HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Thursday, October 13, 2011

Alhamdulillah, 20 Tahun Sudah Umurku :)

Assalamualaikum semua. :D

Hari ni merupakan hari yang paling gembira dalam hidup atul. Rasanya semua da tahu kot hari ni hari apa. Alhamdulillah, hari ni, 13 Oktober 2011, genap lah umur atul 20 tahun. Wahh, da 20 tahun rupanya atul ni. Tapi rasa macam baru je lepas SPM. HEHE. Alhamdulillah, syukur sangat sangat. Atul masih lagi diberi peluang untuk meneruskan kehidupan atul sebagai hamba ALLAH SWT, sebagai seorang anak kepada mama dan abah, dan sebagai seorang pelajar. Alhamdulillah, syukur sangat sangat. Terima kasih ALLAH SWT di atas kurniaan ini. :D



Picture thanks to : Amir Nawawi. :D

Alhamdulillah, di umur 20 tahun ni, atul masih diberi kesihatan yang baik dan sihat, family dan kawan kawan yang sentiasa sayangkan atul, rezeki yang sangat murah dan sebagainya. Semua nikmat yang diberi olehNya, tak pernah putus putus atul ucapkan syukur alhamdulillah. Tanpa DIA, tak mungkin nikmat hidup ni dapat atul rasa. :)

Terima kasih juga kat mama dan abah, ain dan ayong dan semua family atul. Thanks sebab selama ni jaga atul dengan baik, bagi atul makan, pakai yang cukup, jaga atul masa atul sakit, bagi atul apa yang atul nak. Terima kasih sangat sangat kat mama dan abah. Tak mampu angah nak balas jasa mama dan abah. Hanya doa dan kejayaan angah yang mampu angah balas pada mama dan abah. Terima kasih kepada ayong dan ain kerana menjadi kakak dan adik yang terbaik dalam hidup angah. Angah sayang korang semua. :D Tak lupa jgk kat Fifi dan Haikal yang sentiasa menjadi penyeri hidup family atul. Walaupun nakal, tapi mak ngah sayang korang taw. :)

Kepada kawan kawan semua, tak kira lah di sekolah rendah, menegah, mahu pun di UiTM, terima kasih sebab sudi jadi kawan atul, berkongsi segala galanya dengan atul. Terima kasih banyak banyak. Kepada kawan kawan blogger, terima kasih kerana menjadi sahabat atul di alam maya ini. Terima kasih semua. :D

Semoga dengan meningkatnya umur atul ni, semakin meningkat lah amal ibadah atul padaNya, semoga atul terus diberi kesihatan yang baik dan sihat, dapat meneruskan kehidupan seperti biasa dan mendapat kejayaan di dunia dan akhirat. InsyaAllah, AMIN. :D

Terima kasih pada yang wish di Facebook atul dan di phone atul. Thanks sangat sangat. Ucapan anda semua sangat dihargai. Tahun ni sangat meriah sebab ramai sangat yang wish terutamanya dari kalangan blogger. Thank you so much. Semoga hidup anda semua diberkati dan dirahmati selalu.

Terima kasih pada awak tu sebab wish birthday saya. Ucapan awak lah yang paling saya nantikan. Thank you so much :D

Okay lah. Da panjang sangat lah pulak entri ni. Terima kasih semua. Terima kasih sangat sangat. :)

4 comments:

  1. wah, selamat ulang tahun yew...semoga pnjng umur and murah rezeki ^^

    ReplyDelete
  2. selamat hari lahir atul!! semoga atul sentiasa sihat, panjang umur, murah rezeki dan sentiasa dirahmati allah swt... amin!! enjoy ur birthday! (^_^)

    ReplyDelete
  3. sy tak sampai 20 pon lagi.. ;'(

    lagi sebulan. cepat lah masa,, tak sabar nak tunggu wish! hehe.

    ReplyDelete

Terima kasih. :)

Daisypath Happy Birthday tickers
© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: