HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Wednesday, October 12, 2011

Happy Holiday !!

Assalamualaikum semua. :D

Alhamdulillah, atul da pun selamat sampai di rumah tercinta jam 6.10 pagi tadi. Perjalanan yang mengambil masa hampir 6 jam itu sangat lah memenatkan. Tidur kat dalam bas tu dengan keadaan yang tak selesa, pening kepala, perut rasa lapar, dengan cuaca yang sejuknya lagi. Dugaan yang terpaksa ku harungi. Tapi disebabkan da biasa, alhamdulillah, ku gagahi juga untuk meneruskan perjalanan itu. :)


Sampai di Hentian Putra, abah ambil dan pulang menaiki motor dengan beg yang agak banyak lah jugak. Mama suruh ayong ambil atul menaiki kereta, tapi, rasanya tak perlu lah. Malas nak susahkan orang lain. Lagi pun da biasa naik motor dengan abah, bawak beg yang agak banyak tu. Kenangan yang takkan ku lupakan sampai bila bila. Thanks pada abah sebab sudi bangun pagi pagi ambil atul. Thanks abah. Abah lah abah yang tebaik kat dunia.

Sesampainya di rumah, mandi, solat, makan dan masanya untuk tidur. Penat sangat sangat. Badan ni lenguh sebab angkat beg yang besar dan berat. Nasib baik lah tak banyak sangatkan. Ohh, lupa, nak cakap thanks kat classmates atul, Yunn sebab sudi hantar atul menaiki kereta beliau ke stesyen bas Machang. Thanks jugak kat Yanie, Ziela dan Thah sebab sudi temankan Yunn hantar atul semalam. Thank you so much. Jumpa korang semua sebulan lagi. :D

Maka dengan itu, cuti pun bermula dan atul akan habiskan masa di rumah bersama dengan keluarga tercinta. Cuti ni nak prepare untuk MUET pada 19 November ni dan kelas akan bermula pada 21 November 2011. InsyaAllah, apa yang dirancang, harap dapat dilaksanakan dengan baik. Selamat bercuti kepada kawan kawanku. Jaga diri waktu cuti ni. Jumpa lagi! Sayang korang sangat sangat. :D

4 comments:

  1. Selamat bercuti!!! deno pun dah stat cuti sekarang nie... paper last FAR300 9hb baru nie... Cuti2 nie rajin2 update ye coz deno pasti datang sini... deno pun macam atul cuti skrg nie baru bleh berblogging! (^_^)

    ReplyDelete
  2. @deno Selamat bercuti juga! Memang akan update blog tiap tiap hari kalau cuti ni. Hehe. :D

    ReplyDelete

Terima kasih. :)

© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: