HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Tuesday, September 20, 2011

Final Exam - Taxation

Assalamualaikum semua. :D

Alhamdulillah, seperti yang korang semua tahu, hari ni merupakan hari pertama final exam atul bagi semester ke 5. Hari ni paper Taxation yang telah pun selamat di jawab sebentar tadi. Selama 3 jam berada di Dewan Professional, alhamdulillah, masa 3 jam tu amat lah mencukupi. :D


Yang paling atul gembira, atul dapat jawab dengan tenang. Exam semester semester lepas, atul mesti akan jawab dalam keadaan kelam kabut, dengan perasaan takutnya dan macam macam perasaan lah. Tapi, hari ni, alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Ni semua berkat dengar nasihat dari abah lah kot. Abah selalu pesan dekat atul, jangan takut kalau nak jawab soalan exam. Kita kena yakin, tapi jangan terlalu yakin. Jawab dengan tenang dan pastikan bila masuk dalam dewan peperiksaan, atul da pun ada bekalan yang mencukupi. Sekali lagi, alhamdulillah sebab atul dapat buat yang terbaik masa jawab paper Taxation tadi.

Yang lain lain, atul hanya berserah kepada Allah SWT. Atul da pun berusaha, berdoa, berikhtiar dan sekarang atul hanya bertawakal kepada Allah SWT. Semoga result untuk subjek ni dan semua subjek yang lain, adalah result yang membanggakan. InsyaAllah, AMIN.

Terima kasih mama, abah, family dan semua yang mendoakan kejayaan atul. Harap harap semuanya akan terus mendoakan kejayaan atul. Terima kasih. :)

Next paper pada Sabtu ni iaitu LAW! -_-

5 comments:

Terima kasih. :)

Daisypath Happy Birthday tickers
© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: