HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Sunday, March 27, 2011

Jangan Tensionkan Diri Anda :)

Manusia memang tak boleh lari dari masalah. Kalau orang yang tiada masalah tuu memang pelik sikit lah. Bukan orang agaknya. Urm, agak agak ada ke orang yang tiada masalah ?? Nak jugak aku tahu apa yang dia buat sampai hidup dia tiada masalah. Tapi aku pasti, setiap yang lahir di dunia ni akan menghadapi masalah. Tak kira lah kecil atau besar, semua pasti akan alaminya.

Sekarang ni pun aku ada masalah. Masalah aku apa lagi, pasal pelajaran lah. Walaupun semester ni aku hanya belajar 4 subjek, tapi rasanya macam aku ambil 10 subjek je. Bukan lah nak kata susah sangat, tapi itu lah. Pelajar macam aku yang malas nak belajar ni, bila tak boleh buat, mula lah putus asa. Bukannya nak mencuba lagi kan ??

Subjek yang aku risau sangat untuk semester ni adalah FAR 250 atau Financial Accounting. Major subject bagi student Diploma Perakaunan. Agak sukar dan mencabar diri aku ni. Seriously, aku boleh buat tapi yang aku buat tuu, memang tak lengkap lah kan. Kalau dalam final exam, memang takkan dapat lah markah penuh. Tapi sekarang ni aku tengah mencuba untuk dapat markah penuh bagi tajuk yang tengah aku belajar ni.

Jealous sangat sebab kawan kawan aku boleh jawab soalan untuk tajuk tuu. Memang gempak lah kan sebab semua soalan dia buat, jawapan mesti imbang. Tercabar kot aku dengan diaorang. Aku buat memang tak imbang lah kan. Sedih memang sedih, tercabar memang tercabar. Mana boleh kan diaorang lagi power dari aku. Aku akan buat sesuatu untuk lagi power dari diaorang. Tunguuuu..

Dalam pelajaran ni tak salahkan kalau kita nak cemburu dengan kawan kita sendiri. Ini salah satu cara untuk membangkitkan semangat dalam diri kita. Jangan lah sampai kita tak dapat buat soalan tuu, kawan kawan kita boleh buat, kita jadi tension. Well, try untuk fikir positif. Kalau diaorang boleh buat, aku mesti boleh buat kan. Itu yang selalu aku ingatkan kat diri aku ini. Aku tak nak lah tension sebab belajar ni. Jadi, aku pun fikir positif dan try untuk belajar dengan kawan kawan yang lagi pandai dari aku. Nanti aku pun bole jadi macam diaorang jugakkan ?? Tak gitu ?? ^_^

Jangan tension kan diri anda. Cuba rehatkan minda anda. Fikir positif, anda pasti boleh! :)

p/s : Good luck kepada student yang ambil subjek FAR 250. :)

2 comments:

Terima kasih. :)

© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: