HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Saturday, March 5, 2011

Semua Orang Berhak Bahagia :)

Assalamualaikum semua. Selamat tengah hari.
Selamat berhujung minggu.
Diharapkan semuanya berada dalam keadaan yang sihat hendaknya.

Tadi atul baca 1 entri di blog kawan atul, Ziela.
Dia ada cerita pasal bahagia.
Menurut apa yang ditulis, dia mengatakan bahawa dia tak bahagia sekarang ni.
Sebab apa ?? Sebab tiada kekasih hati yang menemani dirinya.

Dia cakap yang dia sangat jealous dengan kawan kawannya yang sekarang ni sedang bahagia bersama pasangan masing masing.
Well, perasaan tuu mesti ada apabila kita bersendirian dan melihat orang lain yang sedang hangat bercinta.
Begitu juga dengan aku. Perasaan tuu akan tetap wujud.
Cemburu melihat kebahagiaan mereka sedangkan kita tiada pasangan seperti mereka.

Kalau kita tak fikirkan sangat, perasaan tuu takkan datang.
Aku selalu juga fikir pasal hal ni.
Bila lah aku nak bahagia dengan seseorang yang dapat menemani diri aku ni.
Tapi aku cepat cepat buang perasaan tuu.
Sebabnya tanpa kekasih hati pun, aku boleh bahagia.
Tak semestinya kena ada kekasih hati baru kita bahagia.
Tak gitu ??

Bukan semua orang yang bercinta tuu bahagia.
Kadang kadang diaorang pun ada masanya bergaduh jugak.
Rasanya baik kita yang single ni dari bercinta.
Kalau tak, bila bergaduh, menganggu diri kita pulak.
Lagi lagi yang tengah belajar. Pelajaran memang confirm akan terganggu.

Sekarang ni aku pun bahagia tanpa kekasih hati di sisi.
Aku bahagia dengan kehidupan yang aku lalui.
Aku bahagia bersama keluarga aku walaupun kami berjauhan.
Aku bahagia bersama kawan kawan di UiTM ni.
Yang sentiasa berada ketika aku susah dan senang.

So, tak perlu ada kekasih hati pun kita boleh bahagia kan ??
Sebab semua orang berhak bahagia. :)

4 comments:

  1. ish,malu la..
    btw,thanx sudi bace entry kat blog ziela..
    sal bahagia 2 ziela xkisah pom sape2 nk bahagia,2 hak diorg kan..
    so,alhmdllah ziela da mula bahagia skrg even without partner,huhuhu...
    atul boleh bahagia la..
    percaya la ckp ziela nie..

    ReplyDelete
  2. @ziela faza Bagus lah klo ziela bahagia. Atul pun bahagia skrg ni. Dgn family dan kwn kwn :)

    ReplyDelete
  3. same2 la kite...
    so dont be sad lgi k..

    ReplyDelete

Terima kasih. :)

Daisypath Happy Birthday tickers
© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: