HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Tuesday, September 13, 2011

Final Exam - Wish Me Luck!

Assalamualaikum semua.




Ohh, tak lama lagi aku akan menduduki final exam untuk semester ke 5 ni. Wahh, da semester ke 5 taw. Lagi 1 semester je aku nak graduate sebagai pelajar Diploma. Hoho. Tak sabar, okay! :D

Jadual Exam :

TAX 320 : 20/9/2011
LAW 346 : 24/9/2011
MKT 243 : 28/9/2011
MAF 320 : 7/10/2011
FAR 300 : 9/10/2011
MUET (SPEAKING) : 11/10/2011

Untuk semester ni, setelah 14 minggu belajar, secara kesimpulannya :

Tax 320 : Setakat ni bagi aku, subjek ni okay lah. Test 1 hari tu pun okay. Quiz 1 dan quiz 2 pun alhamdulillah, okay sangat. Sekarang ni tengah prepare untuk Test 2 pada 16/9 ni. Then, final TAX pada 20/9. Harap harap aku boleh lah jawab paper ni sebab ianya agak mencabar jugak. :)

LAW 346 : Killer subject untuk semester ni. Sebab apa ?? Subjek membaca ye. Law pulak tu. Banyak kot nak kena ingat. Case, section and macam macam lah. Banyak sangat. Case kalau nama senang nak ingat, tak apa. Nama case majoriti nama kaum Cina dan orang Putih (Mat Salleh). Takut sangat tak boleh jawab soalan ni. Korang doakan lah aku agar aku mudah untuk jawab paper ni ek ?? Ramai yang takut kena repeat paper ni. Ohh, tidakkkkkkkk!!!!! Tiada perkataan REPEAT dalam kamus hidup aku. Mintak dijauhi lah. =_=

MKT 243 : Ni subjek membaca yang paling aku suka, Marketing. Lecturer mengajar pun best sangat. Senang nak faham. Thank you Madam Marhaini! Setakat ni Test 1 dan test 2 sangat membanggakan. Quiz 1 dan quiz 2 pun alhamdulillah, terbaik. Harap harap final exam pun berjalan dengan lancar. Subjek ni aku target dapat A. InsyaAllah, AMIN. :D

MAF 320 : Subjek ni setakat ni okay lah. Seperti yang aku bagi tahu sebelum ni, aku kurang minat dengan subjek Costing ni. Tak tahu lah kenapa. Sejak dari semester ke 3 aku da boleh tahu yang aku kurang dengan subjek ni. Result pun biasa je, tak gempak mana. Tapi aku harap semester ni adalah perubahan sikit untk result subjek ni. InsyaAllah.. :)

FAR 300 : Subjek accounting yang paling aku suka. Susah mana pun, aku akan buat sampai lah aku dapat jawapannya. Tak kisah lah BALANCE atau tak, janji aku dapat jawab. Semester ni topik topik bagi subjek ni okay lah. Test 1 pun alhamdulillah, okay. Quiz pun okay. Harap harap final pun okay. Test 2 esok, tapi sempat lagi aku update blog kan ?? Bukan nak study. HAHA. Doakan aku ye kawan kawan.. :D

Ini lah subjek subjek yang aku belajar untuk semester ni. Harap harap semester ni result aku akan menaik. Doakan aku ye kawan kawan ?? :D Sayang korang! :)

Till then~


2 comments:

  1. semoga berjaya....:) nanti sambung degree :)

    ReplyDelete
  2. chayok2...sambung dgree pastu master n psatu phd..hohohoho..terbaikkk

    ReplyDelete

Terima kasih. :)

Daisypath Happy Birthday tickers
© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: