HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Monday, March 21, 2011

Nak Tahu Pasal Saya ??

Hai! Nama saya Rabiatul Adawiyah Bt Abd Rahim :)

Awak, awak. Awak nak tahu tak pasal saya ?? Saya nak cerita sikit kat awak pasal saya. Kalau awak tak nak baca pun, tak apa lah. Saya tetap jugak nak tulis pasal saya ^_^

  • Awak, saya ni kan kuat menangis awak. Kalau ada hal yang berkaitan dengan perasaan yang sedih, mesti saya menangis. Tak kisah lah apa apa pun, saya akan menangis. Lagi lagi kalau ianya berkait dengan keluarga saya. Ingat ye. Saya ni kuat menangis. :)
  • Awak, awak. Saya ni seorang yang pemarah. Awak mesti tak suka kan ?? Saya tahu. Ramai tak suka kat saya sebab saya ni pemarah orangnya. Tapi saya marah bersebab. Bukan saya saja saja nak marah orang. Itu kan gila namanya. Saya bukan gila taw. Hehe. :)
  • Awak, awak. Saya ni kuat makan awak. Saya memang suka makan. Sebab tuu sekarang ni saya semakin chubby. Awak mesti tak suka kan ?? Tak apa lah. Saya suka diri saya ni chubby. Saya nak jadi diri saya sendiri. Takkan saya nak kurus sebab awak pulakkan ??
  • Awak, saya ni tak suka shopping. Seriously, mesti awak tak percaya kan ?? Tapi kan awak, betul. Saya tak suka shopping. Saya pun tak tahu kenapa. Kalau saya pergi shopping dengan keluarga saya, saya tak tahu nak beli apa. Saya pun pelik jugak dengan diri saya ni. Tapi, itu lah saya.
  • Awak, saya ni tak pandai nak bergaya. Kalau awak tengok perempuan lain, diaorang semua pandai bergaya kan ?? Saya ni tak pandai nak bergaya. Saya teringin jugak nak bergaya macam diaorang. Pakai shawl yang cantik cantik, pakai baju yang comel comel. Tapi, saya tak yakin dengan diri saya. :(
  • Awak nak tahu ?? Saya ni takut dengan haiwan. Saya memang takut sangat dengan haiwan. Semua haiwan lah. Saya berani dengan kucing je. Kalau awak bagi saya lipas ke, rama rama ke, saya akan lari awak. Pada hal haiwan tuu lagi kecil dari saya kan ?? Tapi saya takut. Hehe. Itu lah saya. :)
  • Yang ni mesti awak da tahu kan. Saya ni tak makan sayur. Bagi je lah apa apa jenis sayur. Saya takkan makan. Kalau mama saya masakkan mee goreng untuk saya, mama saya takkan letak sayur. Sebab dia tahu yang saya akan letak sayur tuu kat tepi pinggan. Saya tak suka lah. Nak muntah bila makan sayur. ;p
  • Awak nak tahu apa impian saya ?? Saya ingatkan saya nak beli rumah banglo 4 tingkat kat family saya. Ada ke rumah banglo 4 tingkat ?? Hehe. Angan angan mat jenin je. Tapi kalau tak dapat pun, saya beli rumah yang lebih besar lah dari sekarang. Saya nak family saya hidup bahagia.
Da banyak pulak yang saya merepek ni. Rasanya itu sahaja kot. Harap awak awak semua sudi lah baca ye. Semua cerita di atas adalah fakta dan buka rekaan semata mata. Itu lah diri saya :)

10 comments:

  1. terima kasih sebab berterus terang..;p

    ReplyDelete
  2. ramai pakwe baca nanti ni..=)

    kita geng la..tak makan sayur gak..hahahah

    ReplyDelete
  3. Apa.. tkut semua bibatang... hhohoho.. aku tkut kucing ngan ayam jer.. mana pelik.. hahahaha

    ReplyDelete
  4. ehh same laa .
    suka makan , xsuka sayur , suka shopping , kuat nangis n takut binatang ! grr , sgt bermasalah ble berhadapan dgn binatang lebih2 kucing . haha .

    ReplyDelete
  5. awak saya tak kisah sume tu saya tetap nak kawan dgn awak haha

    ReplyDelete

Terima kasih. :)

© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: