HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Thursday, September 29, 2011

Nak Blogwalking Malam Ni, Jom Tinggalkan Link Anda!

Assalamualaikum semua. :D

Okay, malam ni atul nak mulakan aktiviti blogwalking. Atul nak kenal dengan blogger blogger baru. Yelah, dunia blogging da semakin berkembang. Blogger pun semakin bertambah. Atul pun da lama tak blogwalking dan malam ni free sangat sangat. Exam hari Jumaat dan Ahad depan. Malas lagi nak study. HEHE. :p


Okay, senang je. Korang tinggalkan URL blog korang kat ruangan komen entri ini. Atul akan singgah blog korang, baca blog korang dan atul akan follow blog korang. Yang da tinggalkan link tu, kalau rasa nak follow blog ni, dipersilakan. Kalau tak nak, tak apa. Tiada paksaan sama sekali. Okay ??

Link link yang ada di ruangan komen entri ini atul akan letak di sidebar blog atul ni. Okay tak ?? Hehe. Okay lah. Happy blogging! :D

Jawapan Kepada Wordless Wednesday

Assalamualaikum semua! :D

Apa khabar ?? Harap semuanya sihat sihat lah ye. Atul alhamdulillah sihat. Cuma sekarang ni da tak ada mood nak update blog. Tak tahu lah kenapa. Nak kata tak idea, idea ada je. Tapi, entah lah. Maybe sebab mood exam tu tak habis lagi. Asyik fikir pasal exam je, sebab tu jadi malas nak update blog.

Okay, entri hari ni adalah sambungan dari entri Wordless Wednesday semalam. Alaa, yang tajuknya Memories With Them tu. Memories dengan siapa ?? Okay okay, jom atul cerita. :)


Ini gambar JPK Kolej Dato Onn sesi 2011/2012 semasa Final FA Kelantan v Terengganu

Okay, untuk pengetahuan korang semua, dalam entri INI atul ada ceritakan yang atul da terpilih menjadi JPK Kolej Dato Onn. Tapi atul telah meletakkan jawatan atul sebagai Setiausaha JPK kolej Dato Onn pada 20/6/2011 yang lalu. Ye, atul letak jawatan. Masih ramai lagi yang tak tahu dan diaorang tak percaya yang atul da pun letak jawatan.

Atul pun tak percaya yang atul boleh buat keputusan macam tu. Untuk pengetahuan semua, atul tak ada masalah dengan mana mana JPK yang lain. Semuanya okay je. Atul ada alasan atul tersendiri kenapa atul letak jawatan. Dan biar lah ianya hanya atul dan ALLAH SWT sahaja yang tahu.



Tinggal kenangan - Ana, Tiha, Yana, Syud, Ila dan Atul


Minggu Destini Siswa - Ila, Syud, Dayah, Amalina, Tiha dan Atul

Rindu sangat saat saat bersama diaorang. Diaorang baik sangat dan yang paling penting 1 kepala! Semuanya sama umur, sebab tu senang nak bekerjasama. Jawatan atul telah pun diambil oleh Yana. Atul nak minta maaf sebab atul lepaskan jawatan terpenting kat kolej DO. Atul minta maaf sangat sangat. Atul buat keputusan ni untuk kebaikan semua orang, dan kebaikan diri atul sendiri. Korang semua tak ada buat salah apa apa dengan atul. Atul enjoy masa MDS lepas, masa meeting sama sama, masa makan sama sama, masa kita jual waktu MDS. Seriously, atul rindu! Tapi itu semua hanya lah kenangan.

Atul harap Kolej Dato Onn akan terus maju tanpa atul. Kepada JPK JPK yang lain, teruskan usahan korang untuk memajukan Kolej Dato Onn. Atul akan sentiasa sokong korang. Kepada FIZAH, SARAH, YANA, DAYAH, TIHA, SYUD, ANA, AMALINA, LAILI, DAYAH GANU, BIE, ILA, ZILA, SUE dan AINAA, good luck ya ! I miss all the moment with all of you. :)

Kepada penghuni Kolej Dato Onn, atul minta maaf sangat sangat tak dapat teruskan tugas sebagai JPK. SORRY! Teruskan sokong JPK DO yang lain.. :)

Wednesday, September 28, 2011

Wordless Wednesday #13 - Memories With Them

Wordless Wednesday is back. :D


What is Wordless Wednesday ?? Click HERE..

Join Facebook WW and Blog MalaysianWW..

Sunday, September 25, 2011

Nak Tiket Wayang Free Tak ??

Assalamualaikum semua.. :D

Yeah, hari ni update lagi. Exam hari Rabu kan. So, ada masa lagi nak study. Jap lagi sambung study ye atul. :)

Okay, sebenarnya atul nak bagi korang hadiah. Tapi kan korang kena lah tolong atul dulu. Hehe. Bole tak ?? Korang pernah pergi Pra Tonton Filem tak ?? Pernah tak ?? Okay, atul tak pernah pergi dan teringin sangat nak pergi. Tapi kan tak berpeluang langsung nak pergi sebab banyak je halangan yang mendatang.

Tengok blogger lain yang pergi malam pra tonton filem tu kan best je. Da lah dapat tengok wayang free, dapat makan free, jumpa artis lagi tu. Jealous, okay! Nak jugakkkk!!!!

So, sekarang ni pihak MIG tengah bagi peluang kat para bloggers untuk dapatkan tiket wayang free. And kalau atul dapat, atul boleh lah share dengan korang semua. Sebelum nak dapatkan tiket wayang free tu, korang tolong lah atul ye. Cara caranya, mudah je :

  • LIKE fan page DAVID TEO di Facebook
  • LIKE fan page MIG ONLINE di Facebook
  • Then pergi kat post INI dan tinggalkan komen korang seperti ini :


Senang je kan ?? Tolong atul ek ?? Pleaseeee!!!! Thank you so much! :D


p/s : Teringin sangat nak jumpa dengan David Teo! :p

Saturday, September 24, 2011

Tahniah Norman Hakim & Memey Suhaiza

Tahniah buat pasangan yang telah selamat dinikahkan pada petang tadi. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.

Norman Hakim


Memey Suhaiza


Credit to : ohbulan!

Thank You Nuffnang!

Assalamualaikum semua. :D

Yeay, dapat jugak update blog. Ini lah saat yang ku tunggu tunggu. Hehe. Tadi da selesai jawab paper LAW. Yang tu nanti atul cerita ye ?? Entri ni just nak cakap terima kasih banyak banyak kat pihak Nuffnang sebab bagi atul BE. Yeah, akhirnya BE datang jugak. Da lama okay tak dapat BE. Sejak bulan 7 hari tu lagi. Agak tension jugak sebab bukak account Nuffnang, tak ada BE baru. Lagi pun aku jarang update kan. Padan muka! HAHA.

Gambar kat bawah ni adalah 2 BE terbaru yang aku dapat. Alhamdulillah, walaupun tak banyak, tapi dapat jugak. Better than nothing, right ?? :)


Thank you, Nuffnang! Lain kali bagi BE banyak banyak taw! :D

Aku baru je hantar ticket kat pihak Nuffnang dengan bertanyakan kepada mereka kenapa aku da lama tak dapat BE. Dan di bawah ni lah jawapannya. Baca lah sendiri. Dalam bahasa omputih. Malas nak translate. HEHE. :p


Tak sia sia usaha aku hantar ticket kat Nuffnang, update blogger bio dan macam macam lagi lah. Lepas hantar je ticket kat Nuffnang, check kat account, dapat BE. Happy sangat. Bertambah lah income aku. Alhamdulillah. Korang korang semua, rajin rajin lah datang blog aku ni ye. Hehe. Thank you. Thank you, Nuffnang! :)

Thursday, September 22, 2011

Tudung : Fesyen @ Tutup Aurat?

Assalamualaikum semua. :D

Okay, hari ni atul nak share sikit dengan anda semua pasal entri berkaitan dengan cara pemakaian tudung pada masa kini. Entri ni adalah daripada blog Kak My. Gambar gambar dalam entri ni semua dari blog Kak My dan atul da pun minta izin dengan Kak My untuk share tentang entri ni. Thanks Kak My. :)

Gambar 1 :

Okay, anda semua mesti da selalu tengok kaum wanita yang bertudung, memakai tudung yang menampakkan bonggol di atas kepala tu kan ?? Da ramai sangat okay yang pakai tudung macam tu. Seriously, atul memang tak suka tengok perempuan pakai tudung macam tu.. Comel ke ?? -_-

Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud :

"Dua golongan di kalangan ahli Neraka yang tidak akan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul di kepala mereka ditusuk tinggi tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian." (Riwayat Muslim).

Okay, kat sini atul nak terang sikit apa yang atul faham daripada hadis di atas.. Okay, pakai tudung yang ada sanggul tinggi tinggi tu adalah satu kesalahan yang besar. Sebabnya?? Macam mana bole terjadinya sanggul yang tinggi tinggi tu?? Mesti lah korang kumpulkan rambut korang yang panjang mengurai tu hingga jadi sanggul kan ?? So, orang yang tengok korang tu, akan dapat tahu yang rambut korang tu panjang. Dan yang si lelaki pulak, akan membayangkan rambut korang yang panjang mengurai tu.. Maka, ianya adalah haram!

Tak payah lah pakai sanggul tinggi tinggi tu. Tak comel lah. Kalau korang nak pakai tudung, tapi tak tahu macam mana nak bagi tak nampak sanggul korang tu, bole je tanya pada yang pakar. Tak pun jom belajar dengan atul. Atul tak pernah ye buat sanggul sanggul tinggi tu. Tak minat! Dan ada cara untuk tak payah buat sanggul tu. :)

Gambar kedua :

Okay, ni lagi 1 fesyen pemakaian tudung zaman sekarang. Pemakaian tudung yang menyerupai biarawati Kristian. Atul baru je tahu nama pemakain tudung ni selepas baca entri Kak My. Ramai jugak yang pakai tudung macam ni. Kawan kawan atul pun ramai je. Tapi tak berani nak tegur sebab tak ada bukti nak cakap dekat diaorang. So, kawan kawan, baca lah ni..

Tudung macam tudung Ariani tu kan senang je nak pakai.. Sarungkan je, betul betulkan sikit, da siap.. Tapi tudung tu kan besar sikit.. So, akan ramai lah yang pin kan tudung tu kat bahagian leher diaorang bagi nampak kemas. Memang nampak kemas, tapi sebenarnya atul tengok macam terseksa je. Pin kan kat bahagian tu kan nampak ketat. So, bila orang tengok macam, ish, tak terseksa ke dia pakai tudung macam tu. Bagi atul, seriously, tak comel dan terseksa tengok orang pakai macam tu!

Atul tak suka dan tak pernah pakai macam tu. Alhamdulillah. Tak berniat dan tak berminat nak pakai tudung macam tu. Entah lah. Kalau pakai tudung yang sarung tu je, atul akan pakai macam biasa. Tak adalah nak pin kat bahagian leher tu. Tak minat. Nanti nampak leher. Berdosa tahu!

Baca ni dan ingat :

"Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum... maka ia termasuk dari golongan mereka"(Hadith riwayat Abu Daud, disahihkan olehIbn Hibban)


Nak geng dengan diaorang ?? Join lah. Atul tak nak!

Kesimpulannya di sini, berfesyen itu bole, tapi biar lah ianya mengikut cara cara Islam. Biar lah tak cantik di mata manusia, tapi cantik di mata Allah SWT. Renung renungkan dan selamat beramal! :D

Sekian~


p/s : Entri ni untuk diri sendiri dan semua.. Sama sama lah kita sebar sebarkan.. :)

Wednesday, September 21, 2011

Wordless Wednesday #12

Wordless Wednesday is back! :D



What is Wordless Wednesday ?? Click HERE..

Join Facebook WW and Blog MalaysianWW..

Tuesday, September 20, 2011

Final Exam - Taxation

Assalamualaikum semua. :D

Alhamdulillah, seperti yang korang semua tahu, hari ni merupakan hari pertama final exam atul bagi semester ke 5. Hari ni paper Taxation yang telah pun selamat di jawab sebentar tadi. Selama 3 jam berada di Dewan Professional, alhamdulillah, masa 3 jam tu amat lah mencukupi. :D


Yang paling atul gembira, atul dapat jawab dengan tenang. Exam semester semester lepas, atul mesti akan jawab dalam keadaan kelam kabut, dengan perasaan takutnya dan macam macam perasaan lah. Tapi, hari ni, alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Ni semua berkat dengar nasihat dari abah lah kot. Abah selalu pesan dekat atul, jangan takut kalau nak jawab soalan exam. Kita kena yakin, tapi jangan terlalu yakin. Jawab dengan tenang dan pastikan bila masuk dalam dewan peperiksaan, atul da pun ada bekalan yang mencukupi. Sekali lagi, alhamdulillah sebab atul dapat buat yang terbaik masa jawab paper Taxation tadi.

Yang lain lain, atul hanya berserah kepada Allah SWT. Atul da pun berusaha, berdoa, berikhtiar dan sekarang atul hanya bertawakal kepada Allah SWT. Semoga result untuk subjek ni dan semua subjek yang lain, adalah result yang membanggakan. InsyaAllah, AMIN.

Terima kasih mama, abah, family dan semua yang mendoakan kejayaan atul. Harap harap semuanya akan terus mendoakan kejayaan atul. Terima kasih. :)

Next paper pada Sabtu ni iaitu LAW! -_-

Sunday, September 18, 2011

Blog Pilihan #2

Assalamualaikum semua. :D

Bertemu kembali pada entri kali ni. Entri kali ni atul akan teruskan dengan entri Blog Pilihan. Jom kita tengok blog siapa pula yang akan menjadi Blog Pilihan atul pada kali ni. :D

Pada yang nak tahu blog siapa yang menjadi pilihan atul sebelum ni, klik SINI. :)

Blog pertama : Blog Apik Pehe.



Klik gambar untuk ke blog beliau. :D

Okay, atul baru je kenal blog ni. Itu pun kenal dari rakan blogger, iaitu Amir Nawawi. Blog Apik Pehe ni sebenarnya blog abang senior kepada Amir Nawawi. Blog beliau memang best dan setiap hari menjadi santapan atul. Apa yang menarik tentang blog beliau, setiap entri mesti ada gambar orang lidi sebagai penarik untuk pembaca membaca blog beliau. Dan ya, atul tertarik! Beliau memang pandai sangat melukis.

Blog Apik Pehe ni banyak cerita tentang kehidupan beliau. Best taw baca tentang kehidupan orang lain ni. Dapat jugak tahu apa yang mereka buat setiap hari. Terbaru, di blog Apik Pehe, dia menceritakan tentang zaman kecil beliau. Dan setiap entri ada sambungannya. Wahh, menarik gitu. Pandai ye beliau buat pembaca setia di blog beliau tertunggu tunggu. :D

Kepada owner blog Apik Pehe, good luck. Teruskan blogging kerana atul minat dengan blog Apik Pehe. :D HEHE. Nanti boleh lah ajar atul lukis orang lidi tu. Atul ni memang failed bab bab melukis. Nak lukis orang lidi tu pun susah bagi atul. HAHA. :D

Blog Kedua : Blog Amir Nawawi

Klik gambar untuk ke blog beliau :)

Blog ni pun baru je atul kenal. Tak lain dan tak bukan, blog Amir Nawawi. Amir ni junior kepada Apik Pehe dan kawan kepada kawan atul, Ziela. Kecik je dunia ni. Atul tahu pasal blog Amir ni dari Facebook Ziela. Atul yang add amir dulu sebab tahu yang Amir ni blogger. Dari situ lah kenal blog Amir dan tiap tiap hari lah blog ni akan ku lawati. HEHE. :D

Blog Amir ni simple dan comel macam tuan dia. Blog Amir ni pun beliau lebih kepada menceritakan tentang kehidupan beliau. Tengok, blog personal jugak yang jadi pilihan atul. :) Amir ni rajin join kontest dari Nuffnang. Banyak lah jugak event Nuffnang yang beliau join.

Selain itu juga, beliau ada jugak bercerita tentang cinta dan perkahwinan. Kalau nak tahu, Amir da ada sijil kursus kahwin. So, kepada mana mana wanita yang single tu, boleh lah kalau nak ngorat si Amir ni. HEHE. Sori Amir. Gurau je. :D


Kepada Amir, good luck taw. Teruskan blogging sebab atul da jadi pembaca setia kat blog Amir. Kalau boleh, update lah tiap tiap hari. Hehe. Itu je lah kot ucapannya. :)

Okay, till then~

Saturday, September 17, 2011

Tahniah Eira Syazira & Azad Jazmin

Assalamualaikum semua. :D

Alhamdulillah, seperti yang semua sudah tahu, pasangan Eira Syazira & Azad Jazmin sudah pun selamat mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah, syukur sangat sangat. Semoga pasangan ni kekal berbahagia sehingga ke akhir hayat. AMIN. :)

Agak agak lah kan, bila ek aku nak kahwin ?? HEHE. Gurau je. Ohh, aku baru perasan. Sekarang ni memang trend bagi iPad sebagai hantaran ek ?? Bertuah lah siapa dapat iPad sebagai hantaran. Kalau aku, aku nak kereta + rumah, okay tak ?? HAHA. :p

Sedikit info dari akhbar Harian Metro :



PUTRAJAYA: Lebih tiga tahun menyemai cinta, pasangan dramatis dan pelakon popular, Eira Syazira, 27, bersama Azad Jazmin, 35, akhirnya bernikah di rumah keluarga Eira di Putrajaya, di sini, malam tadi.

Akad nikah dilakukan ayah Eira sendiri, Shuhaimi Acheh pada jam 8.50 malam dan dengan sekali lafaz Eira Syazira sah milik Azad dengan disaksikan Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya, Abdul Manaf Mat.


Hadir sama keluarga Azad dan ibu bapanya, Jeffri Abdullah dan Rosidah Kadir.

Eira ketika ditemui melahirkan rasa syukur kerana majlis berjalan lancar dan mengharapkan alam rumah tangga mereka berkekalan selama-lamanya. “Alhamdulillah apa yang kami berdua impikan selama ini berjaya direalisasikan walaupun persiapan dilakukan pada saat akhir dan kami bertuah kerana keluarga banyak membantu.


“Kerjaya kami berdua sebagai anak seni memang memberi ruang yang besar untuk pelbagai spekulasi, namun semuanya berjaya kami tepis dengan keputusan mendirikan rumah tangga ini.


“Apa yang penting sekarang percaturan kami berdua untuk membina keluarga bahagia dan terus menyokong antara satu sama lain. Saya sendiri akan berusaha untuk menjadi isteri yang baik dan memastikan agar ikatan ini berkekalan,” katanya yang menerima mas kahwin RM300, tetapi wang hantaran dirahsiakan.

Pasangan itu mengenakan busana putih rekaan Hairi Tajuddin dan Wanpa malam tadi. Eira menerima sembilan dulang hantaran berbalas 11 dulang kepada Azad yang ditaja sepenuhnya Zaha Wedding Planner dan Ari Wedding Couture.


Selain jam tangan, tas tangan lelaki, kasut dan tali pinggang, pihak Eira turut menghantar jambangan coklat, gubahan buah-buahan, sejadah dan al-Quran, sirih junjung, satu set barangan sukan dari jenama pasukan bola sepak kegemaran Azad, Chelsea dan sepersalinan baju Melayu berwarna putih. Malah, sebentuk cincin yang dirahsiakan harganya juga dikirimkan buat Azad. Manakala pihak Azad membalas dengan beg tangan berjenama Tod’s, jam tangan Fossil, sepasang kasut, buah-buahan dan coklat, telekung, sejadah, al-Quran, sirih junjung, iPad2 serta sebentuk cincin berlian.

Azad pula yang tampil segak tidak henti melahirkan rasa syukur kerana akhirnya mereka berdua disatukan dengan ikatan suami isteri. “Eira seorang yang penyayang, penyabar dan sentiasa memahami saya dalam apa juga situasi. Jujurnya dialah insan yang tidak henti menyokong kerja dan apa saja masalah yang membebankan saya. Lantas saya percaya Eira adalah permaisuri terbaik buat saya kerana dialah yang melengkapkan hidup saya,” katanya yang merisik serta bertunang pada pertengahan Mei lalu.


Pasangan itu akan melangsungkan majlis resepsi pada 19 November ini di kediaman keluarga Eira di Presint 14, Putrajaya dan 26 November pula di sebelah lelaki di Dewan Merin, Georgetown, Pulau Pinang.

Sumber : Harian Metro Online




Wednesday, September 14, 2011

Blog Pilihan #1

Assalamualaikum semua. :D

Okay, mulai hari ni, atul akan update entri tentang Blog Pilihan. Blog Pilihan ni adalah blog yang menjadi pilihan atul dan menjadi santapan atul setiap hari. Kiranya, blog yang atul selalu baca SETIAP HARI akan menjadi Blog Pilihan atul. Blog blog yang tersenarai memang blog yang atul akan baca setiap hari. Tak tipu ye. :D

Okay, setiap entri akan ada dua blog yang menjadi pilihan atul. Tapi entri pasal Blog Pilihan ni bukan setiap hari atul update lah ye. Maklum lah, atul da nak final exam dan atul terpaksa hadkan masa untuk mengupdate blog ni. Ni pun curi curi masa taw! :D

Okay, tanpa melengahkan masa lagi, blog pertama yang menjadi pilihan atul adalah, blog Kak Yana, isteri kepada Ujang. :)

Klik gambar untuk ke blog Kak Yana :)

Kenapa blog Kak Yana menjadi pilihan atul ?? Blog Kak Yana ni best sangat. Atul suka baca kisah beliau dengan suami kesayangannya, Ujang. Atul kenal blog Kak Yana pun daripada Ujang. Entri entri kat blog Kak Yana banyak mengisahkan kehidupan seharian beliau. Yang paling menarik bila beliau cerita pasal beliau dan Ujang dapat tiket wayang free, dapat jumpa artis dan sebagainya. Hoho, jealous tahu! :D

Blog Kak Yana pun ada jugak pasal Tazkirah dan Tazkirah akan di update pada setiap hari Jumaat. Atul ni pembaca setia blog Kak Yana. Tapi, atul ni jarang sikit nak tinggalkan komen. Kalau tak silap atul, adalah sekali dua atul komen. Hehe. Kira atul ni silent reader blog Kak Yana lah.

Just nak wish good luck pada Kak Yana. Teruskan blogging dan update kisah kehidupan Kak Yana setiap hari. Interesting! Atul akan terus sokong blog Kak Yana. Jaga kesihatan ya dan jaga baby dalam kandungan tu. :D


Klik untuk ke blog Nisamenaip :)

Blog seterusnya adalah blog Nisamenaip. Siapa lah tak kenal dengan blog Nisamenaip ni. Atul memang suka lah baca blog ni. Suka tengok Nisa yang comel + cantik + cun melecun bak bidadari. Kalau korang nak tahu, Nisa ni sama umur je dengan atul. Mula mula lah kan, atul ingat Nisa ni lagi tua dari atul. Setiap kali komen kat blog beliau, mesti akan ada panggilan Kak Nisa. Sekali tengok kat Facebook, sama umur daa.. HAHA.. *malu..

Blog beliau pun banyak mengisahkan tentang kehidupan seharian beliau. Setiap entri, mesti akan ada gambar beliau yang comel tu. :D Jealous ohh tengok Nisa. Da lah cun, pandai bergaya, kira memang Nisa ni meletop lah! Untung siapa dapat Nisa ni. Ehem ehem. Nak jadi macam Nisa, boleh tak ?? Nisa tolong ajarkan atul makeup, pakai baju cantik cantik, pakai shawl, boleh tak Nisa?? *tolong lah jawab. Hehe. :)

Good luck jugak untuk Nisa. Teruskan blogging and I will always support you. :D

Okay, till then~


p/s : Okay, jom sambung study.. -_-

Wordless Wednesday #11

Wordless Wednesday is back! :D


What is Wordless Wednesday ?? Click HERE

Join Facebook WW and Blog MalaysianWW

Tuesday, September 13, 2011

Last Day With Our Lecturer - Marketing

Assalamualaikum semua. :D

Korang apa khabar ?? Sihat tak ?? Harap harap sihat sentiasa lah ye. Okay, entri kali ni nak cerita tentang hari terakhir kami, pelajar DIAC1105D bersama dengan pensyarah yang mengajar kami subjek Marketing. 14 minggu bersama dengan Madam Marhaini. Beliau memang pensyarah yang terbaik. Suka sangat dengan cara beliau mengajar. Ni kan subjek membaca, mesti akan rasa boring kalau belajar. Tapi Madam mengajar membuatkan kami tak rasa mengantuk pun dalam kelas. Mata ni segar je. :D

Test 1 dan 2 alhamdulillah, hampir kesemuanya dapat markah yang terbaik. Begitu juga dengan quiz 1 dan quiz 2. Projek dan presentation yang kami buat pun semuanya berjalan dengan lancar. Ni semua hasil bantuan dari Madam. Thanks Madam sebab mengajar kami. Doakan kami berjaya dalam final exam kali ni. Doakan lah kami semua dapat A+ bagi subjek ni. InsyaAllah.

Madam takkan mark paper final exam kami sebab beliau akan cuti bersalin. Pensyarah lain yang akan mark. Harap harap pensyarah tersebut dapat memberikan markah yang terbaik pada kami semua. :)


Pelajar lelaki di kelas kami : Azuan, Aji, Qayyim dan Thaqif :D

Pelajar perempuan : Mahie, Yanie, Syamira, Ziela, Atul, Thah dan Farah :D

Our big family : DIAC1105D

Madam, thank you for everything.. Kami doakan Madam selamat melahirkan dan semoga Madam sihat sihat selalu.. AMIN.. :D


p/s : Esok ada test Costing.. Doakan aku dapat jawab dengan baik ye ?? :D

Final Exam - Wish Me Luck!

Assalamualaikum semua.




Ohh, tak lama lagi aku akan menduduki final exam untuk semester ke 5 ni. Wahh, da semester ke 5 taw. Lagi 1 semester je aku nak graduate sebagai pelajar Diploma. Hoho. Tak sabar, okay! :D

Jadual Exam :

TAX 320 : 20/9/2011
LAW 346 : 24/9/2011
MKT 243 : 28/9/2011
MAF 320 : 7/10/2011
FAR 300 : 9/10/2011
MUET (SPEAKING) : 11/10/2011

Untuk semester ni, setelah 14 minggu belajar, secara kesimpulannya :

Tax 320 : Setakat ni bagi aku, subjek ni okay lah. Test 1 hari tu pun okay. Quiz 1 dan quiz 2 pun alhamdulillah, okay sangat. Sekarang ni tengah prepare untuk Test 2 pada 16/9 ni. Then, final TAX pada 20/9. Harap harap aku boleh lah jawab paper ni sebab ianya agak mencabar jugak. :)

LAW 346 : Killer subject untuk semester ni. Sebab apa ?? Subjek membaca ye. Law pulak tu. Banyak kot nak kena ingat. Case, section and macam macam lah. Banyak sangat. Case kalau nama senang nak ingat, tak apa. Nama case majoriti nama kaum Cina dan orang Putih (Mat Salleh). Takut sangat tak boleh jawab soalan ni. Korang doakan lah aku agar aku mudah untuk jawab paper ni ek ?? Ramai yang takut kena repeat paper ni. Ohh, tidakkkkkkkk!!!!! Tiada perkataan REPEAT dalam kamus hidup aku. Mintak dijauhi lah. =_=

MKT 243 : Ni subjek membaca yang paling aku suka, Marketing. Lecturer mengajar pun best sangat. Senang nak faham. Thank you Madam Marhaini! Setakat ni Test 1 dan test 2 sangat membanggakan. Quiz 1 dan quiz 2 pun alhamdulillah, terbaik. Harap harap final exam pun berjalan dengan lancar. Subjek ni aku target dapat A. InsyaAllah, AMIN. :D

MAF 320 : Subjek ni setakat ni okay lah. Seperti yang aku bagi tahu sebelum ni, aku kurang minat dengan subjek Costing ni. Tak tahu lah kenapa. Sejak dari semester ke 3 aku da boleh tahu yang aku kurang dengan subjek ni. Result pun biasa je, tak gempak mana. Tapi aku harap semester ni adalah perubahan sikit untk result subjek ni. InsyaAllah.. :)

FAR 300 : Subjek accounting yang paling aku suka. Susah mana pun, aku akan buat sampai lah aku dapat jawapannya. Tak kisah lah BALANCE atau tak, janji aku dapat jawab. Semester ni topik topik bagi subjek ni okay lah. Test 1 pun alhamdulillah, okay. Quiz pun okay. Harap harap final pun okay. Test 2 esok, tapi sempat lagi aku update blog kan ?? Bukan nak study. HAHA. Doakan aku ye kawan kawan.. :D

Ini lah subjek subjek yang aku belajar untuk semester ni. Harap harap semester ni result aku akan menaik. Doakan aku ye kawan kawan ?? :D Sayang korang! :)

Till then~


Sunday, September 11, 2011

Jeritan Batinku : Azlan & The Typewriter

Video terbaik dari Azlan & The Typewriter. :D



First time tengok video ni, memang aku terkesima. Best sangat. Mula mula tak faham jalan cerita lagu ni. Aku tengok 2 kali baru lah faham. Hehe. Yang paling best, tentu lah vokal mantap dari Lan. Aku memang minat dia sejak dia dengan Meet Uncle Hussein lagi. Vokal dia memang mantap. Terbaik dari ladang! :D

Ada jugak komen peminat yang aku baca mengatakan lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee ni hancur selepas diberi nafas baru macam ni. Tapi bagi aku, lagu ni best sangat. Apa apa pun pendapat korang, tak kisah lah. Masing masing ada pendapat sendiri. Yang aku tahu, aku minat sangat lagu ni. Tahniah Azlan & The Typewriter! :D


RAAR : Tengok muka Lan, tiba tiba teringat kat seseorang. Mirip sangat. :D

Friday, September 9, 2011

Aidilfitri 2011~

Assalamualaikum semua.

Rasanya tak terlambat lagi aku nak story pasal Aidilfitri aku pada tahun ni. So, jom lah baca kisah aku di Aidilfitiri 2011 kali ni. Aidilfitri keluarga aku macam biasa. Secara bersederhana je. Tiada yang menarik macam orang lain. Apa apa pun, aku tetap happy dapat berkumpul dengan keluarga aku. :D

Hari Raya Pertama :




Ini lah gambar family kecil aku. Seperti yang semua tahu, aku ada 3 orang je adik beradik. Kakak dah kahwin, aku yang ke 2 dan seorang adik perempuan. Thanks to Pak Li sebab tangkapkan gambar family kitaorang. Tengok lah gambar kat atas tu, abah aku memang susah sangat nak pakai baju Melayu. Dia pakai baju kemeja dengan kain pelikat. Abah aku ni memang pelik sikit. Macam biasa, family aku memang tak ada tema tetap. Cuma tak tahu lah kenapa baju aku, ayong dengan ain sama pulak warna tahun ni. Secara kebetulan je. :D


Yeah, ini lah aku. Gambar ni bukan gambar raya pertama. Ni gambar masa raya di kampung. Comel tak ?? Hehe. Pipi aku tembam! :p

Ini lah tetamu yang datang masa hari raya pertama. Ni keluarga mertua kakak aku. Agak ramai dan rumah aku kecik. So, terpaksa lah ada yang kena duduk kat luar. Kat luar tu da disediakan kerusi untuk duduk. Sebab da tahu kat dalam tu ruangnya kecik! :)

Sedang menikmati hidangan yang disediakan.. :D

Ni lah antara hidangan pada hari raya pertama : Antaranya Lontong, Lemang, Rendang Ayam, Laksa, Daging masak hitam dan macam macam lagi. Tak ingat da. Selalunya raya pertama ni family aku masak Nasi Dagang. Tapi entah kenapa menu utama tu ditukar kepada Laksa pulak. Lagi pun bukan aku yang masak, abah dengan mama yang masak. Makan je lah. Apa apa pun, memang sedap lah! :D

Ni kakak aku, abang ipar dan anak sedara, Fifi dan Haikal. Tahun depan akan bertambah lah sorang laki. Tak nampak perut kakak aku tu buncit ?? Ada baby ye. Da 4 bulan ++.. Doakan lah dia selamat melahirkan baby ketiganya bulan Mac 2012 nanti.. :)

Hari Raya Kedua :

Hari ni family aku pulang ke kampung di Kuala Kangsar, Perak. Bertolak pada pukul 10 pagi dan selamat sampai pada pukul 2 petang. Sampai je kampung, beraya rumah saudara mara kejap. Sampai je rumah opah, masing masing kepenatan, so rehat sampai lah ke malam. Family Mak Yang semua pergi beraya.

Malam tu kami semua ke Kuala Kangsar. Sebelum tu singgah kat rumah Mak Ngah Aini. Makan Nasi Impit dan Lontong. Memang terbaik lah! Tengok lah gaya aku makan tu. Tak sopan langsung. Aku pun tak sedar siapa yang ambil gambar ni.


Masing masing sedang khusyuk menikmati juadah yang disediakan.. Hoho.. Yummy! :D

Ini lah penyeri masa di kampung : Haikal, Fifi, Shakira, Syafiqah, Syasya dan Yaya..

Hari Raya Ketiga :

Awal pagi, semua bangun dan sesi mengemas kawasan rumah opah pun bermula. Nak letak gambar, tapi tak bole sebab semuanya tengah seksi. HAHA. Da siap kemas, kami pergi mandi sungai. Macam biasa lah, rutin harian bila balik kampung. Tak sah kalau tak mandi sungai. Yang ni lagi tak bole letak gambar. Nanti ada yang terkeluar biji mata. Bukan lah seksi mana, tapi tak molek orang tengok! HEHE.

Ni pada waktu malam. Dekat rumah Pak Cu. Masa ni family Mak Yang nak balik Kuala Lumpur da. Sebelum mereka pulang, celebrate birthday abang iparku yang ke 29 pada 1 September lepas. Makan kek je. Then makan Laksa kat rumah Pak Cu.

Fifi memang akan menyibuk kalau orang nak potong kek. Dia cakap birthday dia. Dan dia akan marah kalau cakap birthday orang lain. Hoho. APA PUN TAK BOLEH! :D

Bersama adik tercinta. Erkk, cinta ke ?? HAHA. Aku pakai baju SB. Comel tak ?? :p

Sesi bermanja mama dan abah semasa di rumah Pak Cu. Abah nak suap mama kek, tapi mama pulak tak nak. Dia cakap, nanti nampak gigi dia yang tak cantik tu. Pelik pelik je mama aku ni. :)

Hari Raya Keempat :

Hari ni kami sekeluarga pulang ke rumah. Bertolak jam 3 petang. Pagi tu pergi beraya dulu rumah jiran opah. Tapi maaf lah, tiada gambar. Gambar Fifi dengan Haikal ada lah. Family aku ni jenis yang tak suka sangat bergambar. Aku pun kurang sikit bab bab bergambar ni. Sebab tu tak banyak gambar. :)

Itu lah serba sikit cerita raya aku kali ni. Biasa biasa je. Tak lah gempak macam orang lain. Apa apa pun, aku happy sangat dapat jumpa saudara mara aku semua. Bukan senang nak berkumpul. Setahun hanya sekali je. Memang happy lah.

Aku tak beraya sangat sebab raya ke 6 da kena balik UiTM. UiTM sentiasa menunggu ketibaan aku sampai lah tahun depan. Malas nak balik, tapi apakan daya. Aku masih ada tugas. Macam biasa lah, aku menangis. Tapi kejap je.

Malam nak balik tu, bas buat hal. Sepatutnya bertolak jam 9.30 malam. Pukul 11 malam baru bertolak. Sakit hati je. Selamat sampai UiTM pukul 5.30 pagi. Kalau sampai lambat, memang nak kena lah kan. HEHE.

Okay lah. Itu sahaja cerita aku. Da terlebih panjang pulak. HEHE. Thanks pada yang sudi baca. :D

Till then~


Wednesday, September 7, 2011

Wordless Wednesday #10

Wordless Wednesday is back! :D



What is Wordless Wednesday ?? Click HERE

Join Facebook WW and MalaysianWW Blog

Sunday, September 4, 2011

Kad Raya Dari Blogger :D

Assalamualaikum semua. :)

Yeay! Dapat jugak kad raya. Da berapa lama tak dapat kad raya dari kawan kawan. Dulu masa kat sekolah, berlumba lumba hantar kad raya. Sekarang?? Kad raya semakin dilupakan. Yelah, zaman da moden. Kan senang hantar ucapan guna SMS je. Tak pun ucapan kat Facebook, Twitter dan macam macam lagi lah. Zaman da berubah.


Ini lah kad raya yang atul dapat dari seorang rakan blogger iaitu Amirnawawi. Thank you so much Amir. Ingatkan Amir main main je masa tulis status kat Facebook tu. Rupanya betul lah Amir hantar kad raya ni. Thank you so much Amir. Kalau nak tahu, ni lah kad raya pertama dan terakhir yang atul terima pada raya tahun ni. Dan buat pertama kalinya, kawan lelaki yang hantar kad kat atul. HAHA. Macam tak percaya je.

Sekali lagi, thanks Amir. Tahun depan hantar lah lagi ye. Sori lah tak dapat nak hantar kad raya kat Amir dan jugak kat kawan kawan lama. Kesibukan sebagai seorang pelajar Universiti membataskan aktiviti penghantaran kad raya ni. Kalau tahun depan, INSYAALLAH atul akan pos kad raya untuk kawan kawan sebab tahun depan cuti 4 bulan. So, bolah lah kot. Hehe. :D

Okay lah. Till then~


RAAR : Amir, TQ! :D

Saturday, September 3, 2011

Yeay! Aku Dapat Duit Raya Lagi :D

Assalamualaikum semua. :)


Dalam sampul di atas, ada duit raya ye. Duit raya aku yang bernilai RM50 ++.. :D
Ada sesiapa nak tambah lagi ?? :p


Okay, hari ni nak bercerita sikit pasal duit raya. Raya kali ni happy sangat sangat sebab aku masih lagi dapat duit raya. Mana taknya, tahun tahun lepas, bukan main susah aku nak dapat duit raya. Tahun lepas lagi sedih. Sikit je. Alhamdulillah, dapat lah jugak. Raya tahun ni sangat memberangsangkan. Walaupun tak banyak mana, tapi aku bangga sebab aku masih dapat duit raya. Boleh lah nak buat belanja beli barang nak balik UiTM ni. Hehe. :D

Dari kecik lagi, aku memang tak dapat banyak duit raya. Jealous sangat dengan kawan kawan sebab bila pergi sekolah, diaorang mesti cerita yang diaorang dapat duit raya beratus ratus ringgit! Aku?? HAHA. Tak sampai seratus pun! Aku paling jealus kat kawan aku, Asma. Dia lah yang paling kaya time raya. Kalau tanya je, tak sah jawapan dia ratusan ringgit. Tak pernah lah dengar puluh puluh ringgit, mesti ratus ratus. Dah tu bukan nak belanja aku. Apa punya kawan, HAHA. Sori Asma! :D

Sekarang ni aku makin dewasa. Terima lah hakikat yang aku takkan terima da duit raya. Aku kena bagi duit raya adalah. Lagi lagi anak sedara aku akan bertambah tahun depan. So, kena prepare duit raya banyak banyak. Baru anak sedara aku sayang aku lebih. Tak gitu, Fifi, Haikal?? :p

Apa apa pun, betulkan niat kita nak beraya. Hari raya hari untuk bermaaf maafan. Duit raya adalah 1 bonus. Kalau dapat, Alhamdulillah. Kalau tak dapat, tak apa lah. Tak gitu ?? :)

Okay lah. Sampai sini dulu. Nanti kita story story lagi ye. Yang nak duit raya dari aku, tunggu raya tahun depan. Sebab tahun depan baru aku kerja. Tahun ni tak ada lagi ye. HEHE. :D

Till then~


RAAR : Baru sampai dari Perak semalam. Esok da nak balik Machang~



© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: