HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Thursday, March 17, 2011

BEN ASHAARI : LELAKI vs PEREMPUAN KERANA FIZIKAL

Nak join ?? Klik header kat atas ni ye. :)

Assalamualaikum dan selamat malam. Jumpa lagi dalam entri pada kali ini. Entri kali ni atul nak join segmen dari abg ben ashaari. Jom tengok soalan untuk segmen kali ini.

1. Anda pernah jatuh cinta ? Apakah yang membuatkan anda jatuh cinta ? Kerana fizikal atau keperibadiannya ?

-Tipu lah kalau atul cakap atul tak pernah jatuh cinta. Pernah dan banyak kali. Dan banyak kali juga atul kecewa dalam bercinta. Apa yang membuatkan atul jatuh cinta adalah kerana keperibadian seseorang tuu. Kalau fizikal okay tapi keperibadiannya tak okay, tak bagus jugak. Begitu lah juga sebaliknya. :)

2. Apakah anda jenis mengutamakan fizikal dalam memilih pasangan hidup ? Kenapa ?

-Tak juga. Atul pentingkan fizikal dan juga keperibadiannya. Baru lah lengkap. Dua dua kena datang seiring. Kalau 1 je, mesti tak lengkap kan ??

3. Bahagian fizikal manakah yang membuatkan anda tertarik ? Kenapa ?

-Bahagian mata. Kan orang kata, dari mata turun ke hati. Betul lah sebab bila tengok je mata dia, terus membuatkan hati ni cair dan berdegup kencang. Hehe.

4. Pendapat anda jika pasangan yang dah berkahwin mengatakan 'berisi tandanya bahagia' .. Apakah anda setuju ?

-Setuju sangat sebab majoriti yang atul tengok, terutamanya lelaki, mereka lebih nampak berisi lepas da berkahwin. Yelah sebab makan pakai semua dijaga. Mesti rasa senang hati. Bila da senang hati, diri ni rasa bahagia sangat. Betul tak ??

5. Setujukah , lelaki kacak biasa kaki perempuan dan perempuan cantik pula materialistik ? Jelaskan pilihan jawapan anda ..

-Majoritinya memang lelaki kacak kaki perempuan. Tapi tak semua macam tuu. Ada juga yang kacak dan setia pada seorang sahaja. Begitu juga dengan perempuan, tak semua perempuan materialistik.

6. Beri contoh LELAKI IDAMAN ( bagi perempuan ) dan PEREMPUAN IDAMAN ( bagi lelaki ) ... Sila jelaskan pilihan anda .. kenapa anda pilih 'si dia ' ..

-Lelaki idaman atul, yang mempunyai asas agama Islam yang kuat, pandai mengambil hati atul dan keluarga, seorang yang berkomitmen, jujur. Itu yang penting. Tiada si dia lagi, so, tak ada jawapan untuk kenapa saya pilih si dia. Hehe.

7. Apakah anda berpuashati dengan fizikal pasangan anda sekarang ?

-Tiada pasangan, so, tiada jawapan!

8. Apakah anda berpuashati dengan fizikal anda sendiri ?

-Alhamdulillah, puas hati sangat sangat. Tapi kalau boleh, nak kurangkan berat badan sikit. Bahagia sangat sebab tak ada pakwe, sebab tuu badan pun 'bahagia'. Hehe.

9. Perlukah seseorang wanita / lelaki itu menjaga tubuh badan kerana kehendak pasangannya ?

-Perlu kot. Depends pada diri masing masing. Tapi kalau atul lah, atul akan kekalkan je tubuh badan yang sekarang ni sebab kalau dia memang sayang kat atul, dia akan terima atul seadanya. Apa apa pun, terpulang lah pada diri masing masing. :)

10. Zaman sekarang ini , terlalu banyak produk menguruskan badan ... Apakah anda rasa ianya benar benar mujarab ? Ada bukti ? heheh..

-Tak mujarab! Atul tak percaya semua produk tuu dan tak pernah cuba pun. Lagi pun abah atul tak bagi cuba produk produk tuu. Nasihat abah, atul kena dengar. Dia tahu yang terbaik untuk atul. Tak gitu kawan kawan ?? :)


Okay, itu sahaja. Terima kasih ^_^

3 comments:

Terima kasih. :)

Daisypath Happy Birthday tickers
© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: