HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Monday, October 24, 2011

Al-Hijab dan Makan di Ayam Penyet :D

Assalamualaikum semua. :D

Sorry sebab tak update blog selama 2 hari ni. Serious, atul tak ada idea nak update blog dan semalam pulak keluar dengan kawan atul. Setelah sekian lama tak menonton wayang, atul decide untuk pergi tengok wayang dengan kawan atul, Ika. So, semalam kami pergi menonton wayang filem Al-Hijab di TGV, Wangsa Walk.

Sesampainya di Wangsa Walk, wayang pun da nak start. So, terus pergi ambil tiket, bukan beli tiket ye sebab atul guna Complimentary Passes yang Nuffnang dan TGV bagi hari tu. So, telah jimat duit di situ. Hehe. Ohh, atul pergi bertiga semalam. Sorang lagi kawan Ika, Dian. :)

Sinopsis : Rafael merupakan seorang pelakon yang tidak mempercayai kewujudan hantu. Suatu hari dia ditawarkan watak utama untuk membintangi sebuah filem seram. Dia yang terkejut dengan tawaran tersebut sangat teruja dan berusaha untuk menjiwai peranannya sebaik mungkin. Malangnya Rafael tidak berjaya memperolehi perasaan takut yang dapat memuaskan hatinya. Puas dia berkunjung ke tempat-tempat yang dikatakan berhantu tetapi tidak pernah melihat kelibat makhluk itu. Teman wanita Rafael, Qiss yang pelik dengan Rafael itu mengadu perkara tersebut kepada ibunya. Ibu Qiss kemudiannya memberitahu Rafael mengenai apa itu hijab. Rafael berpeluang untuk melihat makhlus halus jika hijabnya dibuka.

Namun, hanya orang tertentu saja mampu membuka hijab tersebut. Rafael yang semakin buntu mencari seseorang yang boleh membuka hijabnya akhirnya menerima mesej aneh yang mengarahkan dia untuk pergi ke suatu tempat. Hanya di tempat tersebut hijabnya akan dapat dibuka. Sejurus sampai di tempat yang dikatakan, Rafael disambut oleh seorang makcik tua bersama anak perempuannya. Rafael hairan bagaimana makcik tua itu mengetahui hajatnya untuk membuka hijabnya. Rafael dibawa ke suatu tempat di ceruk hutan. Di situ makcik tua tersebut mula membuka hijab Rafael. Dari pandangan yang kabur, perlahan demi perlahan akhirnya Rafael dapat melihat sesuatu yang menggerunkan.

Dia berasa cukup gembira berbaur takut. Rafael meminta masa sehari untuk dia menggunakan ‘kelebihan’ yang ada pada dirinya itu untuk tujuan menjiwai watak lakonannya. Pulang kembali ke rumahnya, Rafael tidak menyedari ada ‘sesuatu’ turut menumpangnya pulang. Mula berasa tidak selesa, Rafael cuba untuk tidur namun gagal. Ada saja benda yang seperti mengganggunya. Setelah hampir 24 jam hijabnya dibuka, Rafael kembali ke rumah makcik tua tersebut untuk menutup kembali hijabnya. Berjayakah hijab Rafael ditutup semula atau dia terpaksa meneruskan hidupnya dengan ‘anugerah’ itu?


Komen atul tentang filem ni :

  • Filem ni betul betul seram, okay! Serious, memang seram. Cerita seram kedua yang paling seram atul tengok selepas filem Histeria. Congrats to Pierre Andre sebab da berjaya buat atul tak tidur malam! -_-
  • Banyak adegan yang buat orang tak sangka apa akan jadi lepas tu. Yang paling atul ingat, adegan tunang Rafael (Pierre Andre), Qis (Nur Fathia) datang rumah Rafael selepas dia kena kacau dengan makhluk makhluk tersebut. Ingatkan betul betul da pagi dan tu memang tunang dia, TAPI... (masa ni aku memang tak tengok lah kan. Seram!)
  • Ada jugak adegan lawak yang membuatkan 1 panggung ketawa. BEST! :D
  • Atul bagi 9/10 untuk cerita ni sebab filem ni telah berjaya membuat atul menjerit dalam panggung wayang dan berjaya membuat atul tak tidur malam. BEST sangat! Rugi tak tengok. :)
  • Ada jugak part yang atul rasa macam tak logik je tapi secara keseluruhan, atul puas hati dengan filem ni. Congrats, Pierre Andre! :D
Kepada yang tak tengok lagi tu, boleh lagi kalau nak tengok. Kalau tak, tunggu je lah keluar dekat Astro First. Hehe.

Selepas tengok wayang, atul, Ika dan Dian ke restoran Ayam Penyet untuk menikmati makan tengah hari. First time okay atul makan kat sini. So, menu yang dipilih adalah :

Ni namanya Ikan Keli. Atau orang Indonesia panggil Lele. Aku tengok menu, apa benda Lele tu, sekali Ika cakap, Lele tu Ikan Keli. HAHA, tak perasan pulak. :) Sedap, okay! Sambal dia memang mantap. Tambah dengan tauhu dan tempe, fuhh, meletop gua cakap! Tak cukup, okay. Rasa nak tambah lagi je. HAHA. Atul memang kuat makan. :D Lele ni harganya RM 7. Sangat berbaloi! :)

Makan Lele bersama dengan Nasi Putih. Sikit je kan ?? Tak cukup! HAHA. Nasi putih ni RM 1.50. :)

Nescafe Ice menjadi pilihan. Memang sedap. Harganya RM 2.80. :)

Ika dan Dian pun makan makanan yang sama cuma air sahaja yang berbeza. Lepas makan, pergi jalan jalan kejap. Then, Ika hantar atul pergi Jalan Tunku Abdul Rahman. Keluar dengan mama atul pulak. Penat sangat semalam tapi enjoy!

Lepas ni nak pergi tengok wayang lagi. Rasa tak puas pulak sebab da lama tak tengok wayang. Kalau ada blogger yang nak pergi tengok wayang, ajak lah atul ye. Inbox atul kat Facebook. Weee... :D

Okay lah, till then~

4 comments:

Terima kasih. :)

Daisypath Happy Birthday tickers
© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: