HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Thursday, September 22, 2011

Tudung : Fesyen @ Tutup Aurat?

Assalamualaikum semua. :D

Okay, hari ni atul nak share sikit dengan anda semua pasal entri berkaitan dengan cara pemakaian tudung pada masa kini. Entri ni adalah daripada blog Kak My. Gambar gambar dalam entri ni semua dari blog Kak My dan atul da pun minta izin dengan Kak My untuk share tentang entri ni. Thanks Kak My. :)

Gambar 1 :

Okay, anda semua mesti da selalu tengok kaum wanita yang bertudung, memakai tudung yang menampakkan bonggol di atas kepala tu kan ?? Da ramai sangat okay yang pakai tudung macam tu. Seriously, atul memang tak suka tengok perempuan pakai tudung macam tu.. Comel ke ?? -_-

Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud :

"Dua golongan di kalangan ahli Neraka yang tidak akan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul di kepala mereka ditusuk tinggi tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian." (Riwayat Muslim).

Okay, kat sini atul nak terang sikit apa yang atul faham daripada hadis di atas.. Okay, pakai tudung yang ada sanggul tinggi tinggi tu adalah satu kesalahan yang besar. Sebabnya?? Macam mana bole terjadinya sanggul yang tinggi tinggi tu?? Mesti lah korang kumpulkan rambut korang yang panjang mengurai tu hingga jadi sanggul kan ?? So, orang yang tengok korang tu, akan dapat tahu yang rambut korang tu panjang. Dan yang si lelaki pulak, akan membayangkan rambut korang yang panjang mengurai tu.. Maka, ianya adalah haram!

Tak payah lah pakai sanggul tinggi tinggi tu. Tak comel lah. Kalau korang nak pakai tudung, tapi tak tahu macam mana nak bagi tak nampak sanggul korang tu, bole je tanya pada yang pakar. Tak pun jom belajar dengan atul. Atul tak pernah ye buat sanggul sanggul tinggi tu. Tak minat! Dan ada cara untuk tak payah buat sanggul tu. :)

Gambar kedua :

Okay, ni lagi 1 fesyen pemakaian tudung zaman sekarang. Pemakaian tudung yang menyerupai biarawati Kristian. Atul baru je tahu nama pemakain tudung ni selepas baca entri Kak My. Ramai jugak yang pakai tudung macam ni. Kawan kawan atul pun ramai je. Tapi tak berani nak tegur sebab tak ada bukti nak cakap dekat diaorang. So, kawan kawan, baca lah ni..

Tudung macam tudung Ariani tu kan senang je nak pakai.. Sarungkan je, betul betulkan sikit, da siap.. Tapi tudung tu kan besar sikit.. So, akan ramai lah yang pin kan tudung tu kat bahagian leher diaorang bagi nampak kemas. Memang nampak kemas, tapi sebenarnya atul tengok macam terseksa je. Pin kan kat bahagian tu kan nampak ketat. So, bila orang tengok macam, ish, tak terseksa ke dia pakai tudung macam tu. Bagi atul, seriously, tak comel dan terseksa tengok orang pakai macam tu!

Atul tak suka dan tak pernah pakai macam tu. Alhamdulillah. Tak berniat dan tak berminat nak pakai tudung macam tu. Entah lah. Kalau pakai tudung yang sarung tu je, atul akan pakai macam biasa. Tak adalah nak pin kat bahagian leher tu. Tak minat. Nanti nampak leher. Berdosa tahu!

Baca ni dan ingat :

"Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum... maka ia termasuk dari golongan mereka"(Hadith riwayat Abu Daud, disahihkan olehIbn Hibban)


Nak geng dengan diaorang ?? Join lah. Atul tak nak!

Kesimpulannya di sini, berfesyen itu bole, tapi biar lah ianya mengikut cara cara Islam. Biar lah tak cantik di mata manusia, tapi cantik di mata Allah SWT. Renung renungkan dan selamat beramal! :D

Sekian~


p/s : Entri ni untuk diri sendiri dan semua.. Sama sama lah kita sebar sebarkan.. :)

6 comments:

  1. tak suka tengok orang yang bertudung tapi bonggol sahaja yang nampak.

    ReplyDelete
  2. @Lia Lomi Yup, kan comel kalau pakai macam biasa je. :D

    ReplyDelete
  3. sye suka yg simple je, pakai tudung bawal...

    ReplyDelete
  4. @EnciK AxixOu Betul tu. Sorang pakai macam tu, sebab tu yg lain pun mengikut.

    ReplyDelete
  5. @Ayuni Betul tu. Kan senang pakai tudung bawal je. Hehe.

    ReplyDelete

Terima kasih. :)

Daisypath Happy Birthday tickers
© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: