HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Friday, February 25, 2011

Pengumuman Pengumuman!!

Rabiatul Adawiyah Bt Abd Rahim. Comel tak ?? :)

Assalamualaikum semua.
First of all, atul nak mintak maaf sangat sangat sebab da beberapa hari ni atul tak dapat update blog.
Sorry sangat sangat.

Atul busy dengan Festival Kolej yang sedang berlangsung sehingga lah hari Sabtu ni.
Atul jadi AJK untuk FESKO.
AJK yang terlibat adalah Jawatankuasa Perwakilan Kolej dan Sekiteriat Kolej dari semua kolej dan Non Resident.
Atul merupakan Sekiteriat Kolej Dato Onn. So, atul terlibat dalam FESKO kali ni.

Ni pun atul update dalam keadaan yang kelam kabut sebab malam ni ada program lagi kat Medan Ilmu.
Jemput lah datang ke UiTM Machang kepada sesiapa yang berhampiran dengan UiTM Machang ye.
Best sangat sangat. Ada macam macam barang yang di jual. Dan pelbagai aktiviti yang dijalankan.
Rugi kalau tak datang. :)

Okay lah. Itu sahaja.
Esok dan hari Ahad atul ada test Costing, Account dan Computerized Accounting.
Doakan atul ye.
Thanks all. :)


p/s ; Minggu depan baru start blogging. :)

Sunday, February 20, 2011

Tiba Tiba Je.


Picture from Google. Thanks :)


Tak tahu lah kenapa dengan atul ni. Semalam call mama atul dan atul cakap kat mama atul yang atul nak handphone baru. Tapi atul tak cakap lah yang atul nak phone Blackberry seperti gambar di atas. Atul cuma cakap yang atul nak tukar phone baru je. Sebenarnya tak nak cakap pun. Takut lah nak mintak kat mama dengan abah barang mahal mahal ni.

Mama atul tanya atul, 'Nak phone yang mana ?? Blackberry ke ??'. Terkejut jugak bila mama tanya macam tuu. Atul pun cakap, 'Okay jugak lah kan'. Mama tanya harga phone tuu berapa. Atul cakap harga phone tuu macam harga phone Blackberry yang kawan atul beli tuu. Mama jawab 'Takutnya dengar harga phone tuu. Nanti lah kalau ada rezeki, beli lah'.

Actually, bukan atul nak phone Blackberry tuu. Sebab atul tahu yang atul takkan dapat phone tuu. Kalau dapat pun, mungkin ambil masa yang lama u. Atul cuma nak tukar phone baru. Phone yang biasa biasa. Yang penting, boleh dengar lagu, mesej dengan kawan kawan, call family, dan tangkap gambar. Yang murah pun jadi lah. Nanti da kerja baru atul nak beli phone yang agak canggih sikit. Sekarang ni tak mampu lagi. Duit yang ada sekarang ni atul lebih pentingkan untuk pelajaran.

Mama, jangan fikir sangat pasal angah minta phone tuu. Angah bukan minta sekarang. Kalau ada rezeki nanti, baru angah nak tukar. Angah tak minta yang mahal mahal pun. Yang biasa biasa je. Mama jangan risau ye. Angah tak fikir sangat pasal phone tuu. Phone yang ada ni pun da cukup. Janji boleh call mama. :)


p/s ; Ayong, kalau baca ni, cakap kat mama ye. Jangan risau sangat pasal ni ye. :)

Rajinnya Saya Dan Kawan Kawan :)

Auww. Comel tak tuan punya blog ni ?? Hehe :)

Rajinnya saya (:

Mek Syamira & Mek Fatihah :p

Buku Financial Accounting. Best study! HAHA.

Dengan kawan baik atul, Mek Ziela (:

Rajinnya kawan atul ni. Ni budak pandai kat kelas atul :)

Mereka sangat rajin menyiapkan kerja. HEHE. :)


Aktiviti atul dan kawan kawan hari ni. Kami ke library untuk menyiapkan kerja accounting.
Lepas habis kelas pukul 10 tadi, sementara nak tunggu kelas pukul 12, pergi lah library.
Nak keluar makan pun, awal sangat.

Atul da siap kerja account ni. Cuma tolong ajarkan kawan kawan atul ni.
Diaorang mintak tolong atul ajar.
Atul pun ajar lah mereka setakat mana yang atul boleh.

Kelas account pukul 12 batal sebab madam ada hal.
Kitaorang pun siapkan kerja.
Aku da mula boring + lapar.
Tapi tak apa lah. Tunggu mereka siapkan kerja.
Then baru pergi makan.

Balik bilik, terus online. Nak basuh baju, air tak ada lagi.
Cepat lah ada air. Susah hidup kalau tak ada air.
Tapi bila ada air, tak tahu nak berjimat pulak.
Urm, manusia lah katakan
Bila dah tak ada, baru kita nak hargai.

Itu lah sedikit cerita tentang kisah atul hari ni.
Nak tidur lah. Mengantuk.
Tata. Jumpa lagi :)

SAYA SEORANG BLOGGER YANG AKTIF !


Nak join ?? Klik gambar di atas :)

Segmen dari abang ben ashaari (:

Saturday, February 19, 2011

"Segmen Bloglist Jom Kejar Tok Esah"


Nak join ?? Klik gambar di atas ni ye :)

Okay, entri kelima untuk hari ni.
Kali ni nak join bloglist Tok Esah pulak.

Maaf lah ye sebab hari ni banyak sangat entri.
Bukan apa, kerja da siap.
Da lama tak update. So, hari ni lepas rindu untuk update blog lah.
Lepas ni da busy!

Okay, nak review sikit pasal blog Tok Esah ni.
Blog Tok ni tak banyak widget.
So, senang sikit nak loading.
Nak baca entri pun best je sebab tak ada banyak widget yang boleh menyakitkan mata.

Kebanyakkan widget adalah widget yang penting je.
Penulisan entri Tok pun okay.
Tiada singkatan dan senang nak baca.
Tok pun rajin juga update blog dan banyak info info terbaru boleh dapat di blog Tok.

Secara kesimpulannya, blog Tok best dan atul puas hati sangat. :)

Okay, itu sahaja.
Harap sangat blog atul boleh berada di bloglist Tok Esah :)
Thanks so much ^_^

p/s ; Cukup untuk hari ini :) Jumpa lagi ^_^

Asyik Bloglist Je!

Sejak kebelakangan ni, blogger lain asyik buat bloglist je.
Bagus sangat sangat.
Kira macam membantu antara 1 sama lain.

Kalau korang tengok pun, atul asyik join bloglist blogger lain je kan ??
Well, ni salah 1 cara untuk mempromosikan blog kita.
Sebab tuu, atul suka join bloglist blogger lain.
Nanti kalau atul update blog, diaorang boleh tahu entri terbaru kat blog atul ni.

Atul pun ada rancangan nak buat bloglist blog atul sendiri.
Tapi tak yakin nak buat sebab atul tahu takkan ada sambutan.
Bukan putus asa atau apa, tapi dulu atul da buat.
Tapi penyertaan sikit sangat.
Agak menyedihkan jugak lah.
Sebab tuu, tak nak buat. :(

Agak agak lah, lepas ni kalau atul buat bloglist, ada tak yang nak join ??

"Ceq Nak Join Bloglist Tomatokering"


Nak join ?? Klik gambar di atas ye. :)

Okay, kali ni nak join bloglist tomatokering pulak.
Suka sangat join bloglist blogger lain ni. :)

Tiada apa yang nak komen sangat tentang blog tomatokering ni.
Blog yang sangat comel.
Atul suka sangat header blog ni.
Layout blog ni pun comel sangat.
Tiada banyak widget yang memberatkan blog ni.

Secara kesimpulannya, blog ni best!
Harap blog atul dapat masuk bloglist tomatokering.
Thanks so much :)

Blogger Yang Suka Kentut!


Gambar dicuri dari Ujang.

Korang kenal tak blogger kat atas ni ??
Siapa tak kenal, sila bunuh diri anda sendiri.
HAHA. gurau je.

Ini lah blogger yang suka sangat kentut bila datang blog atul.
Setiap kali datang, mesti kentut.
Kalau wangi, tak apa.
Ni bau macam dia tak mandi sebulan.

Blogger lain cakap dia ni nyah.
Tak tahu lah kan betul ke tak.
Nak kata nyah, kalau tak silap, dia da bertunang.
Maybe diaorang gurau je kot.

Blogger ni jugak suka sangat gaduh gaduh manja dengan blogger Nazirul Hazwan.
Gaduh sebab rebutkan Heliza Helmi.
Tak sedar diri. Pada hal, 2-2 da berpunya.
Sudah sudah lah berebutkan Heliza tuu ye.

Masa kat Gathering Sahabat Blogger, muka dia masam sangat.
Da lah muka memang muka orang sombong.
Buat pulak muka masam. Takut nak tegur dia!

Tapi rupa rupanya dia baik orangnya.
Maaf lah ye sebab bersangka buruk. :)

Kalau datang blog atul, jangan kentut da ye.
Berbau blog atul ni. HAHA.

Maaf lah ye kalau ada ayat yang agak menyakitkan hati.
Sekadar gurauan di tengah hari buta ni.
PEACE!

Sila lah ke blog blogger ni ye.
Klik SINI :)


"Header PERCUMA Oleh SyedGraphiX"


Nak header percuma ?? Klik gambar di atas untuk maklumat lebih lanjut :)

Peluang keemasan tak boleh dilepaskan.
Tadi blogwalking, then nampak pulak ada blogger nak bagi header percuma.
Siapa yang tak nak kan ?? Hehe.

Atul pun nak mencuba nasib.
Boleh jugak tukar header lain.
Header atul yang sebelum ni, semuanya direka khas untuk atul oleh adik kesayangan atul, miera.
Cantik kan header atul ??
Thanks to miera. :)

Atul nak header transparent.
Kalau gambar pulak, atul nak gambar kartun, gambar perempuan bertudung.
Tapi sorry sangat sebab atul tak ada gambar kartun tuu.
Ingat nak suruh syed carikan.
Tapi kalau tak boleh, tak apa lah.
Biarkan je header tuu tak ada gambar. Cuma ada tulisan je.

Kalau boleh, kat header tuu nak tulis, THIS IS ME.
Then ada URL blog atul, http://rabiatul-adawiyahcute.blogspot.com/
Itu sahaja.

Kalau font pula, atul nak font Kristen ITC.
Warna mengikut warna kat blog atul sekarang ni, purple + pink.

Rasanya tuu sahaja.
Tak nak mintak lebih lebih.
Nak yang simple je.
Thanks pada SyedGraphiX.
Thanks so much :)

Friday, February 18, 2011

"Jom Sertai Bloglist IR @ Blog Lebah"




Assalamualaikum semua.
Alhamdulillah, dapat juga atul update blog lagi.
Lately ni, busy sikit.
Semalam baru selesai program Karnival Dato Onn.
Cerita pasal program tuu, nanti atul cerita, okay ??

Hari ni atul nak join Bloglist IR.
IR nak bubarkan bloglist dan nak buat bloglist baru.
So, atul tak nak lah lepaskan peluang ni.

Nak review pasal blog IR ni.
Blog IR adalah salah satu blog yang atul akan singgah kalau atul online.
Blog IR blog yang simple.
Buka je blog IR, boleh nampak lebah.
Salah satu keunikkan di blog IR yang membolehkan orang yang berkunjung ke blog IR akan sentiasa ingat kat blog IR.

IR selalu update blog.
Entri di blog IR best sangat.
Tips yang diberi sangat berguna.
Atul selalu ikut tips yang IR bagi.

Entri yang senang nak baca sebab tak guna ayat singkatan.
Secara kesimpulannya, blog IR memang best.
Tak rugi kalau spend masa yang lama kat blog IR. :)

Harap blog atul boleh berada di bloglist IR.
Thanks IR :)

Tuesday, February 15, 2011

Jom Tengok Blog Ini :)

Disebabkan da tak ada idea, so, atul nk promote blog kawan atul yang sorang ni.
Kenal pun kat dalam dunia blog ni je.
Tak pernah bertentangan mata apatah lagi menjalin kasih.
HAHA. Mengarut lah atul ni.

Harap dapat lah jumpa dengan awak ye satu hari nanti.
Boleh kita borak sama sama.
Borak kat shoutbox tuu tak best sangat lah.
Lagi best kalau dapat face to face dengan awak, kan ?? :)

Pesanan dari blogger yang tak popular ni, good luck in your study.
Keep on blogging :)

Selalu lah datang blog atul ni ye.
Harap persahabatan kita kat dunia blog ni takkan berhenti setakat ni sahaja.
Semoga kita terus menjadi sahabat selama lamanya. :)

Jom terjah blog beliau.
Tekan SINI.


p/s ; Thanks ^_^

Monday, February 14, 2011

Apabila Tiada Idea :)

Picture from Photobucket

I don't have any idea to post on my blog.
Can someone give me the idea ??

I want to post something on my blog but i don't know what kind of topic to share with all of you.

Sorry because lately, no update from me because i am quite busy with my study.
Quiz, test, program Karnival DO, Festival Kolej (FESKO) and so on.

That's all for today.
See you soon.

Enjoy watching the picture above.
I think i am already found the one who thinks i am his princess.
I LOVE HIM THOUSAND MUCH :)


Saturday, February 12, 2011

Boleh Tak Kalau Saya Nak Dia ?? :)


Credit to ; Google.

Saya da jatuh cinta dengan ini jejaka.
Kenal tak siapa ni ??
Takkan tak kenal kot bakal suami atul. HAHA.
Ni lah artis Malaysia kita, Ashraff Muslim.

Atul da jatuh cinta dengan dia ni.
Lepas tengok cerita Ustaz Amirul kat TV3.
Dia da lah handsome, berlakon jadi ustaz pulak.
Terpikat !!

Ashraff Muslim ni single lagi kan ??
Agak agak okay tak atul dengan dia ??
Sesuai tak ??
Abang Ashraff, atul da jatuh cinta lah dengan abang. :)
Hehe. Tak malu betul lah atul ni.

Gurau je lah. Lagi pun, Ashraff Muslim ni takkan nak kat atul punya.
Atul ni tak sesuai dengan dia.
Atul sekadar minat je kat dia. :)

Tak salahkan kalau kita minat kat seseorang ??

Mana lah tahu dia pun minat kat atul.
Auww, so sweet!!
:)

KEMPEN: Kami Tak Sambut Hari Valentine


Assalamualaikum semua.
Alhamdulillah, masih lagi dapat update blog.
Semalam tak dapat update kerana atul pergi ke Permai Resort dengan kawan kawan 1 kelas.
Best sangat semalam. Kami nak release tension.
Alhamdulillah, berjalan dengan lancar :)

Okay, berbalik pada tajuk di atas, atul jumpa kempen ni di blog Qaseh dan Ujang.
So, untuk maklumat lanjut, atul terus ke blog Sunah.

Atul pun nak join jugak kempen ni.
Seperti yang kita tahu, haram bagi umat Islam untuk menyambut Hari Valentine.
Walaupun ramai yang da tahu, tapi masih ada juga yang menyambutnya.
Tanggal 14 Februari setiap tahun, pasti ada yang menyambutnya.

So, atul nak mneyeru lah kat semua orang bahawa menyambut Hari Valentine adalah haram.
So, rasanya tak perlu lah kita sambut ye.
Kerana dalam Islam tiada istilah Hari Valentine.
Di dalam al-Quran juga tidak menyeru kita untuk menyambut Valentine ni.
Ianya adalah haram!

Hari hari adalah hari kasih sayang.
So, sambut lah hari hari bersama orang yang kita sayang.
Tak perlu lah nak tunggu 14 Februari baru nak sambut kan.
Lagi pun, tuu bukan hari kita.

Untuk mengetahui lebih lanjut sejarah Hari Valentine ni, sila lah ke blog Sunah.
Kepada blogger yang nak berkempen tentang Hari Valentine ni, sila lah berkempen.
Sangat sangat dialukan.

Ingat ye, menyambut Hari Valentine adalah HARAM.

Terima kasih :)

Thursday, February 10, 2011

BLOGLIST FAIZAL FREDLEY DOT COM


SAYA NAK JOIN BLOGLIST NI.

Thanks :)

Ada Blogger Tak Kenal Ben Ashaari ??


Tengok tajuk kat atas tuu. Geramnya!!
Ada ke seorang blogger ni, dia tak kenal abang ben ashaari.
Pada hal da lama kot dia bergelar seorang blogger.
Ni nak kena ni.

Nak tahu siapa blogger yang tak kenal abang ben ashaari tuu ??
Klik SINI untuk ke blog beliau.
Ohh, atul da sediakan sekali gambar abang ben ashaari buat tatapan blogger tersebut.

HAHA. Sebenarnya blogger tuu bukan tak kenal abang ben ashaari.
Tapi menurut beliau, setelah dia tengok gambar abang ben ashaari ni, dia kata abang ben nampak lain.
Dia tak percaya yang dalam gambar di atas ni adalah abang ben ashaari.

Agaknya abang ben nampak lain kot dalam gambar ni sampai dia tak cam yang dalam gambar tuu adalah abang ben ashaari.
Syaz, ni memang abang ben ashaari ye.
Lain kali tengok betul betul, okay!

Tuesday, February 8, 2011

Saya Da Okay. Tapi..


Assalamualaikum semua.
Selamat petang.
Korang sihat tak ??
Harap semuanya sihat selalu.

Alhamdulillah keadaan atul da semakin okay.
Da tak teringat sangat family kat rumah.
Ingat ingat lah jugak. Sentiasa, tapi kurangkan sikit.
Penat da menangis ni.
Lagi pun family atul mesti lagi suka kalau atul happy kat sini.
Betul tak ??

Sekarang ni tengah fikirkan pasal assignment yang banyak.
Test dengan quiz lagi.
Da mula banyak kerja da.
Wish me luck, ya!! :)

Gambar kat atas tuu sedih sebabnya trafik bagi blog atul ni da turun dengan mendadaknya.
Teruknya trafik atul 2-3 hari ni.
Salah atul jugak sebab tak update blog.
Bukan apa, busy sangat.

Nak blogwalking, update blog, terpaksa atul kurangkan.
Sedih sangat tapi pelajaran lagi pentingkan.
So, terpaksa lah korbankan blog ni sementara.

Kepada yang datang blog atul, terima kasih banyak banyak.
Sorry sangat sebab tak dapat nak jejak korang dalam jangka masa ni.
Banyak kerja harus di selesaikan.
Selalu lah lawat blog atul ye. :)


p/s ; Menaip entri dengan pantas sebab ada program Solat Hajat di UiTM Machang :)

Sunday, February 6, 2011

Sedih, Rindu Mereka~

Assalamualaikum semua.
Sihat tak ?? Atul alhamdulillah sihat.
Cuma pening kepala sikit.
Badan sakit sangat sangat.

Atul da selamat sampai UiTM pukul 5.15 petang semalam.
Penat sangat. Jalan jam teruk.
Macam biasa lah kan. Nak balik tuu, atul memang nangis lah.
Sedih sangat nak tinggalkan family.

Abah dengan mama je hantar sebab abang ipar atul kerja.
So, kakak atul tak dapat lah ikut hantar atul.
Adik atul pulak kerja.
Semalam agak teruk jugak lah menangis.

Sepanjang perjalanan dalam bas tuu pun atul menangis jugak.
Biar lah orang nak kata apa.
Diaorang tak faham perasaan atul.
Sedih sangat sangat!!

Bulan 5 baru boleh balik.
Lambatnya. Tak semangat nak study.
Boleh tak kalau atul nak tukar kampus dekat dengan rumah atul ??
Tak nak berjauhan dengan keluarga.
Lemah sangat sangat kali ni.

Tak tahu kenapa tapi lemah sangat.
Tolong lah. Nak balik rumah!! :'(


p/s ; Rindu mama, abah, ayong, ain, fifi, haikal :'(

GEGAR 1000 BLOG OLEH BEN ASHAARI


Segmen terbaru dari abg ben ashaari.
Nak join ?? Klik gambar di atas.
Tarikh tutup 9 Februari 2011 jam 6 petang. :)

SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??

Da siap. Terima kasih :)

Friday, February 4, 2011

500 Sudah~

500 sudah follower blog This Is Me.
Tak pernah menjangka akan mendapat follower seramai ni.
Thanks to all my follower.
Do support me till the end of my life. :)

Blogger yang ke 500 follow blog atul ni ialah blogger Iwan.
Thanks Iwan :)

Jom terjah blog Iwan.
Cepat cepat. Hehe. ^_^


p/s ; Esok sudah mahu balik Machang. Tak nak balik!!

Saya Gilakan Dia!!


Credit to ; Google

Korang mesti kenal siapakah jejaka handsome di atas ni.
Siapa tak kenal tuh, sila bunuh diri sekarang! HAHA.
Ini adalah bakal suami atul, iaitu Shaheizy Sam.
Smart tak dia ?? Well, bakal suami atul, biasa lah.

Atul minat gila kat dia. Dia memang best sangat sangat.
Lakonan dia memang mantap.
Bagi je lah watak apa pun, dia mampu bawa watak tuu dengan jayanya.
Atul suka tengok Shaheizy Sam berlakon bawa watak komedi.
Filem Ngangkung, memang superb!

Filem Adnan Sempit lagi lah best.
Tengok banyak kali pun tak boring.
Tak cukup tengok filem, tengok Adnan Sempit The Series kat Astro Prima.
Memang best lah cerita tuu.

Kalau lah atul dapat jumpa dengan Shaheizy Sam ni, alangkah bagusnya.
Awak, awak. Awak nak tak jumpa dengan saya ??
Hehe.
Bila lah impian tuu akan menjadi kenyataan. :)


p/s ; Tunggu kad jemputan perkahwinan kami ye ^_^

Thursday, February 3, 2011

Jom Join Sahabat Blogger :)


Assalamualaikum semua.
Apa khabar ?? Sihat ??
Harap semuanya sihat lah ye.

Hari ni atul nk mempromosikan Sahabat Blogger.net.
Kalau nak tahu, Sahabat Blogger da ada blog sendiri.
Sebelum ni ada di Facebook sahaja.
Tapi kali ni Sahabat Blogger da ada blog sendiri.

Sebagai ahli Sahabat Blogger, atul nak jemput lah semua blogger blogger di Malaysia ni untuk join Sahabat Blogger.net.
Banyak kelebihan yang akan anda semua dapat bila join Sahabat Blogger.net. :)
So, apa lagi, cepat lah join.

Kalau nak join, klik SINI :)


p/s ; Anda pasti terhibur :)

Wednesday, February 2, 2011

SSS- Jom bikin konsert oleh BEN ASHAARI

Assalamualaikum semua.
Jumpa lagi :)
Kali ni nak join segmen dari abg ben ashaari.
Kalau nak join, klik je gambar kat atas ni ye :)

Jom tengok soalan soalan berikut ;

  1. Berikan nama tempat yang ingin anda adakan persembahan konsert itu
~Istana Budaya (sesuai ke ??)

2. Harga tiket ?

~RM 30 @ RM 50 @ RM 100


3. Kata kata aluan untuk mereka yang datang menyaksikan konsert anda itu ..

~Selamat datang ke konsert Rabiatul Adawiyah buat julung kalinya. Harap anda semua terhibur dengan persembahan saya pada kali ini.


4. Sasaran kehadiran penonton ..

~Ibu ibu, bapak bapak, cewek cewek ganteng dan orang orang kehormat. :)


5. Gambar anda sedang beraksi... apa apa gambar pon boleh ..

~Bayangkan lah atul tengah beraksi macam Patrick kat bawah ni. HEHE.




6. Sediakan 10 buah lagu yang bakal anda dendangkan nanti.. Tajuk lagu dan penyanyi asal .. Kenapa pilih lagu tersebut ..

~Akim ; Inilah Cinta (Akim yang mintak supaya atul nyanyikan khas untuk dia)
~Aizat ; Susun Silangkata (Pilihan sendiri)
~Demi Lovato & Joe Jonas ; This Is Me (Pilihan sendiri juga)
~Ana Raffalli, Sohaimi Mior Hasan & Altimet ; Kalau Berpacaran (Nak bagi peringatan kat remaja zaman sekarang)
~Akim ; Janji (Permintaan peminat)
~Tomok ; Berlari (Permintaan Tomok)
~Love The Way You Lie ; Eminem feat Rihanna (Permintaan Rihanna)
~Selamat Malam ; Faizal Tahir (Permintaan peminat. Diaorang cakap suara atul macam Faizal Tahir :))
~Kebahagiaan Dalam Perpisahan ; Shahir AF (Permintaan Shahir)
~Kimia ; Melda Ahmad (Permintaan sendiri)


7. Penyanyi dalam negara yang ingin anda jemput .. Luar negara pon.. Seorang dalam negara ,seorang luar negara ..

~Dalam negara ; Akim
~Luar negara ; Demi Lovato


8. Lagu penutup ... Kenapa lagu itu menjadi pilihan anda ..

~Kenangan Terindah ; Samsons (Sebagai tanda konsert atul ni adalah kenangan terindah dalam hidup korang semua yang takkan dilupakan. :)


9. Kata kata penutup buat mereka ( penonton )

~Terima kasih kerana sudi datang ke konsert atul. Terima kasih kerana memberi sokongan kat atul. Jasa baik anda sangat atul hargai. Teruskan menyokong atul dalam industri muzik ni.


10. Apakah yang ingin anda lakukan dengan duit kutipan konsert itu ?

~Separuh akan disumbangkan ke badan badan kebajikan yang memerlukan. Separuh untuk simpanan sendiri. :)

Hanyalah rekaan semata mata.
Atul takkan pernah buat konsert sendiri.
Tak boleh nak bayangkan!!


p/s ; TQ :)

Maaf Di Atas Pengakuan Yang Jujur~

Nak mintak maaf sangat sangat di atas pengakuan yang jujur.
Tak ada niat pun nak mengaku semua tuu.
Tapi ianya betul.
Saya minat awak sejak saya kenal awak.

Tak salah rasanya kalau saya minat awak.
Setiap orang ada minat masing masing.
Saya tak paksa hati saya untuk minat awak.
Ianya datang dengan tiba tiba.
Saya tak paksa diri saya untuk minat awak.

Mungkin sebab saya terlalu jujur, awak tak suka kan ??
Saya mintak maaf. Saya tak sengaja.
Saya takkan buat da. Betul, saya takkan buat da.

Saya harap hubungan kita sebagai kawan akan terus kekal sampai bila bila.
Gembira sangat dapat kenal awak.
Awak baik sangat sangat.
Jangan disebabkan hal ni, awak tak nak kawan dengan saya.
Nanti saya sedih awak.
Saya nak kawan dengan awak sampai bila bila.

Terima kasih awak sebab sudi kawan dengan saya.
Saya sangat menghargainya.
Doa saya agar hubungan kita kekal sampai bila bila. :)

Tuesday, February 1, 2011

Suka Sangat Tengok Mereka :)

Kawan kawan baru :)
*Aina , Faziera , Nurul , Cik Bulat

Abg senior , Ujang dan blogger blogger yang lain.
*Sori tak kenal. :)

Mereka sangat happening. :)




Tak sempat nak bertegur sapa dengan mereka.
*Zack , Abg senior , Zamir , Man.


Masih lagi teringatkan Gathering SB pada ahad lalu.
Terasa masa pantas berlalu.
Kalau boleh nak gathering lama lama.
Nak borak dengan semua blogger.

Walaupun tak semua blogger, tapi dapat jugak borak borak dengan yang lain.
Jealous tengok mereka bergambar dengan Heliza.
Atul ada bergambar dengan Heliza.
Tapi dekat Nurul dan Nurul tak upload lagi.

Kalau tengok FB mereka, profile picture mesti dengan Heliza.
Sampaikan si Ujang dan Naz berebutkan Heliza tuu.
Kalau tak percaya, pergi lah tengok blog mereka.
Kelakar lah Naz dengan Ujang ni. :)

Harap persahabatan yang terjalin bukan sampai setakat ni je.
Harap ianya berkekalan sampai bila bila.
Korang memang happening dan tak rugi atul join Gathering SB.
Nanti jangan lupa buat lagi ye. :)


Gambar dari ; Atiq Salleh, Cik Bulat, dan Keyrol

Bloglist Iqbal Hakimi Jom Terbang!!


Hai hai hai. Selamat pagi :)
Sebelum tidur, nak update 1 entri ni.
Atul nak join bloglist rakan blogger atul ni, Iqbal Hakimi.

Sempena hampir 1 tahun blogging, Iqbal nak buat bloglist baru.
So, atul ambil kesempatan nak masukkan blog atul ni kat bloglist Iqbal.
Atul berminat sangat sangat. :)

Kategori ; Pelajar perempuan.

Iqbal, okay tak ??
Harap Iqbal sudi nak masukkan blog atul dalam bloglist Iqbal.
Thanks :)


p/s ; Masih ingat lagi kat Gathering SB. Rindunya saat saat di Gathering.
Daisypath Happy Birthday tickers
© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: