah, kelas berjalan seperti biasa. Semester ni ada 4 kelas je. Hari Ahad kelas atul memang tak ada kelas. Da memang jadual macam tu ye. Hehe. Tapi bosan jugak sebenarnya. Bila fikir fikir balik, best jugak tak ada kelas hari Ahad. So, kelas atul setiap hari Isnin-Khamis. Hari Isnin dan Selasa agak penat sikit sebab habis kelas pukul 6 petang. Dari pagi ye. :)

Hari Isnin ada 4 kelas iaitu Auditing, Financial Accounting, Financial Management dan Taxation. Hari Selasa pulak ada 3 kelas iaitu Taxation, Financial Managemnet dan Auditing. Hari Rabu 2 kelas je, Entrepreneurship dan Financial Accounting DAN hari Khamis pulak ada 1 kelas je, iaitu Entrepreneurship. Total semuanya adalah 10 kelas untuk 4 hari. Setakat ni masalah tentang pelajaran okay okay je. Cuma subjek semester ni banyak yang membaca. Faham faham lah kalau subjek membaca macam mana kan. Hehe. :p

1 lagi cerita nak cerita kat anda semua. Pasal rayuan kolej atul. Alhamdulillah, Ahad lepas, 4/12/2011, atul da dapat bilik sendiri. Syukur sangat sangat. Alhamdulillah, terima kasih Allah SWT. 1 nikmat lagi yang Allah SWT berikan pada atul. Alhamdulillah, semua da selesai dan sekarang atul perlu teruskan pembelajaran seperti biasa untuk semester yang terakhir ni. InsyaAllah, I will do my best for the last semester in Diploma. InsyaAllah. Doakan untuk atul ye dan kepada kawan kawan yang banyak bagi support, THANK YOU SO MUCH. Semoga Allah SWT dapat membalas jasa kalian semua.

Kepada mama, abah, ain, ayong dan opah atul, terima kasih kerana sentiasa bagi sokongan dan dorongan untuk atul teruskan kehidupan sebagai pelajar dan terima kasih kerana mendoakan angah kat sini. Terima kasih! :)


p/s : Menghitung hari nak balik rumah. Rindu sangat sangat kat family!

Friday, December 2, 2011

Blog Pilihan #5

Blog pilihan hari ni. :)


Blog Kak Diana Rashid :)

Assalamualaikum pembuka bicara. Okay, hari ni update lagi pasal blog pilihan atul. Dan blog yang terpilih hari ni adalah blog Kak Diana Rashid. Rasanya semua da kenal kot Kak Diana ni. Kak Diana ni rajin sangat update blog dia. Atul selalu jugak singgah blog Kak Diana. Kadang kadang jadi silent reader. Ada jugak atul tinggalkan komen kat blog Kak Diana.

So, kepada yang nak kenal Kak Diana dengan lebih lagi, jom lah ke blog beliau. Jangan lupa follow sekali! Hehe. :D

Klik SINI untuk ke blog Kak Diana Rashid. :)

Kak Diana, good luck and teruskan blogging! ^_^

Nantikan blog pilihan #6, ESOK!

Mutiara Kata #3

Gambar : Google

"Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan."

Thursday, December 1, 2011

Kakak Dora, Adik Ben 10

Assalamualaikum semua. :)

Alhamdulillah, berjumpa lagi. Hari ni merupakan hari pertama di bulan Disember 2011. Lg 1 bulan je kita semua akan melangkah ke tahun baru, 2012. Diharapkan di bulan terakhir 2011 ni, kita semua dapat melakukan perkara perkara yang memberi manfaat pada kita semua dan dapat meninggalkan memori terindah dalam hidup kita. :)

Dalam entri kali ni, atul nak bercerita tentang anak saudara atul iaitu Fifi dan Haikal. Tengok tajuk kat atas pun, rasanya semua da tahu. 'Kakak Dora, Adik Ben 10'. Yang si kakak, Fifi, memang minat sangat kat kartun Dora The Explorer. Sepanjang atul cuti semester pada bulan lepas, setiap pagi, dia memang akan tengok Dora The Explorer kat Astro. Seriously, kartun ni memang best. Atul pun, secara jujurnya memang minat sangat kat kartun ni. Masa cuti hari tu, atul teman Fifi tengok Dora The Explorer setiap pagi. Rindu sangat masa tu. :)

Kalau tengok gambar kat atas tu, Fifi ada pakai baju Dora The Explorer. Baju tu abah atul beli dekat Wakaf Che Yeh kat Kelantan. Tu pun sebab Fifi suruh beli. Dia sibuk sangat nak baju Dora. So, abah pun beli lah. Masa atul nak balik Machang hari tu, Fifi pesan suruh beli puzzle gambar Dora The Explorer. Kat mana pulak lah atul nak cari. Ada tak yang tahu kat mana nak ada jual puzzle gambar Dora ?? Kalau ada lah yang jual kat area Machang ni, kan senang. Susah nak cari puzzle gambar Dora. Kalau boleh, nak belikan untuk Fifi. Demi anak saudara tersayang, mak ngah sanggup cari dan belikan untuk Fifi. Fifi tunggu je lah, ye sayang ?? :)


Yang ni pulak kisah si Haikal. Masa atul balik cuti hari tu, baru atul tahu yang Haikal ni minat Ben 10. Sebelum sebelum ni tak lah pulak dengar yang dia minat Ben 10. Tengok je lah gambar kat atas tu. Nak pakai baju, baju Ben 10. Jam pun jam Ben 10. Haikal pakai jam tu setiap masa. Waktu mandi je dia bukak, then pakai balik. Masa tidur pun dia pakai jam Ben 10 kesayangan dia tu. Haikal, haikal. Rindu pulak nak layan dia. Kalau tengok kartun Ben 10, memang fokus 100%. Dia takkan tengok benda lain. Memang dia minat sangat sangat dengan Ben 10.

Macam kakak dia jugak, dia pun nak jugak puzzle. Tapi puzzle Ben 10 lah. Kalau mak ngah jumpa, mak ngah carikan, ya adik?? Tapi jangan nakal nakal ya?? Sayang, Haikal! :)


Rindu sangat kat mereka berdua ni. Diaorang lah penyeri family atul. Kalau tak ada, BORING! Rindu sangat nak dengar diaorang cakap, 'Kakak Dora, Adik Ben 10'! Rindu!!!

Fifi, Haikal, tunggu mak ngah balik cuti ni, ya ?? :D




Wednesday, November 30, 2011

Blog Pilihan #4

Blog pilihan hari ini. :D



Blog pilihan hari ni ialah blog Dayang Deno. Deno ni rajin sangat update blog. Deno pun selalu singgah kat blog atul dan komen entri entri di blog atul. Thanks, Deno. Rajin rajin lah singgah blog atul ye. :) Deno ni student account di UiTM Dungun. Sama bidang lah kita! Good luck ye, Deno. :D

Kepada yang nak tambah kenalan, jom lah singgah blog DENO. Jangan lupa follow sekali, ya ?? :)

Jom klik :

Win a Blackberry phone every week, only with U Mobile !
Plaster your pain away with TigerBalm !

Wordless Wednesday #18

Wordless Wednesday is back! :D


What is Wordless Wednesday ?? Click HERE..

Join Facebook WW and Blog MalaysianWW..

Saturday, November 26, 2011

Pertandingan Fotografi 'Tak Nak Merokok'

Assalamualaikum semua. :)

Okay, entri kali ni atul nak share dengan anda semua tentang Pertandingan Fotografi 'Tak Nak Merokok'. So, kepada anda anda yang kreatif di luar sana, apa lagi, jom lah sertai pertandingan ini. Hadiah menarik menanti anda! :)

Okay, kepada sesiapa yang nak menyertai pertandingan ini, anda bole ke SINI untuk mengetahui terma dan syarat serta hadiah hadiah menarik yang bakal dimenangi oleh pemenang pertandingan ini. :)

So, apa lagi, JOM sertai pertandingan ini sekarang! :D

*Blogger Wan Hazel da pun join dan jom ramai ramai undi dia. Klik SINI untuk mengetahui cara cara mengundi blogger Wan Hazel. :)

Jangan lupa klik SINI jugak. :D

Doa Akhir Tahun, Awal Tahun Hijrah

Assalamualaikum semua. :)

Alhamdulillah, kita semua akan menyambut tahun baru iaitu,tahun 1433 Hijrah. InsyaAllah.. Di sini atul nak kongsikan dengan anda semua doa Akhir Tahun dan doa Awal Tahun. :)

Doa Akhir Tahun Hijrah.

Dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. (Sabtu, 26 Nov : Petang)

Doa Awal Tahun Hijrah.

Dibaca 3 kali selepas Maghrib pada malam 1 Muharram. (Sabtu, 26 Nov : selepas Maghrib)

Salam Maal Hijrah 1433 H.. :)

Sumber : Kak My.

Monday, November 21, 2011

Happy Birthday, Abah! :)

Assalamualaikum semua. :)


Alhamdulillah, hari ni 21/11/2011 merupakan hari ulang tahun kelahiran abah atul, Encik Abd Rahim Bin Mohamed yang ke 53 tahun. Alhamdulillah, abah masih lagi diberi peluang untuk meneruskan kehidupannya dengan keadaan yang cukup sihat sekali. Syukur kepada Allah SWT atas nikmat itu. Syukur, alhamdulillah. :)

Di kesempatan ini, angah nak ucapkan Selamat Hari Lahir buat abah tersayang. Semoga abah dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang sempurna olehNya dan bahagia bersama keluarga tercinta. Walaupun angah tak dapat celebrate birthday abah tahun ni, doa angah kat abah tak pernah putus. Semoga abah gembira di hari bahagia abah ni. :)

Angah nak mintak maaf sebab angah selalu buat abah susah hati. Tapi bukan niat angah nak buat macam tu. Abah pun tahu kan macam mana perangai anak abah ni. Angah mintak maaf ye abah. Angah pun nak ucapkan terima kasih banyak banyak kat abah sebab abah da banyak berkorban untuk angah. Apa yang angah nak, semua angah dapat. Angah tak pernah mintak yang mewah mewah, cukup lah dengan apa yang abah da bagi sekarang ni. Itu pun angah tak tahu angah mampu nak balas atau tak. Abah doakan lah angah kat sini baik baik ye. Doakan angah agar angah kuat.

Abah, angah sayang abah. Angah sayang abah sangat sangat. Angah mintak maaf andai kata selama ni angah bukan lah anak abah yang terbaik, angah ada terguris hati abah ke, angah mintak maaf banyak banyak. Angah akan cuba jadi anak yang terbaik untuk mama dan abah.

Abah, terima kasih untuk segala-galanya. Thank you so much. Angah sayang abah sangat sangat. :'(

Sunday, November 20, 2011

Dugaan Semester Baru

Assalamualaikum semua. :)


First of all, nak mintak maaf sebab tak update blog untuk beberapa hari ni. Bukan apa, bila da balik Kelantan ni, mood blogging atul akan secara automatiknya hilang. Mood sedih nak tinggalkan family yang melanda diri atul. Lagi pun, nak spend masa dengan family, lagi lagi Fifi dan Haikal. Sebab tu tak update blog.

Alhamdulillah, semalam atul selamat sampai di UiTM Machang jam 5.30 pagi. Sampai je kolej, tak tidur pun sebab pukul 8 pagi ada MUET. Memang mengantuk sangat dan bayangkanlah macam mana atul jawab soalan dalam keadaan penat yang teramat sangat. Tapi atul kuatkan jugak diri ni dengan menjawab yang terbaik. InsyaAllah, harap harap dapat lah keputusan yang membanggakan. AMIN. Doa doakan lah ye. :)

Macam biasa, masuk je semester baru, perangai atul yang kuat menangis ni akan datang kembali. Setiap masa asyik nak menangis je. Teringat kat family dan yang paling penting menangis sebab tak ada bilik nak duduk. Alhamdulillah, ex roomate atul, Zumie bagi atul tumpang bilik dia. Esok atul akan buat rayuan di pihak kolej dan harap harap keputusannya akan diketahui dengan secepat mungkin. Kawan kawan, doa doakan lah atul ye?? Atul sedih sangat sebab terpaksa berpisah dengan roomte atul. Zumie dah dapat roomate baru, Hana pun begitu. Semuanya da berpisah. Atul harap rayuan kolej atul berjaya. Da last semester ni, harap harap pihak kolej consider lah rayuan atul tu. Lagi pun atul ni kan orang luar. Harap harap pegawai kolej akan pertimbangkan rayuan atul. AMIN.

ALLAH SWT bagi macam macam dugaan. Semester lepas, result menurun dan permohonan kolej atul berjaya. Tapi semester kali ni sebaliknya. Result meningkat tapi permohonan kolej tidk berjaya. Ya ALLAH, sesungguhnya aku redha dengan ujianMu. Tapi aku tak kuat nak hadapi semua ni. Tolong lah aku, Ya ALLAH. AMIN.

Mama, abah, angah mintak maaf sebab call mama dan abah dalam keadaan angah menangis. Angah tak dapat kawal emosi angah buat masa sekarang ni. InsyaAllah, lepas rayuan kolej angah berjaya dan kelas da start, keadaan akan kembali seperti biasa. Angah harap mama faham dengan keadaan anak mama yang sorang ni. Mama dan abah doakan lah yang terbaik untuk angah ye. Mama, abah, angah sayang mama dan abah. Sayang sangat sangat. :'(

Ya ALLAH, kuatkan lah aku untuk meneruskan pengajian di semester terakhir aku ini. AMIN..

Wednesday, November 16, 2011

Group Blogger Di Facebook

Assalamualaikum semua. :)

Update lagi malam ni. Kalau boleh, nak update banyak sikit. Al maklum lah, da nak balik UiTM hari Jumaat ni. Lepas ni update pun jarang. Banyak benda nak kena uruskan. Lagi lagi nak buat rayuan kolej. -_-



Okay, hari ni nak share dengan semua, group blogger yang atul join kat Facebook sejak awal tahun ni. Sebelum ni tak pernah pun join. Masa mula mula blogging dulu, mana lah tahu nak ping blog kat group ni lah, group itu lah. Yang tahu, update blog, share dekat wall Facebook atul je. Sekarang ni tak dah. Lepas update, ping kat group itu, group ini. Kadang kadang, naik pening dibuatnya. Sebab banyak sangat. Tapi atul rasa, atul join group kat Facebook ni tak lah banyak kalau nak dibandingkan dengan blogger lain. Tak gitu ?? :)

Gambar di atas tu, adalah senarai group blogger yang atul join. Setakat ni group blogger yang atul join adalah sebanyak 12 group dan yang lain lain tu adalah group yang berkaitan dengan UiTM dan kawan kawan masa sekolah rendah. Hehe. Banyak ke 12 group tu ?? Korang pulak join berapa group blogger kat Facebook ?? Share lah sikit. :)

Kat bawah ni atul senaraikan group blogger yang atul join kat Facebook. Korang join lah mana mana group yang korang tak join lagi. Kalau tak nak, tak apa. Atul just share je dengan korang. :D

  1. Sahabat Blogger
  2. Sembang Blog LM
  3. Kelab Blogger
  4. Geng Blogger Bersatu
  5. Spontaneous Thursday
  6. Komuniti Gila Blog
  7. Ping Ping Ping
  8. Diari Sahabat Blogger
  9. Saya Seorang Blogger
  10. Ex-Tream Blogger
  11. Sahabat Lulu Caldina
  12. Mr and Mrs Bloggie
Banyak ke ?? Takkan ?? Hehe. Okay lah.. Till then~


Trailer : Puss In Boots

New film from United International Pictures : Puss In Boots. :)

Synopsis

Long before he even met Shrek, the notorious fighter, lover and outlaw Puss in Boots becomes a hero when he sets off on an adventure with the tough and street smart Kitty Softpaws and the mastermind Humpty Dumpty to save his town. This is the true story of The Cat, The Myth, The Legend…The Boots.

Check it out the trailer of Puss In Boots :




Don't forget to watch Puss In Boots in cinema 24 November 2011. :D

Tuesday, November 15, 2011

1000 Follower - 11/11/2011

Assalamualaikum semua. :)

Alhamdulillah, pada 11/11/2011 yang lalu, blog atul da mencapai 1000 follower. Thanks pada yang sudi follow blog atul yang tak seberapa ni. Kalau lah 1000 follower ni komen setiap entri atul, lagi best kan ?? Hehe. Tapi yang da follow pun, atul rasa bersyukur sangat. Terima kasih banyak banyak. Terima kasih kerana terus memberi semangat kepada atul dalam dunia blogging ni. :)


Thanks pada Azza Firza kerana sudi follow blog atul dan congrats kerana telah menjadi follower atul yang ke 1000.. Kak atul memang nak bagi hadiah pada follower yang ke 1000, tapi tak tahu lagi hadiah apa. Kalau boleh, kak atul nak Azza send email dekat email kak atul, nama penuh, alamat rumah dan no phone. Send dekat email fariq.atul@gmail .. Tunggu je lah apa yang kak atul nak bagi. Hehe. Thanks, Azza! :)

Till then~

Sebab Tak Update Blog, Sebab Tak Nak Balik UiTM

Assalamualaikum semua. :)


Apa khabar ?? Sihat ?? Harap semuanya sihat sihat lah hendaknya. Atul, alhamdulillah, sihat. Da tiga hari tak update blog, alasan kali ni bukan malas. Tapi busy sikit pada hari Sabtu dan Ahad lepas. Ada kenduri kahwin dan sibuk membeli barang untuk semester baru ni.

Da sebulan cuti semester, rasa kejap sangat masa tu berlalu. Tak puas cuti, kalau boleh nak cuti lagi. Tak puas berada di samping keluarga tercinta. Tapi, apakn daya, tanggungjawab sebagai pelajar belum selesai lagi. UiTM Machang tu da memanggil manggil atul untuk pulang ke sana. Da nak dekat balik sana ni, hati ni mula lah rasa resah nak berpisah dengan family. Biasa lah atul ni. Abah cakap budak budak lain happy je nak balik U jumpa kawan kawan, angah sedih pulak. Mesti lah sedih abah, nak tinggalkan abah, mama dan yang lain lain. Tapi, apakan daya. Hanya mampu bersabar. Fikir yang ni last semester. Lepas ni tak balik da UiTM Machang tu. Harap harap degree nanti, dapat sambung kat Shah Alam je. :)

Apa yang membuatkan atul rasa berat nak balik Kelantan kali ni adalah sebab atul gagal permohonan kolej. Maknanya atul tak dapat duduk kat kolej untuk semester ni. Huh, memang tension sangat sangat. Seboleh bolehnya atul tak nak duduk rumah sewa. Bukan apa, susah lah. Kawan kawan atul semua duduk kat kolej. Nanti nak buat assignment sama sama, nak tanya pasal kerja, kan susah. Kalau boleh, nak jugak duduk kat kolej. Balik ni, atul akan tumpang bilik roomate atul dulu, Hana dan Zumie. Da mintak izin diaorang. Thanks! Then, kena buat rayuan dan tunggu keputusan dalam masa 1 minggu. Harap harap rayuan atul berjaya lah. Tolong lah atul, pihak kolej! Atul merayu sangat nak duduk kat kolej. Tolong lah. Harap harap adalah wakil dari pihak kolej yang baca rintihan atul ni. Huh. Memang menangis lah bila dapat tahu tak dapat kolej semester ni. Da last semester ni, please lah, tolong lah bagi atul kolej. Cik Huda, Puan Mieyda, Encik Azmi, tolong lah. Atul merayu ni. :(

Apa yang mampu atul buat sekarang, sabar dan berdoa. Rayuan kolej atul akan buat minggu depan. Harap harap minggu tu jugak dapat keputusannya. Harap harap adalah bilik kosong untuk atul duduk. AMIN.

Okay lah. Rasanya da panjang sangat atul berbicara hari ni. Tolong lah doakan agar rayuan kolej atul berjaya ya ?? Terima kasih. :)

Till then~
Daisypath Happy Birthday tickers
© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: