Nak join ?? Klik header di atas :)
Assalamualaikum semua. Hari ni nak join segmen dari abg ben ashaari. Da lama tak join. Rindu lah pulak nak join. Jom kita tengok soalan yang ditanya oleh abg ben pasal CINTA!
- LELAKI pilihan anda ?
-Lelaki pilihan atul, yang 1, dia mesti lah seorang yang baik. Mempunyai ilmu yang mantap tentang Islam. Ni penting supaya dia dapat membimbing atul ke jalan yang benar. Lelaki yang tak merokok. Lagi tinggi dari atul sebab atul pendek sangat. Hehe. Dia pandai mengambil hati atul dan keluarga atul dan yang paling penting dia mesti lah seorang yang berilmu. :)
2. Perlukah lelaki SEKSI ? Definasi SEKSI seorang lelaki bagi anda ?
-Perlu ke lelaki SEKSI ?? Haha. Perlu kot. Bagi atul, lelaki nampak seksi bila atul pandang je wajah dia, dia membuatkan atul jadi cair. Kira dia ada aura dia yang tersendiri. Dengan senyumannya yang manis, raut wajah yang handsome, WOW, lelaki tuu memang SEKSI!
3. LELAKI pastinya sanggup berkorban demi cinta .. Apakah anda rasa LELAKI hanya berkorban sebelum memiliki cinta anda ? Apa jadi selepas dah miliki cinta anda ?
-Kebanyakkan lelaki sekarang ni hanya berkorban sebelum memiliki cinta seorang perempuan. Macam macam yang sanggup dikorbankan asalkan dia memilki cinta perempuan tuu. Tapi bila da dapat cinta perempuan, dia tinggalkan je perempuan tuu tanpa sebab. Lelaki tuu memang tak guna lah kan. Kalau da tak nak perempuan tuu, cakap lah awal awal. Urghhh!!! Sorry, teremosional pulak. Tapi ada juga lelaki yang setia yang sanggup korbankan cinta sebelum dan selepas memiliki cinta perempuan tuu. Lelaki seperti inilah yang ku cari selama ini. Hehe.
4. Pastinya anda tidak sanggup BERMADU bukan ? Kenapa ?
-Saya tak sanggup BERMADU kerana saya tak suka kasih sayang saya bersama pasangan saya dikongsi oleh pihak ketiga. Tak sanggup!! Dia hanya untuk saya seorang.
5. Jika anda mengetahui pasangan anda punya teman wanita lain , apakah yang akan anda lakukan ?
-Dulu masa muda, bila dapat tahu pasangan atul ada teman wanita lain, memang marah sangat sangat. Sanggup ambil tahu pasal perempuan tuu dan siasat macam macam pasal dia. Tapi sekarang, saya sudah dewasa dan fikiran saya juga sudah matang. Bagi atul, atul redha kan dia dengan perempuan lain. Atul tahu ada lelaki lain yang lagi baik untuk atul. Atul hanya mampu doakan yang terbaik untuk dia dan pasangan dia. Kepada semua bekas pakwe saya, semoga anda berbahagia bersama pasangan anda. AMIN! :)
6. LELAKI atau PEREMPUANkah mudah berlaku curang ?
-LELAKI sebab dia ingat dia bagus sangat, dia pun mainkan lah perasaan semua perempuan sampai perempuan merana. Lelaki lelaki, cukup lah. Tapi sekarang ni ada je perempuan yang curang. But not me, okay !
7. SETIA... pada pendapat anda , siapakah yang lebih setia pada cinta ? Apakah buktinya ??
-Perempuan yang lebih SETIA. Buktinya, atul sendiri lah. Atul kalau da cintakan seseorang, atul cintakan dia betul betul. Bukan main main sebab dalam kamus hidup atul, tiada istilah main main dalam CINTA. Sekali sayang, selamanya saya sayang.
8. Apakah anda seorang yang mudah cemburu ?
-Saya memang kuat cemburu. Cemburu yang teramat sangat tapi masih boleh dikawal. Kepada bakal suami atul, take note about this, okay ?? Hehe.
Itu sahaja. Maaf lah kalau apa yang ditulis di atas ni mengundang kemarahan mana mana pihak. Ini semua hanyalah pandangan seorang insan yang da give up dengan CINTA!
minah jiwang..hahahah..=)
ReplyDelete@Ujang9897 Well, atul kan memang jiwang. HAHA. :p
ReplyDeletepada bakal suami atul...jaga2. kalau curang kena potong 18. he..he..
ReplyDelete@Adzriel AB HAHA. Tak adalah sampai kena potong 18.
ReplyDeletehehe..comel la kamu ni~ moga ketemu jodoh yang terbaik buat atul~ ameen..
ReplyDelete@Sunah Mohammad Comel ?? TQ. Amin.. :)
ReplyDeleteyeah2, setiap org ada pndpt masing2 kn? :)
ReplyDeletemacam-macam jawapan ada...
ReplyDeleteser0nok baca...
salam ziarah dari segmen s0al hati En Ben...
@najwa's Yup, yup. :)
ReplyDelete@apisv2 Wasalam. TQ. :)
ReplyDelete@solo molo Hehe. Pendapat org berbeza bezakan ?? :)
ReplyDelete